Font size
WorksheetsKEKELUARGAAN PJPK TING 1
Total questions: 11
Worksheet time: 4mins
Pelajar X adalah pelajar yang datang daripada keluarga yang bermasalah . Ibu bapanya bercerai dan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Apakah yang mungkin akan berlaku kepada kehidupan pelajar X?
Seorang yang kuat Agama
Menjadi seorang yang berjaya
Terjerumus dalam gejala-gejala sosial
Mempunyai rasa prihatin kepada masyarakat
Ketiadaan kesefahaman merupakan isu kekeluargaan yang sering diperkatakan. Apakah kesan daripada masalah tersebut?
Hubungan kekeluargaan terjejas
Melahirkan warga yang penyayang
Mewujudkan anak-anak yang berjaya
Mengeratkan kemesraan dalam keluarga
Merry tidak dapat bersemuka dengan bapanya kerana terdapat perbezaan nilai antara generasi. Antara yang berikut manakah cara penyelesaian paling sesuai?
Elak dari mementingkan diri sendiri
Biarkan sahaja masalah ini berlarutan
Merry patut akur terhadap kata-kata bapanya
Menunjukkan komunikasi yang berkesan antara mereka
Pelajar Y cuba melarikan diri dari rumah. Berikut merupakan puncanya kecuali
Bersikap adil
Kurang didikan
Keluarga tidak aman
Kurang kasih sayang
Bapa Aleen kaki botol. Apabila mabuk, Aleen dan ibunya selalu dipukul. Apakah kesan isu kekeluargaan ini?
Tidak sehaluan
Kurang kemesraan
Kurang komunikasi
Kurang kesefahaman
Encik Johan selalu balik lewat. Dia juga sering memukul anak dan isterinya. Pada pendapat andaapakah kesan terhadap anaknya?
Anak lari dari rumah
Gagal dalam peperiksaan
Terlibat dalam gejala sosial
Dia akan menjadi penyabar
Berikut ialah faedah layanan baik kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
Lebih berkeyakinan
Mengurangkan penderitaan
Penawar kepada kesusahan
Menjadikan mereka terlalu bergantung
Berikut ialah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
Kasih sayang
Sering berbalah
Hormat-menghormati
Saling membantu antara satu sama lain
Pencapaian akademik Jefri semakin merosot kerana dia jarang menyiapkan kerja sekolahnya. Dia juga sering tertidur di dalam kelas ketika guru mengajar. Tindakan yang boleh diambil untuk membantu Jefri ialah........
Mengugutnya
Memberi bantuan kewangan
Melaporkan kepada guru disiplin
Menasihatinya dengan cara yang baik
Berikut ialah punca remaja lari dari rumah kecuali
Keluarga tidak aman
Memenuhi harapan keluarga
Perbezaan nilai antara generasi
Pengaruh negatif rakan sebaya
Untuk mengatasi perbezaan nilai antara generasi muda dan generasi tua, kita hendaklah ............
Melayari internet
Menziarahi warga tua
Membawa buah tangan
Mewujudkan komunikasi yang berkesan
