Worksheetsknowledge on blood transfusion
Total questions: 8
Worksheet time: 6mins
Packed Red Cell, Whole blood, Platelets, Fresh Frozen Plasma dan Cryoprecipitate merupakan jenis-jenis darah yang digunakan dalam merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit terutama yang mengalami pendarahan. BENAR atau TIDAK?
BENAR
TIDAK
Semasa transfusi darah sedang dijalankan, pesakit mengadu gatal-gatal di seluruh anggota badan. Apakah tindakan segera yang perlu dilakukan?
Beritahu pegawai perubatan yang bertugas dengan segera
Berhentikan transfusi darah dengan segera
Ambil tanda-tanda vital dengan segera
Lakukan dokumentasi setelah pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya dan lebih stabil
Tempoh maksimum transfusi darah bagi Packed Red Cell dan Whole Blood perlu dijalankan sebaik sahaja menerima darah tersebut dari Tabung Darah ialah
Mengikut arahan pegawai perubatan
Empat (4) jam dari masa darah dikeluarkan dari Tabung Darah
Empat (4) jam dari masa mula transfusI
Enam (6) jam dari masa yang diisu dari tabung darah
Suhu /Cold Chain yang perlu dikekalkan semasa membawa darah, Packed red Cell dari Tabung Darah ke wad adalah antara
2oC – 4oC
0oC – 4oC
2oC – 10oC
0oC – 6oC
Semasa membuat permohonan transfusi darah (Blood Request) Packed Red Cell, perlu ada
Borang permohonan darah yang lengkap & betul, tiub sampel darah yang dilabel dengan betul, Blood Taking Checklist yang lengkap
Borang permohonan darah, tiub sampel darah yang berlabel. Kotak/bekas berisi ketul ais
Borang permohonan darah sahaja
Borang permohonan darah dan kotak/bekas berisi ketul ais
Seorang pesakit telah menerima transfusi Packed Red Cell dari jam 8 pagi. Namun sehingga jam 1 petang, proses transfusi darah masih belum habis. Apakah tindakan anda
‘Flush’ Normal Saline melalui branula pesakit tersebut bagi melancarkan flow darah yang diberi
Flush Heparine Saline melalui branula pesakit tersebut bagi melancarkan ‘flow’ darah yang diberi
Hentikan proses transfusi darah tersebut
Beritahu Pegawai Perubatan yang bertugas
Semasa proses transfusi darah, tanda vital perlu diambil sekurang kurangnya
15 minit, 30 minit, 1 jam pertama, 2 jam pertama, 3 jam pertama sehingga selesai proses transfusi
Setiap 30 minit sekali sehingga selesai proses transfusi
1 jam sekali sehingga selesai proses transfusi
15 minit pertama kemudian setiap 1 jam sehingga selesai proses transfusi
Bagaimanakah caranya untuk mengenali pesakit yang betul (positive identification) terutama pesakit yang dijadualkan untuk menerima transfusi darah di wad?
Memanggil pesakit dengan nama yang didaftar masuk ke wad (close-ended question). Contoh; Adakah nama anda Salmah?
Bertanyakan nama pesakit kepada waris yang menjaga/menunggu pesakit
Memeriksa rekod pesakit dengan melihat borang daftar masuk pesakit ke wad
Bertanyakan kepada pesakit nama pesakit (open-ended question), memeriksa nama pada ‘wrist tag’ dan juga nama pesakit pada borang daftar kemasukan pesakit ke wad
