wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TINGKATAN 4 BAB 7: USAHA KEARAH KEMERDEKAAN

Total questions: 26

Worksheet time: 2hrs 59mins

Name
Class
Date
1.

Parti berikut merupakan parti yang terawal di Tanah Melayu.


-Kesatuan Melayu Muda

-Parti Kebangsaan Melayu Malaya

-Angkatan Pemuda Insaf


Apakah persamaan bagi ketiga-tiga buah parti tersebut? (ms 172)

a)

Menentang komunis.

b)

Perjuangan secara radikal

c)

Mengekalkan sistem monarki.

d)

Penentangan terhadap sistem demokrasi.

2.

Mengapakah pemimpin tersebut menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946? (ms 172)

a)

Bertentangan dengan keputusan Majlis Negeri.

b)

Bercanggah dengan amalan tradisi masyarakat.

c)

Bercanggah dengan perjanjian Perlembagaan 1941.

d)

Bertentangan dengan hak istimewa pemimpin tempatan.

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan United Malays National Organisation (UMNO)


Slogan "Hidup Melayu" dibawah pimpinan Dato' Onn Jaafar telah berjuang menentang Malayan Union pada tahun 1946.


Apakah yang diperjuangkan oleh UMNO melalui slogan diatas? (ms 172)

a)

Konsep kesamarataan

b)

Kedaulatan Raja-raja Melayu

c)

Memelihara status quo orang Melayu

d)

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu

4.

Parti Malayan Indian Congress (MIC) di bawah pimpinan John Thivy ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.


Apakah matlamat utama penubuhan parti tersebut? (ms 173)

a)

Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi

b)

Mencapai kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

c)

Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan

d)

Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri.

5.

Berikut merupakan antara parti politik di Tanah Melayu:

1947 - Hizbul Muslimin

1951 - Parti Islam Se-Tanah Melayu


Apakah persamaan perjuangan parti politik di atas? (ms 173)

a)

Menubuhkan kerajaan Islam

b)

Menentang penubuhan Malayan Union

c)

Melindungi hak istimewa orang Melayu

d)

Menjadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP)


Dato' Onn Jaafar mengasaskan penubuhan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) untuk melaksanakan idea "Tanah Melayu untuk Malayan". Selepas tahun 1949, pemikiran politik Dato' Onn Jaafar terarah kepada perpaduan kebangsaan.


Mengapakah parti tersebut ditubuhkan? (ms 173)

a)

Menentang UMNO

b)

Mewujudkan kerjasama kaum

c)

Menghapuskan Malayan Union

d)

Menginginkan jawatan Perdana Menteri

7.

Apakah syarat yang dikenakan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk diberikan kemerdekaan? (ms 174)

a)

Mangadakan pilihan raya

b)

Mengamalkan demokrasi

c)

Mewujudkan kerjasama kaum

d)

Melantik pemimpin parti politik.

8.

Berikut adalah antara anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.


Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk? (ms 174)

a)

Merunding kemerdekaan negara

b)

Melatih pemimpin pelbagai kaum mentadbir

c)

Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

d)

Mewujudkan keadaan harmoni antara rakyat.

9.

Berikut Merupakan isu yang melibatkan pertikaian antara kaum yang cuba diselesaikan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum:


i. Kedudukan Istimewa Orang Melayu

ii. Kedudukan Ekonomi Orang Melayu

iii. __________________X_________________


Apakah X ? (ms 176)

a)

Pilihanraya

b)

Jawatan dalam pentadbiran

c)

Kewarganegaraan Bukan Melayu

d)

Kegagalan menyekat pengaruh komunis

10.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan pada tahun 1950 hasil tuntutan Dato' Onn Jaafar.


Apakah tujuan penubuhan RIDA? (ms 177)

a)

Memajukan perindustrian dan perdagangan

b)

Memasarkan hasil pertanian penduduk luar bandar

c)

Membantu petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi

d)

Memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu di luar bandar

11.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mencadangkan pilihan raya diadakan secara berperingkat ( peringkat Majlis Bandaran, Majlis Negeri, Majlis Perundangan Persekutuan) kepada penduduk Tanah Melayu? (ms 176-177)

a)

Persediaan kearah berkerajaan sendiri

b)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

c)

Mengelakkan pemusatan kuasa oleh British

d)

Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sebelum merdeka.

-Sistem persekolahan berbeza mengikut kaum.

-Penggunaan bahasa penghantar yang berbeza.

-Penggunaan buku teks yang berbeza.

-Penggunaan sukatan pelajaran yang berbeza


Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum berperanan mengatasi masalah tersebut? (ms 176-177)

a)

Memperbanyak sekolah vernakular

b)

Mengetatkan syarat kewarganegaraan

c)

membawa masuk guru-guru dari luar negara

d)

mencadangkan sistem pendidikan yang seragam

13.

Tokoh berikut memainkan peranan dalam pembentukan Sistem Ahli. (ms 178)


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Raja Uda

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dato' Nik Ahmad Kamil

d)

Dato Hamzah Abdullah

14.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951? (ms 178)

a)

Memupuk perpaduan kaum

b)

Menerapkan sistem pentadbiran Barat

c)

Mengukuhkan lagi penguasaan politik

d)

Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

15.

Maklumat dibawah berkaitan portfolio yang terus kekal di bawah pentadbiran British dalam Sistem Ahli. (ms178)


i. Hal Ehwal Ekonomi

ii. Perumahan dan Kerja Raya

iii. ___________X____________


Apakah X?

a)

Kesihatan

b)

Pelajaran

c)

Pertanian dan Perhutanan

d)

Perindustrian dan Perhubungan sosial

16.

Apakah tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli? (ms 179)

a)

Menjaga portfolio

b)

Mencadangkan undang-undang

c)

Mengetuai pentadbiran negara

d)

Melantik ahli yang berkelayakan

17.

Bagaimana Sistem Ahli menjadi asas membentuk perpaduan kaum kearah kemerdekaan negara? (ms 179)

a)

Idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum

b)

Setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli

c)

Ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum

d)

Pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan

18.

Semasa di bawah pentadbiran British, sistem persekolahan berkembang mengikut kaum. Apakah kesan perkembangan tersebut?

a)

Perkembangan sosioekonomi

b)

Menghalang perpaduan kaum

c)

Bilangan sekolah vernakular terhad

d)

Penggunaan Bahasa Melayu Meluas

19.

Maklumat berikut antara usaha pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui Jawatankuasa Pelajaran di Tabah Melayu. (ms180)


Laporan Barnes 1951➡️ X ➡️ Ordinan Pelajaran 1952


Apakah X?

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Fenn-Wu

c)

Laporan Woodhead

d)

Laporan Rahman Talib

20.

Antara berikut yang Mana lah kandungan Laporan Barnes? (ms 180)

a)

Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah

b)

Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

c)

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

d)

Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa pengahantar

21.

Berikut merupakan antara parti politik di Tanah Melayu:

1947 - Hizbul Muslimin

1951 - Parti Islam Se-Tanah Melayu


Apakah persamaan perjuangan parti politik di atas? (ms 173)

a)

Menubuhkan kerajaan Islam

b)

Menentang penubuhan Malayan Union

c)

Melindungi hak istimewa orang Melayu

d)

Menjadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi

22.

Ordinan Pelajaran 1982


-Mempunyai dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

-Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama

-Sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.


Berdasarkan maklumat di atas, mengapakag Ordinan Pelajaran 1952 ditentang oleh orang Melayu?

a)

Pengiktirafan sekolah vernakular

b)

Diperkenalkan dalam zaman darurat

c)

Mendesak supaya Bahasa Melayu diiktiraf

d)

Mendesak sekolah Melayu diberi keutamaan

23.

Antara berikut yang Mana lah berkaitan cadangan pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan do Sarawak berdasarkan Laporan Woodhead? (ms182)

a)

Mempelbagaikan sukatan Pelajaran dan peperiksaan

b)

Sekolah rendah (umum) menggunakan Bahasa Melayu

c)

Memastikan Pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah

d)

Sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

24.

Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas Kepada pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan? (ms183)

a)

Memperbanyak sekolah vernakular

b)

Melalui sukatan pelajaran yang seragam

c)

Penggunaan bahasa penghantar yang sama

d)

Pelajaran percuma Kepada semua pelajar

25.

Maklumat berikut berkaitan sebuah parti politik yang ditubuhkan di Tabah Melayu.


Parti Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada bulan Februari 1949 oleh Tub Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S Lee.


Mengapakah parti tersebut ditubuhkan? (ms 185)

a)

Menentang Malayan Union

b)

Bekerjasama menentang komunis

c)

Mencapai kemerdekaan melalui Melayu Raya

d)

Membentuk satu parti bagi semua rakyat Tanah Melayu.

26.

Maklumat di bawah berkaitan parti politik yang ditubuhkan oleh Dato' On Jaafar pada Tahun 1954.


-Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama antara kaum.

-Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu.


Apakah parti politik tersebut? (ms 184)

a)

Parti Kemerdekaan

b)

Parti Perikatan

c)

Parti Negara

d)

UMNO