wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B6T1 TAMADUN ROM

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Zaman ini berlaku di Rom dari tahun 509 - 27 SM.

a)

Zaman empayar

b)

Zaman keamanan

c)

Zaman republik

d)

Zaman beraja

2.

Rom telah mencapai tahap kegemilangan pada era Pax Romana. Era tersebut berlaku selama

a)

50 tahun

b)

100 tahun

c)

200 tahun

d)

250 tahun

3.

Apakah fungsi Pozzolana terhadap masyarakat Tamadun Rom?

a)

Bahan binaan

b)

Membekalkan air

c)

Kubah bersaiz besar

d)

Tempat mandi awam

4.

Pont du Gard dibina bertujuan untuk pengawalan air yang sistematik. Di manakah lokasi Pont du Gard?

a)

Britain

b)

Perancis

c)

Tunisia

d)

Rom

5.

Akueduk pertama dibina di

a)

Aqua Appia

b)

Aqua Virgo

c)

Aqua Claudia

d)

Aqua Atlantis

6.

Apakah sumbangan Maharaja Caracalla terhadap masyarakat Rom?

a)

Membina Pantheon

b)

Membina tembok pertahanan

c)

Membina tempat mandi awam

d)

Membina jalan raya

7.

Apakah DUA peranan golongan Plebian dalam masyarakat Tamadun Rom?

a)

Petani

b)

Peniaga

c)

Pendeta

d)

Pentadbir

8.

Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana. Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

Keamanan empayar

b)

Pembentukan republik

c)

Pertambahan penduduk

d)

Penyebaran agama

9.

Apakah DUA seni bina Tamadun Rom yang terkenal sehingga kini?

a)

Colosseum

b)

Pantheon

c)

Forbidden City

d)

Zigurat

10.

Pilih TIGA gambar yang merupakan seni bina warisan tamadun Rom.

a)
b)
c)
d)
11.

Apakah DUA faktor yang mendorong masyarakat tamadun Rom maju dalam bidang seni bina?

a)

Hubungan luar

b)

Kekuatan tentera

c)

Sistem pendidikan

d)

Dasar pemerintahan

12.

Apakah DUA ciri bangunan dan binaan dalam Tamadun Rom?

a)

Kubah berbentuk bulat

b)

Bangunan berbentuk pagoda

c)

Bumbung melentik di hujung perabung

d)

Dinding batu-bata dilepa dengan simen

13.

# Binaan dimulakan oleh Raja Vespian

# Mempunyai tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat

# Menjadi tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar

a)

Pantheon

b)

Colosseum

c)

Akueduk

d)

Acropolis

14.

Apakah binaan di Malaysia yang boleh disamakan dengan Colosseum?

a)

Stadium Bukit Jalil

b)

Menara Kuala Lumpur

c)

Menara Berkembar Petronas

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

15.

Apakah tujuan pembinaan Pantheon?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat penyembahan dewa-dewi

16.

Amfiteater berbentuk lingkaran dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza. Apakah kegunaan amfiteater?

a)

Pengairan

b)

Pertahanan

c)

Pertunjukan

d)

Perdagangan

17.

Dalam tamadun Rom, akueduk yang pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM. Apakah fungsi akueduk?

a)

Bekalan air

b)

Rumah ibadat

c)

Benteng pertahanan

d)

Tempat persembahan

18.

Apakah DUA iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan masyarakat Rom membina binaan yang hebat?

a)

Kepakaran dalam seni bina

b)

Kekuatan angkatan tentera

c)

Kezaliman sistem pemerintahan

d)

Sistem pendidikan yang praktikal

19.

Anda bekerja sebagai peniaga di Rom. Anda dikategorikan sebagai

a)

Patrician

b)

Plebian

c)

Artisan

d)

Helot

20.

Apakah sumbangan Marco Vitruvius semasa kegemilangan Tamadun Rom?

a)

Ketenteraan

b)

Seni bina

c)

Falsafah

d)

Pendidikan

21.

Apakah teknologi luar yang mempengaruhi bidang pembinaan Tamadun Rom?

a)

Teknologi Mesopotamia

b)

Teknologi Mesir Purba

c)

Teknologi Huang He

d)

Teknologi Yunani

22.

# Pengguna dikenakan bayaran tertentu

# Kemudahan perpustakaan, bilik berehat dan bersenam

# Dibina semasa pemerintahan Maharaja Caracalla

# Boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada satu-satu masa

a)

Colosseum

b)

Amfiteater

c)

Pantheon

d)

Tempat mandi awam

23.

Mengapakah Ocolus dibina dalam bangunan oleh masyarakat Rom?

a)

Menentukan kedudukan penduduk

b)

Menjamin pengurusan penonton

c)

Memudahkan kemasukan cahaya

d)

Meluaskan kemasukan udara

24.

Pilih TIGA kegunaan amfiteater dalam Tamadun Rom.

a)

Persembahan seni

b)

Pertunjukan

c)

Pertarungan gladiator

d)

Pusat perdagangan

25.

Berapakah ketinggian tembok yang dibina oleh Maharaja Hadrian di Britain?

a)

2 meter

b)

3 meter

c)

4 meter

d)

5 meter

26.

Apakah tujuan pembinaan Tembok Hadrian?

a)

Memajukan pertanian

b)

Menjamin keselamatan

c)

Memudahkan pengairan

d)

Mengelakkan banjir

27.

Apakah sumbangan Maharaja Caracalla yang boleh ditemui sehingga kini?

a)

Tembok pertahanan

b)

Tempat mandi awam

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat pendidikan

28.

Apakah kepercayaan masyarakat Rom terhadap pembinaan tempat mandi awam?

a)

Lambang kekayaan

b)

Lambang kegagahan

c)

Lambang ketamadunan

d)

Lambang keagamaan

29.

Berapakah bilangan orang yang boleh memasuki tempat mandi awam pada satu-satu masa?

a)

500 orang

b)

1000 orang

c)

1200 orang

d)

1500 orang

30.

Apakah DUA manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?

a)

Menghubungkan bandar-bandar utama

b)

Memudahkan pergerakan tentera

c)

Melindungi kota daripada musuh

d)

Melambangkan kehidupan bertamadun