Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 2 (MALAYSIA NEGARA BERDAULAT) - P.AM

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Pengamalan ajaran sesat

b)

Penjualan minuman keras

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

2.

Yang manakah benar tentang Ketua Hakim Negara?

a)

Pengerusi Mahkamah Persekutuan

b)

Penasihat undang-undang kerajaan

c)

Dipecat melalui cadangan Tribunal Khas

d)

Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

3.

Yang manakah merujuk kepada doktrin duluan?

a)

Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri

b)

Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua HakimNegara dalam usaha membicarakan kes

c)

Hakim mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim mahkamah yang baru dilantik

d)

Hakim mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

4.

Biro Bantuan Guaman boleh membantu kes yang melibatkan

a)

pembantu rumah warga Indonesia yang ditipu majikannya

b)

janda yang menuntut bayaran nafkah ke atas bekas suaminya

c)

pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan keadaan rumahnya

d)

remaja yang didakwa atas tuduhan menjadi samseng di jalan raya

5.

Yang manakah boleh dibatalkan oleh mahkamah?

a)

Undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan

b)

Undang-undang negeri yang berada di luar bidang kuasa Dewan Undangan Negeri

c)

Undang-undang negeri yang tidak diperkenankan oleh Raja/Yang di-Pertua Negeri

d)

Undang-undang negeri yang tidak dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

6.

Kes yang manakah boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

a)

Pegawai polis yang dikenakan tindakan turun pangkat

b)

Pegawai tentera yang dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tentera

c)

Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib

d)

Pembantu makmal sekolah menengah persendirian yang dibuang kerja

7.

Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang dilaksanakan oleh

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Majlis Parlimen

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Jemaah Menteri

8.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen

b)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

c)

Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri

9.

Yang manakah peranan utama Suruhanjaya Pilihan Raya

a)

Menerima petisyen pilihan raya

b)

Menentukan tarikh pembubaran Parlimen

c)

Menentukan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

Mencadangkan nama-nama calon yang akan bertanding

10.

Yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Keputusan rayuan petisyen pilihan raya adalah muktamad

b)

Isteri pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan oleh Jawatankuasa Parlimen

d)

Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara layak menjadi calon

11.

Yang manakah layak untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Muflis yang belum dilepaskan

b)

Tidak mendaftar di kawasan bertanding

c)

Pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu

d)

Menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon

12.

Yang manakah menyebabkan seseorang tidak boleh mengundi

a)

Bekas banduan

b)

Bukan anggota parti politik

c)

Bertugas semasa pilihan raya

d)

Tidak mendaftar sebagai pemilih

13.

Yang manakah akan menyebabkan Encik X hilang kelayakannya sebagai seorang ahli Dewan Rakyat?

a)

Mendapat taraf pemastautin tetap negara lain

b)

Menjalani hukuman penjara selama 1 tahun dan denda RM1000

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan dan menjadi pemilik beberapa buah syarikat

d)

Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin

14.

I. Digubal oleh badan perundangan Persekutuan

II. Peraturan dan kaedah dibuat oleh Menteri atau sebuah badan

III. Diluluskan oleh badan perundangan negeri Sarawak

X - Akta

Y - Ordinan

Z - Perundangan subsidiari

X Y Z

a)

I, II, III

b)

I, III, II

c)

II, I, III

d)

III, I, II

15.

Semenanjung - Majlis Mesyuarat Negeri

Sabah - Y


Berdasarkan maklumat di atas, Y ialah

a)

Majlis Tertinggi

b)

Kabinet Negeri

c)

Majlis Tindakan Negeri

d)

Majlis Perancangan Negeri

16.

Kes pertikaian nilai pampasan tanah antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah merujuk kepada

a)

Tribunal Tanah

b)

Jemaah Menteri

c)

Majlis Tanah Negara

d)

Mahkamah Persekutuan

17.

“Beliau hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong dengan syarat satu resolusi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan undi tidak kurang daripada 2/3 jumlah ahli Dewan Undangan Negeri”


Penyataan di atas merujuk kepada proses pemecatan

a)

Ketua Menteri

b)

Setiausaha Kerajaan

c)

Yang Dipertua Negeri

d)

Yang di-Pertua Dewan Negeri

18.
  • Menjadi penghubung antara Kerajaan Pusat dengan KerajaanNegeri
  • Menilai Peruntukan-Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri


Peranan di atas dilaksanakan oleh

a)

Pejabat Kewangan Negeri

b)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

c)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

d)

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri

19.

Yang manakah benar tentang sumber kewangan Kerajaan Negeri?

a)

Duti hiburan

b)

Lesen perniagaan

c)

Lesen memandu kereta

d)

Cukai Keuntungan Harta Tanah

20.

Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

a)

Keluasan negeri

b)

Bilangan penduduk

c)

Jumlah hasil negeri

d)

Panjang jaringan jalan raya

21.

Yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

a)

Melaksanakan kuasa eksekutif negeri

b)

Diketuai oleh raja atau Yang Dipertua Negeri

c)

Jumlah keahlian adalah sama di setiap negeri

d)

Saraan ahlinya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri

22.
  • Mengkoordinasi polisi dan rancangan kerajaan negeri
  • Menjalankan rancangan pembangunan sosio-ekonomi negeri


Fungsi di atas merujuk kepada

a)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

b)

Unit Perancangan Ekonomi Negeri

c)

Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri

d)

Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Kerajaan Negeri

23.

Pemaju X ingin membuat pertukaran status tanah pertanian ke kawasan perumahan, pihak berkuasa yang manakah akan meluluskan permohonan tersebut?

a)

Pejabat Tanah dan Galian

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan

24.

Yang manakah benar tentang Badan Tidak Berkanun?

a)

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat

b)

Pegawai Perkhidmatan Awam tidak boleh dipinjam

c)

Anggaran belanjawan tahunan tertakluk kepada kawalan agensi pusat

d)

Tidak boleh menubuhkan anak syarikat

25.
  • Menyediakan pasar awam
  • Membina pondok menunggu bas


Kemudahan di atas disediakan oleh

a)

Pejabat Tanah dan Daerah

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26.

Padanan yang manakah betul antara jawatan dengan pihak yang melantik?

a)

Hakim Mahkamah Sesyen -#Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri

b)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya -# Perdana Menteri

c)

Peguam Negara - #Yang di-Pertuan Agong

d)

Setiausaha Dewan Rakyat - #Speaker Dewan Rakyat

27.
  • Pembuangan sisa-sisa pepejal
  • Mengindahkan kawasan


Penyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

a)

Jabatan Alam Sekitar

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

28.

Yang manakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan semasa memberi peruntukan kepada Kerajaan Tempatan

a)

Panjang jalan raya

b)

Tahap kemajuan

c)

Bilangan penduduk

d)

Pendapatan per kapita penduduk

29.

Yang manakah benar mengenai Kerajaan Tempatan

a)

Melantik ahli majlis kerajaan tempatan

b)

Berkuasa menentukan sempadan kawasan sendiri

c)

Mempunyai kuasa menggubal undang-undang kecil

d)

Semua kerajaan tempatan ditadbir oleh kerajaan negeri

30.

Yang manakah komponen utama tadbir urus yang mantap

a)

Mengutamakan pelanggan

b)

Mengamalkan kejujuran

c)

Membangunkan modal insan

d)

Mengkritik setiap dasar