wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ting 1 Bab 6 & Bab 7

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi negara-kota dalam tamadun Yunani?

a)

Ibu kota

b)

Pelabuhan

c)

Bandar diraja

d)

Tempat ibadat

2.

Apakah faktor yang menyebabkan orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal?

a)

Galakan daripada pemerintah

b)

Perkembangan teknologi maritim

c)

Kedudukan Yunani berhampiran laut

d)

Hubungan baik dengan tamadun China

3.

Apakah kegiatan ekonomi bagi penduduk yang tinggal di luar kawasan acropolis?

a)

Menjadi petani

b)

Melombong emas

c)

Menerajui pentadbiran

d)

Menguruskan pelabuhan

4.

Apakah negara-kota yang mempunyai keluasan paling kecil?

a)

Sparta

b)

Athens

c)

Corinth

d)

Olympia

5.

Apakah badan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan keadilan di Athens?

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Majistret

d)

Dewan perhimpunan

6.

Apakah bukti kerajaan Sparta mementingkan ketenteraan?

a)

Pemerintah diketuai oleh Jeneral tentera

b)

Kaum wanita tidak terlibat dalam politik

c)

Hanya kaum lelaki boleh menjadi tentera

d)

Kanak-kanak dan wanita dilatih menjadi tentera

7.

Apakah maksud era Pax Romana dalam tamadun Rom?

a)

Zaman kegelapan

b)

Tahap kemerosotan

c)

Zaman kegemilangan

d)

Pemerintahan diktator

8.

Apakah sumbangan Raja Vespian kepada kerajaan Rom?

a)

Membina tembok pertahanan

b)

Memulakan pembinaan colosseum

c)

Membaik pulih kerosakan akueduk

d)

Memperkenalkan tempat mandi awam

9.

Antara seni bina berikut, yang manakah menjadi inspirasi pembinaan stadium pada masa kini?

a)

Ocolus

b)

Akueduk

c)

Pantheon

d)

Colosseum

10.

"Masyarakat Rom terbahagi kepada tiga kelompok, Patrician,Plebian dan golongan hamba"


Apakah golongan Plebian?

a)

Petani

b)

Tentera

c)

Bangsawan

d)

Pemerintah

11.

Apabila berakhirnya Tamadun Indus, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.


Dimanakah pusat perkembangan Tamadun India beralih?

a)

Lembah Indus

b)

Lembah Ganges

c)

Sungai Godaveri

d)

Sungai Mahanadi

12.

Istilah berikut berkaitan dengan kerajaan Tamadun India.


"Mahajanapada"


Istilah tersebut merujuk kepada kerajaan .....

a)

Lama

b)

Kecil

c)

Besar

d)

Baharu

13.

Apakah faktor yang mempengaruhi sesebuah kerajaan menjalankan dasar perluasan kuasa?


I Kewangan

II Dasar ekonomi

III Kehendak rakyat

IV Dasar pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Perluasan fizikal dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.


Faktor manakah paling penting membolehkan perluasan kuasa tersebut tercapai?

a)

Diplomasi

b)

Tolak ansur

c)

Kekuatan tentera

d)

Sokongan penduduk

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India.


✅ Perluasan kuasa

✅ Perluasan keagamaan


Apakah kebaikan perluasan keagamaan berbanding perluasan fizikal?

a)

Mengutamakan kedamaian

b)

Menguasai wilayah yang luas

c)

Meningkatkan kekuatan kerajaan

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

16.

Siapakah yang memulakan perluasan keagamaan dalam Tamadun India?

a)

Asoka

b)

Samudragupta

c)

Chandragupta I

d)

Chandragupta Maurya

17.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Asoka mengubah dasar perluasan kuasa daripada perluasan fizikal kepada perluasan keagamaan?

a)

Perang Kalinga

b)

Perebutan takhta

c)

Serangan orang Aryan

d)

Tuntutan penduduk tempatan

18.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Gupta, penekanan diberikan kepada agama .....

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

19.

Dalam Tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

a)

Membayar cukai

b)

Mengumpul harta

c)

Memberikan taat setia

d)

Meningkatkan tahap pendidikan

20.

Konfusius merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka di China.


Apakah karya beliau yang terkenal?

a)

Lun Yu

b)

Da Xue

c)

Tao Te Jing

d)

Zhong Yong

21.

Mengikut Han Fei Zi, tingkah laku manusia boleh dikawal melalui ....

a)

Ajaran agama

b)

Sistem pendidikan

c)

Ketegasan undang-undang

d)

Didikan institusi kekeluargaan

22.

Apakah ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam China?


I Berasaskan falsafah legalisme

II Terbuka kepada calon lelaki sahaja

III Mengekalkan tradisi dan budaya China

IV Berubah mengikut kesesuaian masa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung.


Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?

a)

Mencegah penipuan

b)

Menenangkan penipuan

c)

Menjamin kualiti peperiksaan

d)

Mengelakkan ketidakhadiran calon

24.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan masyarakat China. Peperiksaan tersebut adalah berkisarkan .....

a)

Salasilah kerabat diraja

b)

Sejarah negara China

c)

Sembilan Buku Suci

d)

Sistem perundangan

25.

Setiap calon yang lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam akan memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka.


Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren)?

a)

Menjadi pengiring maharaja

b)

Pangkat tinggi dalam kerajaan

c)

Mempunyai kakitangan pengiring

d)

Kakitangan kerajaan peringkat rendah