wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3: SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Total questions: 45

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.

Apakah sumber pembiayaan tersebut?

a)

Sumber pembiayaan luaran

b)

Sumber pembiayaan dalaman

c)

Sumber pembiayaan bank

d)

Sumber pembiayaan agensi kerajaan

2.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri pembiayaan mikro?

a)

Tempoh bayaran balik yang pendek

b)

Jumlah pembiayaan melebihi RM50 000

c)

Memerlukan cagaran

d)

Menawarkan pinjaman jangka masa panjang

3.

Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?

a)

Pemfaktoran

b)

Sewa beli

c)

Overdraf

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan

4.

Maklumat berikut berkaitan Encik Amar.


Encik Amar mempunyai syer Syarikat Maju Berhad. Beliau menerima kadar dividen yang tetap setiap tahun.


Siapakah Encik Amar?

a)

Pemegang saham aktif

b)

Pemegang saham interim

c)

Pemegang saham biasa

d)

Pemegang saham keutamaan

5.

Antara yang berikut, yang manakah bantuan perniagaan yang disediakan oleh MARA?

a)

Skim Pinjaman Kecil

b)

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres

c)

Dana Usahawan Muda

d)

Skim Pembiayaan TERAS

6.

Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)?

a)

Membantu PKS yang tidak mencukupi modal

b)

Membantu PKS mengembangkan perniagaan

c)

Membantu PKS yang tiada cagaran

d)

Membantu PKS yang tiada modal permulaan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.


Satu perjanjian antara pemajak dengan syarikat pajak untuk menyewa satu aset tertentu.


Apakah jenis pembiayaan tersebut?

a)

Sewa beli

b)

Ar-Rahnu

c)

Pajakan

d)

Gadaian

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.


Pemborong Imran ingin menjual invois pelanggannya.


Apakah jenis pembiayaan tersebut?

a)

Sewa beli

b)

Gadaian

c)

Ansuran

d)

Pemfaktoran

9.

Apakah kelebihan penggunaan simpanan sendiri sebagai modal?

a)

Tidak perlu membayar faedah pinjaman

b)

Saiz modal yang besar

c)

Tiada risiko kegagalan

d)

Memerlukan cagaran

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan sejenis sumber pembiayaan.


Perniagaan boleh menggunakan barang modal seperti jentera untuk menghasilkan pendapatan walaupun bayaran belum dijelaskan.


Apakah sumber pembiayaan tersebut?

a)

Pajakan

b)

Pemfaktoran

c)

Sewa beli

d)

Simpanan sendiri

11.

Apakah kelebihan mendapat sumber dana dengan menggunakan kaedah pemfaktoran?

a)

Mendapat tunai dengan segera

b)

Mengurangkan pembayaran faedah

c)

Mengurangkan kecairan perniagaan

d)

Meningkatkan simpanan perniagaan

12.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kelemahan overdraf?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Bank berhak untuk menarik semula kemudahan overdraf pada bila-bila masa

b)

Pembayaran balik pinjaman mengikut masa yang ditetapkan

c)

Tiada had maksimum

d)

Kadar faedah lebih tinggi

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.


Puan Aina menggadaikan barang kemasnya untuk mendapat pinjaman tunai dengan segera.


Apakah sumber pembiayaan tersebut?

a)

Sewa beli

b)

Ar Rahnu

c)

Pajakan

d)

Pemfaktoran

14.

Apakah yang perlu disediakan oleh perniagaan sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan kepada institusi perbankan atau kewangan?

a)

Bahan mentah

b)

Akaun simpanan

c)

Rancangan perniagaan

d)

Borang permohonan

15.

Rajah di atas menunjukkan proses permohonan pinjaman.

Apakah proses P?

a)

Penyediaan rancangan perniagaan

b)

Menghantar borang permohonan

c)

Penerimaan tawaran

d)

Penilaian pinjaman

16.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan modal sesebuah perniagaan?

a)

Jentera dan inventori

b)

Wang tunai dan kedai runcit

c)

Bangunan kilang dan lengkapan

d)

Kelengkapan pejabat dan penyata akaun

17.

Sumber pembiayaan perniagaan terdiri daripada sumber ____________ dan sumber ____________.

a)

ekstraktif; perkilangan

b)

pertama; kedua

c)

dalaman; luaran

d)

primer; sekunder

18.

Nyatakan dua contoh sumber pembiayaan perniagaan dalaman.

a)

Simpanan peribadi dan pinjaman bank

b)

Simpanan peribadi dan modal daripada keuntungan(rizab)

c)

Simpanan peribadi dan pinjaman daripada saudara-mara

d)

Simpanan peribadi dan pinjaman daripada kawan-kawan

19.

Nyatakan dua contoh sumber pembiayaan perniagaan luaran.

a)

Bank dan institut kewangan serta agensi swasta

b)

Bank dan institut kewangan serta modal daripada keuntungan(rizab)

c)

Bank dan institut kewangan serta simpanan peribadi

d)

Bank dan institut kewangan serta agensi kerajaan

20.

Apakah itu simpanan peribadi?

a)

Merupakan pembiayaan semasa perniagaan

dijalankan untuk modal pusingan.

b)

Merupakan sumber asas yang diperlukan oleh

usahawan.

c)

Merupakan keuntungan yang diperoleh daripada hasil

pelaburan.

d)

Merupakan pinjaman yang diberikan kepada

usahawan yang ingin memulakan

perniagaan.

21.

Apakah itu modal daripada keuntungan

(rizab)?

a)

Merupakan keuntungan yang diperoleh daripada hasil

pelaburan.

b)

Merupakan sumber asas yang diperlukan oleh

usahawan.

c)

Merupakan aktiviti menyewa aset dengan tujuan

untuk membeli aset tersebut.

d)

Merupakan pinjaman yang diberikan kepada

usahawan yang ingin memulakan

perniagaan.

22.

Huraikan modal permulaan.

a)

Kemudahan kredit yang disediakan oleh

bank perdagangan untuk pemegang akaun

semasa.

b)

Membolehkan usahawan menggunakan

sesebuah mesin atau jentera dengan cara

menyewakanya daripada bank atau

institusi kewangan dalam tempoh masa

tertentu.

c)

Pinjaman yang diberikan kepada

usahawan yang ingin memulakan

perniagaan.

d)

Bahagian dalam modal sesuatu

perniagaan atau saham.

23.

Pinjaman perniagaan gadaian/Ar-Rahnu merupakan ______________.

a)

kemudahan kredit yang disediakan oleh

bank perdagangan untuk pemegang akaun

semasa

b)

membolehkan usahawan menggunakan sesebuah mesin atau jentera dengan cara menyewakanya daripada bank atau

institusi kewangan dalam tempoh masa tertentu

c)

merupakan kemudahan pembelian akaun

penghutang atau invois

d)

cagaran bagi mendapatkan pinjaman (gadai barang dalam tempoh masa tertentu untuk bayar balik harga

cagaran tu)

24.

Nyatakan tiga kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan dalam usaha membantu usahawan mengembangkan perniagaannya.

a)

Sewa beli, jaminan kredit serta bantuan modal.

b)

Pembelian bahan mentah, jaminan kredit serta bantuan modal.

c)

Kenderaan, jaminan kredit serta bantuan modal.

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan, jaminan kredit serta bantuan modal.

25.

Antara yang berikut, sumber manakah yang dikategorikan sebagai sumber luaran semasa menjana idea baharu produk?

I Pembekal

II Kakitangan khidmat pelanggan

III Pelanggan

IV Penyelidikan dan pembangunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Maklumat di bawah ini berkaitan keuntungan sebuah syarikat berhad.


Syarikat ingin meningkatkan operasi pengeluaran pada tahun 2018 untuk memenuhi satu kontrak luar negara. Syarikat memerlukan modal sebanyak RM400 juta untuk membuka sebuah kilang baharu untuk tujuan tersebut. Apakah sumber pembiayaan yang paling sesuai digunakan oleh syarikat berkenaan?

a)

Modal daripada keuntungan

b)

Overdraf bank

c)

Pinjaman jangka panjang bank

d)

Pinjaman daripada agensi kerajaan

27.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Rahim


Encik Rahim seorang pengusaha restoran. Memandangkan perniagaannya mendapat sambutan yang baik, beliau mengambil keputusan untuk membuka lagi restoran.


Beliau bercadang menggunakan sumber pembiayaan dalaman dan bukan sumber pembiayaan luaran. Mengapa?

I Modal daripada sumber pembiayaan dalaman tidak

terhad

II Sumber pembiayaan luaran memerlukan jaminan dan

cagaran

III Sumber pembiayaan luaran tidak sesuai untuk

perniagaan restoran

IV Sumber pembiayaan dalaman dapat mengelakkan

pembayaran faedah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

28.

Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan Puan Diana, pemilik Kedai Bunga Diana.

Hasil harian : RM200 - RM250

Sewa bulanan : RM1 500

Gaji pembantu : RM1 000 sebulan

Modal tambahan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan : RM30 000


Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional untuk keperluan modal tambahan.

Mengapakah Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional dan bukan dengan bank dan institusi kewangan?

I Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat

II Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai

III Jumlah pinjaman tidak terhad

IV Kos pinjaman lebih murah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

29.

Gambar diberi menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.


Manakah yang benar mengenai agensi tersebut?

a)

Menyediakan kemudahan ruang niaga

b)

Menawarkan modal tambahan kepada usahawan

c)

Memberi jaminan kredit

d)

Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi

30.

Pernyataan manakah yang benar tentang jaminan kredit?

a)

Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga

b)

Diberikan kepada usahawan yang menghadapi kesukaran memperolehi pinjaman

c)

Memberikan bantuan modal kepada perniagaan yang ingin memulakan perniagaan

d)

Menggalakkan syarikat untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan teknologi

31.

Gambar diberi ini menunjukkan agensi yang memberikan sumber pembiayaan.


Manakah kekuatan jenis pembiayaan daripada agensi tersebut?

I. Cepat dan ringkas

II. Tidak dikenakan faedah

III. Ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan

peminjam

IV. Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak

mempunyai cagaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

32.

Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?

a)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

b)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

c)

Pemilik membawa masuk modal tambahan

d)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

33.

Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

a)

Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan

b)

Imej produk terjejas di mata pengguna

c)

Motivasi pekerja akan terjejas

d)

Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

34.

Apakah peranan syarikat pemfaktoran?

a)

Mengutip hutang bagi pihak peniaga daripada pelanggan mereka.

b)

Menyewa aset tetap daripada institusi kewangan atau bank.

c)

Memberikan pinjaman kewangan daripada syarikat awam.

d)

Memberikan kemudahan overdraf kepada pelanggan.

35.

Konsep "pinjaman asas simpanan" adalah pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berikut:

a)

MARA

b)

TEKUN

c)

MOSTI

d)

AgroBank

36.

Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan luaran?

a)

Bank Negara

b)

BSN Takaful

c)

Affin Bank Berhad

d)

Media Prima Berhad

37.

Apakah sumber pembiayaan secara gadaian yang diberikan oleh insitusi kewangan Islam kepada peminjam?

a)

Al-Mudharabah

b)

Al-Musyarakah

c)

Al-Wadiah

d)

Ar-Rahnu

38.

Apakah insentif yang disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi?

a)

Geran penyelidikan dan pembangunan

b)

Overdraf

c)

Geran tanah

d)

Pemfaktoran

39.

Puan Mei Yee ingin membuka cawangan kafe di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan. Beliau bercadang untuk mendapatkan pembiayaan dalaman. Manakah antara berikut merupakan jenis sumber pembiayaan yang sesuai?


I Simpanan peribadi

II Keuntungan syarikat

III Pajakan

IV Sewa beli

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan kepada usahawan yang mempunyai akaun semasa ialah ________________.

a)

sewa beli

b)

draf bank

c)

overdraf

d)

kad kredit

41.

Bagi permohonan pembiayaan melalui MARA, dokumen yang diperlukan adalah _____________ dan _____________.


I Borang KWSP

II Borang Cukai

III Borang Maklumat Peribadi

IV Borang Jaminan atau Cagaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah _________________.

a)

menyediakan penyata bank

b)

menyediakan rancangan perniagaan

c)

membuat rundingan dengan pakar kewangan

d)

memulakan perniagaan atau memohon semula

43.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

b)

Cepat dan ringkas

c)

Tidak melibatkan kos

d)

Modal yang banyak

44.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan luaran?

a)

Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa

b)

Memerlukan pinjaman

c)

Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa

d)

Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman

45.

Apakah kekuatan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan kepada usahawan?

a)

Memberi pinjaman kepada usahawan yang tidak mempunyai modal mencukupi

b)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap

c)

Jumlah pinjaman yang terhad

d)

Mengenakan faedah yang tinggi