Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SDG Quiz

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah matlamat dalam matlamat pembangunan mampan yang telah disetujui untuk dicapai pada tahun 2030?

a)

17

b)

18

c)

19

d)

20

2.

Matlamat yang keempat adalah Pendidikan berkualiti. Apakah penyataan yang TEPAT untuk menjelaskan pendidikan berkualiti?

a)

Memastikan Pendidikan diberikan mengikut tahap ekonomi individu

b)

Menggalakkan Pendidikan menyeluruh dan ekuiti

c)

Menggalakkan pembelajaran ke menara gading

d)

Menggalakkan Pendidikan luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum

3.

Matlamat keempat iaitu Pendidikan berkualiti telah terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Yang manakah adalah kesan terhadap Pendidikan berkualiti?

a)

Penutupan sekolah membolehkan pelajar dapat menumpukan perhatian yang lebih kepada pelajaran di rumah

b)

Penutupan sekolah membolehkan pelajar dapat mengulangkaji pelajaran yang diberikan oleh guru di rumah

c)

Penutupan sekolah mewujudkan jurang pendidikan yang lebih luas kerana kekangan talian internet

d)

Penutupan sekolah membolehkan peperiksaan dihapuskan bagi tahun 2020.

4.

Apakah kesan pandemik Covid-19 terhadap matlamat ke-13?

a)

Ekonomi petani berskala kecil terjejas

b)

Program imunisasi kanak-kanak telah terjejas

c)

Penutupan sekolah menyebabkan terjejasnya Pendidikan berkualiti kepada pelajar

d)

Penurunan jejak karbon di kawasan perumahan

5.

Berikut adalah matlamat-matlamat dalam matlamat pembangunan mampan kecuali

a)

Pendidikan berkualiti

b)

Kesaksamaan gender

c)

Air bersih dan sanitasi

d)

Air dan makanan yang bersih

6.

Isu nutrisi makanan dibincangkan dengan jelas dalam beberapa matlamat iaitu

a)

Dua matlamat; matlamat 6 (Air bersih dan sanitasi) dan matlamat 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab)

b)

Dua matlamat; matlamat 2 (kelaparan sifar) dan matlamat 7 (tenaga bersih mampu milik)

c)

Tiga matlamat; matlamat 1 (tiada kemiskinan), matlamat 2 (kelaparan sifar) dan matlamat 12 (kebertanggugjawaban pengeluaran dan penggunaan)

d)

Satu matlamat; matlamat 16 (keamanan, keadilan dan pertubuhan kukuh)

7.

Yang manakah antara berikut TIDAK berkenaan dengan matlamat 15 ke atas kehidupan di darat?

a)

Menghentikan aktiviti pembalakan

b)

Menghalang kepupusan habitat dan haiwan

c)

Larangan penggunaan bioteknologi dan kejuruteraan genetic

d)

Penggunaan ekosistem secara mampan, memelihara dan memuliharanya.

8.

1. Matlamat 1 adalah terhadap kemiskinan. Yang manakah tepat menggambarkan matlamat tersebut?

a)

Menghentikan kemiskinan dalam kalangan imigran

b)

Menghentikan kemiskinan sebelum tahun 2030.

c)

Menghentikan kemiskinan dalam negara miskin

d)

Menghentikan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana

9.

Yang manakah TIDAK benar tentang matlamat ke-5 (kesaksamaan gender)?

a)

Memastikan wanita mendapat akses kepada Pendidikan dan kesihatan

b)

Memastikan wanita mendapat kesamarataan kepada pekerjaan dan gaji yang ditawarkan

c)

Memastikan wanita tidak dipinggirkan dalam hal politik dan proses membuat keputusan hal ekonomi

d)

Memastikan pekerjaan kejuruteraan mengutamakan lelaki atas faktor fizikal

10.

Berapakah bilangan sasaran khusus yang disasarkan bersama dengan matlamat-matlamat dalam matlamat pembangunan mampan ini?

a)

100

b)

105

c)

151

d)

169

11.

Yang manakah pernyataan yang tidak tepat mengenai matlamat-matlamat pembangunan mampan?

a)

Terdapat 13 matlamat pembangunan mampan

b)

Memastikan sekolah dilengkapi dengan internet adalah matlamat yang akan dicapai sebelum 2030.

c)

Matlamat 1 merujuk kepada pemuliharaan alam sekitar

d)

Matlamat Pembangunan Mampan baru diperkenalkan pada tahun 2020

12.

Kenalpasti SATU amalan kelestarian yang TIDAK boleh dilakukan sebagai sokongan kepada matlamat pembangunan mampan

a)

Jangan tinggalkan komputer riba hidup jika tidak digunakan.

b)

Matikan suis lampu jika tidak digunakan

c)

Gunakan penghawa dingin pada suhu yang dicadangkan (16-18 C)

d)

Gunakan alat elektrik yang tenaga efisien

13.

Usaha dalam memelihara dan memulihara kehidupan darat di Malaysia boleh dinikmati di?

a)

Aquaria, Petrosains

b)

Taman tema Genting Highland

c)

Taman Georimba Marmar Dayang Bunting

d)

Legoland

14.

Penyataa berikut TIDAK selari dengan matlamat 3 (kesihatan baik dan kesejahteraan)?

a)

Salah guna dadah dan alkohol

b)

Mengurangkan kadar kematian dunia

c)

Menghalang penularan virus setelah pendamik

d)

Perlindungan kesihatan dan akses kepada penjagaan kesihatan ditambah baik.

15.

Kenalpasti sasaran bagi matlamat 11 (menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan)

a)

Memberikan bantuan kepada warga Ronghiya

b)

Pengangkutan awam mengambil kira situasi golongan kurang upaya.

c)

Mempertingkatkan usaha dalam memelihara khazanah budaya rakyat Malaysia

d)

Membangunkan sumber asas secara efisien

16.

Langkah untuk mengurangkan dan memansuhkan rasuah adalah matlamat yang ke-...?

a)

1

b)

3

c)

16

d)

17

17.

Matlamat 17 menggalakkan kerjasama antarabangsa yang boleh dicapai menerusi aktiviti dalam sektor?

a)

Kewangan dan institusi kekeluargaan

b)

Teknologi dan institusi kekeluargaan

c)

Teknologi dan kewangan

d)

Kewangan, teknologi, dan pembangunan modal insan

18.

Apakah matlamat yang memberikan fokus kepada pemeliharaan dan penggunaan lautan dan sumbernya?

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

19.

Matlamat ke-12 TIDAK bertujuan untuk?

a)

Kitar semula

b)

Mengamalkan kaedah pembuangan sisa domestik yang baik

c)

Pengurangkan pembaziran air

d)

Mengawal perubahan iklim

20.

Situasi pendamik telah menyebabkan aktiviti sekolah terbatas kerana dikhuatiri penularan virus. Langkah 'social distance' dibuat bertujuan untuk mencapai matlamat ke-...?

a)

1

b)

4

c)

3

d)

7