Font size
WorksheetsLatih tubi Bab 1 Perniagaan Tingkatan 4
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan perniagaan?
I Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
II Memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga
III Merupakan komponen terpenting dalam proses
pengeluaran
IV Menyelaraskan permintaan dan penawaran suatu
barang di pasaran
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah untuk mengira keuntungan perniagaan?
Jumlah hasil tolak jumlah kos
Jumlah jualan tolak jumlah kos
Jumlah kos tambah jumlah hasil
Jumlah jualan tambah jumlah kos
Manakah yang benar tentang kehendak pengguna?
I Mudah untuk dipenuhi
II Sama untuk semua individu
III Berbeza untuk semua individu
IV Barang dan perkhidmatan yang diperlukan untuk hidup
dengan selesa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan
Aktiviti yang melibatkan jual beli antara penjual dan pembeli
Tujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan
Merupakan satu proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna.
Manakah yang merupakan maksud jualan pada harga kos?
Penjual menjual barang pada harga diskaun
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah jualan
Penjual menjual barang pada harga yang akan mencukupi untuk menanggung kos jualan
Manakah yang bukan kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
Secara percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga diskaun
Jualan pada harga di bawah kos
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pemberian subsidi.
KERAJAAN MEMBERIKAN SUBSIDI TERHADAP BARANG-BARANG KAWALAN SEPERTI TEPUNG GANDUM DAN MINYAK MASAK
Hal ini bermakna barang tersebut...
diberikan secara percuma
dijual pada harga kos
dijual pada harga di atas kos
dijual pada harga di bawah kos
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
Mengukur tahap prestasi sesebuah perniagaan
Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
Membolehkan perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial
Sebagai pertukaran nilai dalam menjalankan perniagaan
Mengapakah individu cenderung untuk menjalankan perniagaan secara milikan tunggal?
I Beban cukai yang rendah
II Memerlukan modal yang kecil
III Diuruskan secara berseorangan
IV Menanggung liabiliti tidak terhad
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.
MENANGGUNG LIABILITI TIDAK TERHAD DAN BERHAK MENGURUSKAN PERNIAGAAN.
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Manakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?
Liabiliti tidak terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah untuk membuat keputusan
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding dengan syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Menikmati ekonomi bidangan
Penawaran syer yang tidak terhad
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah
Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.
- Ditubuhkan secara sukarela untuk sekumpulan individu
- Ditubuhkan dengan konsep "milik bersama' oleh semua anggota
- Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja
Apakah jenis perniagaan tersebut?
Bank Simpanan Nasional
Pasar Raya Sayang
Amanah Saham Nasional Berhad
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan syarikat berhad?
Pemilik syarikat
Ketua eksekutif
Pemegang saham
Lembaga pengarah
Manakah yang benar mengenai rakan kongsi nominal?
Menanggung liabiliti terhad
Tidak perlu mengeluarkan modal
Dibayar gaji secara bulanan
Dibenarkan untuk memeriksa rekod perniagaan
Nyatakan tiga jenis rakan kongsi.
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi pasif
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi namaan
Rakan kongsi tidur
Nyatakan satu jenis perkongsian
(a)
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan francaisor kepada francaisi?
I Menyediakan khidmat latihan
II Membiayai kos pengiklanan perniagaan
III Menyediakan modal awalan kepada francaisi
IV Memberikan hak untuk menggunakan imej dan jenama
syarikat
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kelebihan francais kepada francaisi?
I Jaringan perniagaan yang luas
II Tidak terikat dengan perjanjian
III Tiada risiko kegagalan perniagaan
IV Menjalankan satu perniagaan yang sistematik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kelebihan usaha sama?
I Dapat meningkatkan pengeluaran
II Dapat mengelakkan berlakunya konflik
III Mudah untuk mendapatkan bahan mentah
IV Tiada masalah dalam pengurusan perniagaan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah faktor penentuan saiz perniagaan?
I Jumlah bebanan kerja
II Jumlah jualan tahunan
III Bilangan pekerja tetap
IV Jumlah kos pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
Kedai runcit
Gedung SOGO
Syarikat penerbitan
Pengeluar kereta tempatan
Pernyataan yang manakah betul tentang sektor primer?
Melibatkan pemprosesan bahan mentah
Melibatkan aktiviti pembuatan dan pengilangan
Menghasilkan barang melalui proses transformasi
Meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
Manakah yang merupakan cabaran perniagaan bersaiz besar?
Masalah aliran tunai
Sukar menyediakan latihan
Mengekalkan pelanggan lama
Perundangan dan peraturan kerajaan
Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?
Menikmati ekonomi bidangan
Kos pengeluaran yang rendah
Mudah untuk mengubah strategi perniagaan
Mudah untuk memperoleh pekerja yang mahir
Pernyataan manakah yang betul tentang skala kebangsaan?
I Meliputi pasaran di seluruh negara
II Menerima pelbagai galakan daripada kerajaan
III Terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana
IV Membolehkan perniaga menikmati ekonomi bidangan
I dan II
I dan III
I dan IV
II dan III
Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Malaysia pada waktu selepas merdeka?
Aktiviti berasaskan pertanian
Aktiviti berasaskan pembuatan
Aktiviti berasaskan pembinaan
Aktiviti berasaskan perkhidmatan
Sektor manakah yang diberikan penekanan bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju?
Sektor pertanian
Sektor perindustrian
Sektor perkhidmatan
Sektor perlombongan
Terangkan mengenai pasaran domestik berdasarkan tahap yang berikut;
- Skala tempatan
Perniagaan mudah ditubuhkan
Menanggung kos operasi yang rendah
Tidak memerlukan modal yang banyak
Peniaga dapat menikmati margin keuntungan yang lebih besar
Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja
