wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesultanan Melayu Melaka

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah berperanan menjadi ketua angkatan laut?

a)

Penguhulu Bendahari

b)

Bendahara

c)

Temenggung

d)

Laksamana

2.

Negara manakah menjalinkan hubungan luar Alam Melayu dengan Kesultanan Melayu Melaka

a)

Makasar

b)

Majapahit

c)

Pasai

d)

Siam

3.

Apakah keistimewaan Sungai Melaka yang menyebabkan Parameswara mengasaskan kerajaan di tempat berkenaan?


i. Tanahnya subur

ii. Mudah memperoleh sumber makanan

iii Bentuk muka bumi yang berbukit bukau

iv. Terlindung daripada tiupan angin monsun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Bagaimanakah hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan China dapat membantu perdagangan di Melaka?

a)

Melaka dapat bantuan kewangan dari China

b)

Melaka dapat mengawal pedagang-pedagang China

c)

Melaka mendapat perlindungan China daripada ancaman luar

d)

Melaka dapat menguasai barang dagangan yang dibawa dari China

5.

Alam semula jadi memainkan peranan penting dalam pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara. Namakan pokok-pokok yang menjadi benteng pertahanan semula jadi.


I pokok kelapa

II pokok bakau

III pokok api-api

IV pokok renek

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem perundangan yang tersusun. Nyatakan undang-undang yang membolehkan sistem perwarisan tahta berlaku secara teratur.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

c)

Undang-undang Adat

d)

Undang-undang Tradisi

7.

Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara sekitar.....

a)

1300

b)

1400

c)

1500

d)

1600

8.

Apakah kesan kedudukan Melaka yang terletak di laluan perdagangan utama antara Timur dengan Barat?

a)

Penduduk tempatan bertambah

b)

Aktiviti pertanian semakin maju

c)

Dapat mengawal laluan kapal dagang

d)

Memudahkan tentera mengatur serangan.

9.

Apakah keistimewaan tumbuhan dalam gambar tersebut terhadap Kota Melaka?

a)

Mengukuhkan kota Melaka

b)

Pelindung daripada serangan musuh

c)

Memudahkan pembinaan pelabuhan

d)

Tempat persembunyian tentera Melaka

10.

Apakah faktor yang menggalakkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat?

a)

Dasar sungai yang dalam dan tenang

b)

Tenaga pekerja yang ramai di pelabuhan

c)

Penggunaan bahasa Melayu yang meluas di pelabuhan

d)

Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun

11.

Apakah fungsi alat kebesaran dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengukuhkan kedudukan raja

b)

Mengukuhkan kedudukan kerajaan

c)

Mengukuhkan kedudukan pembesar

d)

Mengukuhkan kedudukan masyarakat

12.

Y- kawasan pegangan.


Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah yang dianugerahkan kawasan tersebut?

a)

Pembesar daerah

b)

Pembesar jajahan

c)

Pembesar kampung

d)

Pembesar berempat

13.

Apakah kesan sosial yang berlaku akibat daripada pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengeratkan hubungan antara kerajaan

b)

Mewujudkan penyebaran agama Islam

c)

Menyekat pengaruh kuasa serantau

d)

Mewujudkan masyarakat majmuk

14.

Antara berikut, sultan yang manakah menerima pengaruh Islam terawal?

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

15.

Berapakah kadar percukaian yang dikenakan kepada pedagang dari Alam Melayu?

a)

2 peratus

b)

3 peratus

c)

5 peratus

d)

8 peratus

16.

Antara berikut yang manakah masalah perpaduan yang membawa penaklukan Portugis kepada Melaka?

a)

Askar upahan luar yang tidak setia

b)

Masyarakat majmuk

c)

Kelemahan sultan

d)

Tidak ada undang-undang

17.

Pada tahun bilakah Melaka jatuh ke tangan Portugis?

a)

1500

b)

1611

c)

1509

d)

1511

18.

Kerajaan yang manakah meneruskan legasi Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Acheh

b)

Kerajaan Johor-Riau

c)

Kerajaan Kedah

d)

Kerajaan Majapahit

19.

Apakah faktor dalaman yang mengundang kepada kejatuhan Melaka?

a)

Kelemahan sultan

b)

Sistem perundangan yang lemah

c)

Rakyat yang setia

d)

Pembesar saling bersatu padu

20.

Apakah pengajaran yang kita dapat perolehi daripada peristiwa kejatuhan Melaka?

a)

perpaduan penting untuk kerajaan

b)

gigih

c)

sentiasa berwaspada dengan pihak luar

d)

tingkatkan akhlak

21.

Siapakah sultan yang terakhir memerintah Melaka sebelum Melaka jatuh?

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

22.

Antara berikut, yang manakah tugas Penghulu Bendahari?

a)

Pemungut hasil

b)

Penguasa bandar

c)

Ketua polis dan penjara

d)

Ketua angkatan laut

23.

Ketika Zaman kegemilangannya pada abad ke-15, Melaka dikenali dunia kerana aspek-aspek berikut, KECUALI _______________.

a)

Mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri dalam kalangan orang Melayu, Jawa, Cina, Arab, India-Muslim dan orang Asli.

b)

Pusat penyebaran ilmu meliputi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

c)

Pusat penyebaran, bahasa Sanskrit, pendidikan dan anutan agama Hindu-Buddha.

d)

Sebuah Empayar yang kukuh, terutama kerana sistem pemerintahan dan ketenteraan yang tersusun dan kuat.

24.

Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa. Konsep tersebut juga...

a)

Menjadikan warisan kepada generasi akan datang

b)

Mengukuhkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan Melaka

c)

Mengukuhkan empayar Melaka sebagai pusat penyebaran Islam

d)

Membolehkan kapal dagang berlabuh di Melaka

25.

Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Jayavarman

b)

Parameswara

c)

Raden Vijaya

d)

Patih Gajah Mada