wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ELEMEN KONTRAK

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

"Kontrak bermaksud sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang"


Apakah Seksyen rujukan bagi definisi kontrak di atas?

a)

Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950

b)

Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950

c)

Seksyen 2(k) Akta Kontrak 1950

2.

Berikut adalah benar mengenai elemen tawaran, KECUALI?

a)

Jelas, lengkap dan muktamad

b)

Penerima tawaran ditentukan

c)

Tawaran perlu dikomunikasikan

d)

Tawaran perlu berbentuk pelawaan

3.

Farhanah telah membuat satu penerimaan kontrak melalui pos dan didapati bahawa surat penerimaan Farhanah hanya diterima oleh pemberi tawaran selepas tarikh luput tawaran.


Adakah penerimaan Farhanah lengkap atau tidak?

a)

Lengkap

b)

Tidak lengkap

4.

"Pembuat tawaran mesti mempunyai balasan bagi setiap satu tawaran yang dibuat kepada pihak yang menerima tawaran"


Apakah jenis syarat balasan yang terlibat dengan pernyataan di atas?

a)

Balasan hendaklah ada unsur timbal balik

b)

Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang

c)

Balasan mestilah datang daripada penerima janji

5.

Apakah contoh balasan yang bertentangan dengan undang-undang?

a)

Balasan yang memudaratkan diri atau harta orang lain

b)

Balasan yang merupakan satu penipuan

c)

Balasan yang dianggap oleh mahkamah tidak bermoral

d)

Semua di atas

6.

Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Antara beriku yang manakah berkaitan dengan definisi diatas;

a)

Tawaran

b)

penerimaan

c)

niat

d)

balasan

7.

Tandakan yang berkaitan dengan elemen penting tawaran.[jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

Tawaran mestilah mutlak dan tidak bersyarat.

b)

Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu

c)

Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran.

d)

Dinyatakan secara biasa dan munasabah

e)

Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad.

8.

Tandakan sebab-sebab tamatnya sesuatu tawaran.

a)

pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat.

b)

luputnya waktu tawaran

c)

tawaran dibuat secara biasa dan munasabah

d)

kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran.

e)

penolakan tawaran oleh penerima tawaran.

9.

Tandakan 3 jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan

a)

penerimaan dengan penunaian syarat

b)

penerimaan dinyatakan secara biasa dan munasabah

c)

kaedah pos terpakai

d)

penerimaan dalam jangka masa yang munasabah

e)

kaedah pos terpakai

10.

Aliss menyerahkan komputer kepada Hanim, dan Hanim membayar membayarkepada Aliss sebanyak RM 1,500. Nyatakan elemen balasan yang terlibat dalam kes di atas.

(a)  

11.

Mimi membeli kereta BMW daripada Puteri dengan harga RM15 000 sedangkan nilai pasaran kereta itu RM220 000. Kontrak adalah sah kerana;

(a)  

12.

Perjanjian tanpa balasan adalah batal, kecuali; [jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak yang ada hubungan karib

b)

perjanjian untuk membayar pampasan

c)

perjanjian kontrak biasiswa

d)

perjanjian untuk membayar hutang lapuk

13.

Seorang yang berumur di bawah 18 tahun boleh berkontrak dengan syarat-syarat dibawah. Tandakan syarat-syarat yang betul.

a)

kontrak bertulis atas dasar kasih sayang semulajadi.

b)

kontrak untuk keperluan hidup

c)

kontrak biasiswa dengan badan kerajaan

d)

kontrak perkahwinan

e)

kontak insurans dengan keizinan bertulis daripada ibubapa atau penjaga.

14.
  • penggunaan bahasa yang kurang jelas, kabur dan samar-samar.
  • pihak yang terlibat gagal untuk mencapai kata persetujuan terhadap syarat utama perjanjian.

Perkara-perkara diatas boleh menjejaskan elemen;

a)

balasan

b)

penerimaan

c)

niat

d)

keupayaan

e)

ketentuan

15.

Maksud kontrak menurut seksyen 2(h), Akta kontrak 1950 adalah:

a)

undang-undang berkaitan dengan jual beli barang

b)

sesuatu perjanjian yang mesti mempunyai balasan

c)

sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

d)

perjanjian yang jelas, lemgkap dan muktamad

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan KUATKUASA?

a)

Pihak yang memasuki kontrak boleh mengenakan tindakan kepada pihak yang satu lagi sekiranya tidak puas hati.

b)

Boleh menerima ganjaran sekiranya komunikasi cadangan sampai kepada kedua-dua belah pihak.

c)

Pihak yang tidak berpuas hati tidak boleh mengambil tindakan undang-undang.

17.

........ ialah persetujuan yang telah dibuat oleh penerima tawaran kpd pembuat tawaran tentang cadangan yang dibuat oleh pembuat tawaran.

a)

kontrak

b)

tawaran

c)

penerimaan

d)

balasan

18.
Kes Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982) merujuk kpd elemen....
a)
Tawaran
b)
Balasan
c)
Penerimaan
d)
Niat
19.
Norm membeli sebuah kereta Mini Cooper baharu drpd Nirm dgn harga RM30,000 sedangkan nilai pasarannya adalah RM200,000. Adakah kontrak sah?Knp?
a)
Tidak sah, nilai tidak berpadanan
b)
Sah, walaupun balasan tidak setimpal
c)
Sah, kedua-dua pihak setuju
d)
Tidak sah, sebelah pihak tidak setuju
20.
Elemen penting balasan ialah seperti berikut kecuali
a)
Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik
b)
balasan tidak semestinya datang drpd penerima janji
c)
Balasan lampau mesti datang drpd penerima janji
d)
Balasan lampau adalah sah disisi undang-undang
21.

Jenis-jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan adalah seperti berikut kecuali

a)

penerimaan dgn penunaian syarat

b)

kaedah pos terpakai

c)

jualan melalui katalog

d)

jualan lelong

22.
Kelayakan seseorang utk berkontrak adalah seperti berikut kecuali
a)
Dewasa
b)
Berakal sempurna
c)
Tidak hilang kelayakan
d)
Tiada paksaan
23.

(a)   merupakan satu rundingan yang dilakukan oleh seseorang tetapi pa tidak berkehendak untuk terikat dengan syarat/terma dalam rundingan tersebut

24.

Apakah syarat untuk membolehkan kasih sayang itu dikira sebagai balasan yang sah menurut Akta Kontrak?

a)

berbaloi dan mempunyai nilai

b)

Direkod(ditulis) dan didaftarkan

c)

Disahkan oleh saksi semata-mata

d)

dibuat dengan kehadiran peguam

25.

Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan sesuatu, ia adalah dikatakan sedang membuat:

a)

balasan

b)

tawaran

c)

kerelaan berkontrak

d)

penerimaan