wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA MINGGU 39 PKPB COVID-19

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ibu bapa seharusnya memilih bahan bacaan yang _______ untuk anak-anak mereka.

a)

ringkas

b)

cepat

c)

mudah

d)

sesuai

2.

Meskipun baru berusia dua tahun, Lee Lian______ membaca buku cerita dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

a)

fasih

b)

pakar

c)

pintar

d)

pandai

3.

Tindakan mendalami ilmu tentang nilai kegigihan dan kesabaran mampu membina peribadi _______ dalam kalangan murid.

a)

bagus

b)

cekap

c)

handal

d)

mulia

4.

Setiap ahli kumpulan ________ pandangan bagi menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada minggu hadapan.

a)

berbantah-bantah

b)

berbalas-balas

c)

berubah-ubah

d)

bertukar-tukar

5.

Hati Fuad ______ apabila tiba gilirannya untuk mendeklamasikan sajak di atas pentas.

a)

berkobar-kobar

b)

berdebar-debar

c)

bergerak-gerak

d)

berdentum-dentum

6.

Kedengaran _______ suara orang meminta tolong ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari pengembara yang sesat di dalam hutan.

a)

jauh-jauh

b)

jelas-jelas

c)

sayup-sayup

d)

samar-samar

7.

_______ orang kakak saya menceburi bidang perakaunan.

a)

Tiga

b)

Ketiga

c)

Bertiga

d)

Ketiga-tiga

8.

________ pelajar lebih cenderung memilih bidang akademik atau profesional berbanding dengan bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

a)

Seluruh

b)

Setengah

c)

Beberapa

d)

Kebanyakan

9.

Kita ______ beratur mengikut barisan dan tidak boleh memotong giliran orang lain.

a)

perlu

b)

boleh

c)

mesti

d)

mahu

10.

Farid harus _______ memperoleh pelbagai maklumat yang berguna selepas menghadiri seminar itu.

a)

masih

b)

sudah

c)

belum

d)

akan