Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Kertas Pemahaman (Tatabahasa)

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

"Saya ingin bertemu dengan Guru Besar. Adakah _____ ada di biliknya?" tanya Puan Faridah kepada kerani yang bertugas.

a)

dia

b)

beliau

c)

awak

d)

kalian

2.

Faiq ______ untuk memilih jawapan yang tepat semasa menjawab soalan kuiz secara dalam talian kerana jawapannya hampir sama.

a)

risau

b)

gusar

c)

keliru

d)

kecewa

3.

Aiman sekeluarga akan _______ ke bandar Kuching apabila rumah baharu mereka siap dibina.

a)

bertukar

b)

bersiar

c)

bernaung

d)

berpindah

4.

Raut muka Ailyn _______ kerana memikirkan masalah yang dialaminya masih tidak selesai.

a)

ceria

b)

cemas

c)

muram

d)

cengkung

5.

Syikah tidak dibenarkan masuk _______ dalam dewan peperiksaan oleh pengawas yang bertugas kerana dia datang lewat.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

kepada

6.

________ Menara Kuala Lumpur yang unik amat dikagumi oleh para pelancong dari luar negara yang berkunjung ke situ.

a)

Reka bentuk

b)

Susun atur

c)

Daya usaha

d)

Reka letak

7.

Emily sedang tekun _________ seorang pengantin perempuan yang akan bersanding sebentar lagi.

a)

terandam

b)

berandam

c)

pengandam

d)

mengandam

8.

Wajah Rajesh kelihatan _________ semasa tertangkap ketika dia sedang meniru jawapan kawannya.

a)

pucat lesi

b)

kuning langsat

c)

merah padam

d)

hitam legam

9.

_________ sekumpulan pendatang asing telah menimbulkan huru-hara di kawasan itu.

a)

Kedatangan

b)

Tarikan

c)

Kepulangan

d)

Tumpuan

10.

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di tengah-tengah bandar itu menjadi ________ kepada para pelancong.

a)

tugasan

b)

tamparan

c)

tarikan

d)

pujaan

11.

Segala pengalaman semasa mengembara ke Australia ________ oleh Ezam di dalam diarinya.

a)

diletakkan

b)

dicatatkan

c)

dimasukkan

d)

dibubuh

12.

Bahan-bahan membuat kek itu ________ hingga sebati oleh kakak sebelum dikukus.

a)

disimpan

b)

dimakan

c)

digaul

d)

diikat

13.

Hakimi telah dilantik untuk ________ pasukannya dalam pertandingan itu.

a)

mengikuti

b)

mengetuai

c)

mendahului

d)

mengatasi

14.

Pemandangan di puncak bukit Broga itu sangat ________ hati Mimi.

a)

memukau

b)

menggamit

c)

memudahkan

d)

memanggil

15.

Farah berasa tidak _______ apabila berpindah ke rumah baru yang agak kecil itu.

a)

selesa

b)

sesuai

c)

nyaman

d)

serasi

16.

Kita wajarlah menjaga kebersihan untuk ________ hidup yang sihat.

a)

memerlukan

b)

menjamin

c)

memberi

d)

mengambil

17.

Doktor Ihsan menasihati pesakitnya supaya makan makanan yang _______.

a)

bertenaga

b)

berkhasiat

c)

berlemak

d)

berkulat

18.

Puan Maizatul membalut luka Hakim supaya tidak ________ kepada kuman.

a)

terbuka

b)

terpamer

c)

ternampak

d)

terdedah

19.

Kita digalakkan ________ untuk kegunaan pada masa depan.

a)

menyimpan

b)

membazir

c)

menyembunyi

d)

menabung

20.

Demi ________ kembali hubungan yang renggang, Encik Farid sering berkunjung ke rumah saudaranya itu.

a)

meneguhkan

b)

menguatkan

c)

mengemaskan

d)

mengeratkan

21.

Kanak-kanak itu sangat _______ walaupun baru berusia tiga tahun.

a)

cekap

b)

cepat

c)

bijak

d)

mahir

22.

Ibu menangis apabila ayah _________ kembali zaman kesusahan mereka dahulu.

a)

menyelak

b)

mengimbau

c)

membuka

d)

membentang

23.

Biduanita itu mempunyai ramai peminat pada zaman _______nya.

a)

kegemilangan

b)

kejatuhan

c)

kemegahan

d)

kenaikan

24.

Kerjasama yang dilakukan membolehkan pasukan mereka ________ kejayaan.

a)

membawa

b)

mencapai

c)

mengundang

d)

mendorong

25.

Perniagaan Encik Hashim ________ maju kerana sikap rajinnya.

a)

berkembang

b)

bertunas

c)

bercambah

d)

bercabang

26.

Fatin melanjutkan pelajarannya dalam ________ kejuruteraan di Universiti Malaya.

a)

sektor

b)

lapangan

c)

jurusan

d)

kelas

27.

Dani makan dengan _______ kerana tidak mahu ketinggalan bas untuk ke sekolah.

a)

laju

b)

segera

c)

gelojoh

d)

cepat

28.

Shima dan keluarganya tinggal di sebuha kampung di kawasan ________ Sabah.

a)

dalaman

b)

pendalaman

c)

pedalaman

d)

kedalaman

29.

Kerja-kerja ________ corak pada kayu itu mengambil masa selama beberapa minggu.

a)

mengukir

b)

menenun

c)

menconteng

d)

melukis

30.

Fika terpesona ________ keindahan matahari terbenam di tepi pantai itu.

a)

merenung

b)

menjeling

c)

melihat

d)

mendongak

31.

Ikan di dalam tasik itu _______ di permukaan air apabila adik membaling roti.

a)

naik

b)

terbit

c)

timbul

d)

keluar

32.

Kawasan yang ______ itu sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat.

a)

jatuh

b)

rendah

c)

bawah

d)

lapang

33.

Pencapaian Adam agak _________ kerana dia sering sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah.

a)

merosot

b)

terbantut

c)

menjunam

d)

menurun

34.

:Sudah satu purnama tuan puteri gering. Sesiapa pun tidak dibenarkan menghadap _________," kata bendahara kepada para pembesar negeri.

a)

beliau

b)

beta

c)

baginda

d)

tuanku

35.

"Ayahanda, telah _________ sediakan peralatan untuk kita pergi berburu," titah Raja Muda kepada ayahandanya.

a)

patik

b)

saya

c)

hamba

d)

anakanda