wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERNIAGAAN PERCUBAAN 1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan objektif utama sesebuah perniagaan?

a)

Meningkatkan kuasa beli pengguna

b)

Menawarkan barangan kepada pengguna

c)

Memberikan keselesaan kepada pelanggan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri koperasi

a)

Kawalan operasi adalah secara autokratik

b)

Ahli menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Semua anggota berhad mengundi

d)

Pulangan syer kepada ahli dalam bentuk elaun

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri keperluan manusia

a)

Keperluan mudah dipenuhi

b)

Menjadikan hidup lebih selesa

c)

Melambangkan kemewahan

d)

Keperluan berbeza untuk semua individu

4.

Apakah peranan kerajaan negeri Terengganu dalam membantu mengembangkan aktiviti perniagaan keropok di Terengganu?

a)

Memberikan pelepasan cukai

b)

Mengadakan promosi perniagaan

c)

Menyediakan pembiayaan kewangan

d)

Melaksanakan pengubalan undang-undang

5.

Penyataan yang manakah menunjukkan wujudnya pengangguran kitaran?

a)

Pekerja menganggur kerana kontrak kerja telah tamat

b)

Majikan mengecilkan bilangan pekerja akibat kemelesetan ekonomi

c)

Majikan mengecilkan bilangan pekerja kerana perubahan teknologi baharu

d)

Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja

6.

Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan kesan deflasi kepada masyarakat?

a)

Penduduk mengalami kehilangan pekerjaan

b)

Berlaku peningkatan kuasa beli pengguna

c)

Penurunan penawaran barangan dalam pasaran

d)

Penurunan permintaan barangan dalam pasaran

7.

Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman kepada sesebuah organisasi?

a)

Dapat melahirkan idea baharu

b)

Pekerja bersemangat menjalankan tugas

c)

Organisasi mempunyai kemahiran baharu

d)

Dapat meningkatkan motivasi pekerja

8.

Pilih 2 ciri organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)

a)

Keuntungan dikenakan cukai pendapatan

b)

Bertujuan memaksimumkan keuntungan

c)

Berorientasikan kebajikan untuk ahlinya

d)

Sumber kewangan diperoleh daripada yuran keahlian

9.

Pernyataan berikut :

"Syarikat ABC ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 15% dalam tahun 2019"


Berikut manakah benar berkaitan visi Syarikat ABC?

a)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Merupakan tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

c)

Dibentuk untuk meningkatkan motivasi pekerja

d)

Kaedah untuk mencapai matlamat oleh organisasi

10.

Apakah maksud bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi?

a)

Berfungsi umum untuk bahagian tersebut

b)

Bertanggungjawab khusus untk keseluruhan organisasi

c)

Berfungsi umum untuk keseluruhan organisasi

d)

Bertanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut

11.

"Jabatan kewangan menguruskan segala peruntukan yang diterima dan mengagihkan peruntukan ke jabatan-jabatan lain mengikut kesesuaian"


Manakah yang menerangkan objektif fungsian jabatan tersebut?

a)

Merupakan objektif umum keseluruhan organisasi

b)

Merupakan organisasi umum keseluruhan bahagian fungsian

c)

Merupakan organisasi khusus jabatan dalam organisasi

d)

Merupakan organisasi khusus setiap unit dalam organisasi

12.

Bahagian fungsian manakah perlu menganalisis pembekal untuk membandingkan harga?

a)

Bahagian pembelian

b)

Bahagian pemasaran

c)

Bahagian pentadbiran

d)

Bahagian pengeluaran

13.

Yang manakah benar tentang peranan bahagian fungsian kewangan organisasi sesebuah perniagaan?

a)

Menguruskan kewangan setiap bahagian organisasi

b)

Menyimpan data dan maklumat tentang kewangan organisasi

c)

Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan organisasi

d)

Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan organisasi

14.

"Pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi perlu ditingkatkan kemahiran seiring dengan pekembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini"


Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Berperanan untuk membina imej baik organisasi

b)

Merupakan usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi

c)

Berusaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Berusaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

15.

Pilih 2 maklumat berkaitan dengan carta organisasi tersebut?

a)

Pembahagian kuasa

b)

Pengasingan kuasa

c)

Pembahagian kerja

d)

Pengkhususan kerja

16.

pilih 2 penyataan, mengapakah sumber manusia dalam gambar tersebut perlu diurus dengan cekap dan berkesan

a)

Untuk menghasilkan individu yang produktif

b)

Untuk meningkatkan kualiti output

c)

Untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran pekerja

d)

Untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran

17.

pilih 2 aspek penting yang diperlukan untuk menghasilkan pekerja yang cekap.

a)

Diskripsi tugas yang jelas

b)

Motivasi pekerja yang tinggi

c)

Kelayakan akademik yang tinggi

d)

Ganjaran kewangan adil

18.

Antara berikut, risiko manakah yang boleh dilindungi bagi perniagaan seseorang usahawan?

a)

Risiko kebakaran

b)

Risiko gempa bumi

c)

Risiko kemerosotan ekonomi

d)

Risiko perubahan citarasa pelanggan

19.

pilih 2 kepentingan ganjaran kepada pekerja tersebut?

a)

Untuk menaikkan imej

b)

Untuk mewujudkan kesetiaan

c)

Untuk meningkatkan motivasi

d)

Untuk mengurangkan tekanan kerja

20.

Apakah kepentingan perlindungan insurans terhadap sumber fizikal kepada usahawan?

a)

Melindungi nyawa pekerja

b)

Melindungi harta benda pekerja

c)

Melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

d)

Melindungi perniagaan daripada persaingan yang tidak sihat

21.

Yang manakah merupakan sumber modal luaran Kedai Nasi Ayam Ahmad?

a)

Inventori

b)

Pembiayaan bank

c)

Wang tunai

d)

Pengurus kedai

22.

"Kedai Emas Chalok merupakan Perniagaan barangan kemas yang terkenal di Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu. Perniagaan ini sangat berisiko tinggi"


Pilih 2 alat kelengkapan yang boleh dipasang pada premis perniagaan dari aspek keselamatan

a)

Pelan lantai

b)

Alat penggera

c)

Kamera litar tertutup

d)

Pengawal keselamatan

23.

Yang manakah berikut merupakan sumber pembiayaan dalaman perniagaan?

a)

Overdraf

b)

Bantuan modal

c)

Modal daripada keuntungan

d)

Pembiayaan daripada institusi kewangan

24.

"Perniagaan Satay Chalok memiliki premis perniagaan yang mengandungi peralatan berteknologi tinggi untuk aktiviti pemprosesan sate"


Pilih 2 jenis insurans yang sesuai diambil oleh perniagaan tersebut.

a)

Insurans kecurian

b)

Insurans liabiliti am

c)

Insurans kebakaran

d)

Insurans kemalangan

25.

Berikut merupakan agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan tersebut kecuali

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

c)

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)

d)

Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)

26.

Pilih 2 kelebihan memperoleh modal melalui skim pajakan

a)

Dapat menghasilkan pendapatan

b)

Aset dimiliki selepas tamat tempoh pajakan

c)

Dapat digunakan tanpa mengeluarkan modal yang tinggi

d)

Sebarang kerosakan perlu diselenggara oleh penyewa

27.

Apakah butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi?

a)

Liabiliti semasa

b)

Jualan bersih

c)

Aset semasa

d)

Ekuiti pemilik

28.

Mengapakah penyata kewangan perniagaan penting kepada pembiaya?

a)

Menentukan keupayaan kewangan perniagaan

b)

Menentukan jumlah stok yang dibekalkan untuk perniagaan

c)

Menentukan kadar keuntungan perniagaan dalam sesuatu tempoh

d)

Menentukan jenis perniagaan yang dijalankan oleh seseorang usahawan

29.

Antara berikut, butiran yang manakah terdapat dalam penyata aliran tunai?

a)

Jualan kredit

b)

Hutang lapuk

c)

Ambilan barang niaga oleh pemilik

d)

Penerimaan daripada penghutang

30.

Apakah kekuatan diri yang diperlukan untuk usahawan berjaya dalam perniagaan?

a)

Memiliki modal yang tinggi

b)

Fokus tenaga dan tumpuan

c)

Perhubungan baik dengan rakan perniagaan

d)

Kemampuan mendapat pembiayaan kewangan

31.

"Puan Rosmawati mengusahakan kek di bandar Setiu, Terengganu. Beliau menghasilkan palbagai jenis kek. Selepas setahun beliau berjaya menghasilkan kek perisa nenas dan keladi untuk pasaran negeri Terengganu"


Pilh 2 ciri usahawan yang ada pada Puan Rosmawati?

a)

Inovatif

b)

Kreatif

c)

Berani mengambil risiko

d)

Berpandangan jauh

32.

Antara berikut, pilih 2 kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?

a)

Mewujudkan sikap berdikari

b)

Memupuk minat keusahawanan dalam keluarga

c)

Menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan

d)

Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan kadar jenayah

33.

Apakah kemahiran yang boleh membangunkan fokus dan tenaga usahawan?

a)

Kemahiran komunikasi

b)

Kemahiran membuat keputusan

c)

Kemahiran menyelesaikan masalah

d)

Kemahiran menetapkan visi dan misi

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan stok bergerak perlahan?

a)

Stok lama yang tidak terjual

b)

Stok baharu yang lambat diterima daripada pembekal

c)

Stok yang mengambil masa yang lama untuk dijual

d)

Stok yang dijual tetapi bayarannya belum diterima daripada penghutang

35.

Yang manakah merupakan campuran pemasaran yang terdapat dalam perniagaan?

a)

Produk

b)

Pesaing

c)

Pembekal

d)

Pelanggan

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan Akta Pertubuhan Perniagaan?

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Kontrak 1950

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

37.

Apakah faedah yang diperolehi oleh usahawan yang mendaftar perniagaan di SSM?

a)

Dapat memperoleh untung yang lumayan

b)

Dikenakan cukai perniagaan yang rendah

c)

Membolehkan menjalankan perniagaan dengan selesa

d)

Dikecualikan daripada membayar lesen perniagaan dalam tempoh 5 tahun

38.

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang Rancangan Perniagaan?

a)

Dokumen bertulis tentang maklumat perniagaan

b)

Dokumen bertulis tentang hala tuju dan matlamat perniagaan

c)

Dokumen bertulis tentang kedudukan kewangan perniagaan

d)

Dokumen bertulis tentang latar belakang perniagaan secara terperinci

39.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan?

a)

Dapat menjangka masalah yang bakal timbul

b)

Dapat memberi peluang usahawan menilai projek yang dirancang

c)

Membolehkan perniagaan mengaut keuntungan secara maksimum

d)

Memberi panduan kepada usahawan dalam pengurusan organisasi

40.

Pernyataan manakah menerangkan tentang rancangan perniagaan?

a)

Menerangkan maklumat sumber manusia

b)

Menerangkan maklumat perancangan kewangan

c)

Menerangkan keperluan operasi perniagaan

d)

Menerangkan sumber modal perniagaan