NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Kertas 1 (5 Investigator)
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
__________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A Kebun
B Pokok
C Buah
D Tumbuhan
Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A Mejar Amran
B Hakim Saljit Singh
C Inspektor Haris
D Peguam Bala
“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
A beta…hamba
B baginda…hamba
C yang mulia…beta
D tuanku…patik
“Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ?” tanya Basir kepada Alissa.
A bila
B apa
C siapa
D mana
Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Siti secara percuma semasa acara cabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Utama.
A situ
B sini
C ini
D sana
“Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata perompak itu kepada Mak Minah.
A mana-mana
B apa-apa
C siapa-siapa
D bila-bila
Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan
Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
A membara
B reda
C menaik
D membakar
Pak Murad bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.
A di
B ke
C pada
D kepada
Puan Lili tidak tahu sama ada hendak memakai ceongsam ___________ baju kebaya untuk menghadiri konvokesyen anaknya.
A dan
B serta
C atau
D lalu
_________yang dibela oleh Pak Amir di dalam kandang itu?
A Apakah
B Adakah
C Siapakah
D Mengapakah
_________, para pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!
A Aduhai
B Aduhai
C Wahai
D Hai
Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
A sudah
B sedang
C akan
D masih
Pilih ayat–ayat yang betul penggunaan kata nafinya.
I. Farid berasa tidak seronok menyertai rombongan ke Melaka itu.
II. Bukan terdapat sebarang tanda bahawa musim kemarau yang panjang itu akan berakhir.
III. Harun bukan meminati penyanyi kumpulan rock yang beperangai tidak senonoh itu.
IV. Elly tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila melihat jirannya meratapi kematian anak bongsunya itu.
A III sahaja
B I dan IV
C I, II dan IV
D I, II. III dan IV
“Pernah____________ awak kerugian sepanjang menjalankan perniagaan pinggan mangkuk ini?” tanya Puan Syanjana kepada Fairina.
A kah
B lah
C pun
D tah
Novel yang bertajuk “Bunga-bunga Berguguran “ itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.
A hanya
B ialah
C adalah
D juga
Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding.
A sungguh
B sekali
C paling
D begitu
__________ kemudahan awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.
A Semua
B Kesemua
C Pelbagai
D Banyak
“_________berpeluk tubuh sahaja. Bantulah mereka mencuci pinggan itu,” kata Arina Syaza.
A Tolong
B Minta
C Usah
D Sila
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Apakah yang menyebabkan budak perempuan itu menangis?
A Budak itu kehilangan wang sebanyak seringgit.
B Wang seringgit itu diberikan oleh ibunya.
C Budak perempuan itu menangis kerana wangnya tercicir.
D Budak perempuan itu mencari wangnya di merata tempat.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
Beberapa orang wanita sedang mencabut rumput di sawah padi.
A Orang wanita sedang sibuk mencabut rumput di sawah padi.
B Beberapa orang wanita sedang sibuk mencabut padi sawah.
C Rumput di sawah padi sedang dicabut oleh beberapa orang wanita.
D Rumput di sawah padi sedang dicabut oleh beberapa orang wanita yang sibuk.
Pilih ayat pindah yang sama maksud dengan ayat diberi.
“Jangan dibunuh semut-semut itu,” kata nenek kepada Amirul.
A Nenek memberitahu Amirul membunuh semut-semut itu.
B Nenek melarang Amirul membunuh semut-semut itu
C Nenek memarahi Amirul membunuh semut-semut itu.
D Nenek menyuruh Amirul membunuh semut-semut itu.
Kegiatan______________kancil haruslah dibanteras segera untuk pemuliharaan spesies.
A membaham
B membawa
C memburu
D membaling
Pilih ayat yang betul menggunakan tanda baca.
A “Wah, besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
B “Wah! Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
C “Wah. Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
D “Wah, besarnya Stadium Negara!” kata Rina.
Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
A sungguhpun
B oleh itu
C selain itu
D namun demikian
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Pelbagai program-program telah dilaksanakan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
II. Adam dan keluarganya akan melancong ke Thailand minggu hadapan.
III. Dengan langkah yang tenang, dia keluar dari rumah itu.
IV. Azwan menoleh ke belakang namun memandang Nina dengan pandangan yang tajam.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu negara.
A sekeping
B sepucuk
C sehelai
D senaskah
Kak Milah________melihat barang kemas yang dipamerkan kerana semuanya cantik belaka.
A rambang mata
B besar mata
C mata duitan
D putih mata
Pilih sinonim yang betul bagi perkataan yang bergaris.
Semua askar dikerah untuk mempertahankan negara jika diserang.
A pahlawan
B pekilang
C majikan
D pekerja
Pilih antonim yang betul bagi perkataan yang bergaris.
Kapal yang karam itu mulai tenggelam ke dasar lautan.
A mendap
B tohor
C timbul
D luntur
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
I. Walaupun usianya agak lanjut dia masih gemar membaca.
II. Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengisi borang Amanah Saham Nasional.
III. Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua orang tuanya.
IV. Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.
A I dan II
B II, III dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
Dalam program itu terdapat pelbagai kegiatan lasak yang menarik dan _________.
A. mencabar
B. cabaran
C. tercabar
D. pencabar
Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang betul.
Maria melukis beberapa bentuk ______ sama pada kertas lukisan itu dengan menggunakan pensel.
A segi tiga
B segi empat
C bulatan
D bujur
Sejak berpindah ke bandar, Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
A tanya-menanya
B tahu-menahu
C kenal-mengenal
D tengok – menengok
Suasana dalam bilik itu sungguh ________seperti pasar.
A busuk
B gelora
C ramai
D bising
Perkataan gejala dalam petikan bermaksud…
A. sikap
B. amalan
C. kelakuan
D. tanda-tanda
Pilih penyataan yang tidak benar.
A. Seramai 120 peserta terlibat.
B. Program tersebut dijalankan selama seminggu.
C. Para peserta terdiri daripada pelajar beberapa buah sekolah.
D. Program motivasi itu diadakan berhampiran kawasan air terjun.
Peserta program didedahkan dengan kemahiran tentang …
A. semangat kerjasama
B. latihan dalam kumpulan dan ceramah
C. sukan, kegiatan kembara dan menyelesaikan masalah
D. membina keyakinan diri, berfikir secara kritis dan kreatif dan menyelesaikan masalah.
Mengapakah Lata Kinjang dipilih sebagai tempat untuk menjalankan program ini?
A. Kawasan berhampiran dengan bandar besar.
B. Mempunyai kemudahan asas yang memberi keselesaan.
C. Suasananya damai dengan udara yang nyaman.
D. Sesuai untuk perkelahan dan membawa keluarga untuk mandi-manda.
Apakah kesan yang mungkin dirasai oleh para peserta setelah mengikuti program tersebut ?
A. yakin terhadap kebolehan diri sendiri
B. yakin akan menjadi seorang pemimpin
C. sukar menyelesaikan masalah yang dihadapi
D. tidak suka mengambil tahu masalah orang lain
Berapakah beza bilangan pelajar yang melakukan kesalahan menghisap rokok antara kaum Melayu dan Cina di sekolah itu?
A 28 orang
B 32 orang
C 38 orang
D 40 orang
Berapakah bilangan pelajar Melayu yang melakukan kesalahan bergaduh dan peras ugut di sekolah itu?
A 35 orang
B 19 orang
C 5 orang
D 3 orang
Pelajar kaum manakah yang paling ramai mengunjungi pusat permainan video ?
A Kaum Melayu
B Kaum Cina
C Kaum India
Berapakah jumlah pelajar yang didapati melakukan kesalahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Tua?
A 172 orang
B 133 orang
C 131 orang
D 120 orang
Jika kamu sebagai ibu bapa, apakah tindakan kamu agar masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan?
A Memberikan kebebasan yang mutlak kepada anak-anak
B Menyediakan segala kelengkapan dirinya
C Memberi wang saku yang mencukupi
D Memberi didikan agama yang sempurna
Puisi di atas adalah tentang
A penderitaan ibu
B pengorbanan ibu
C penderitaan anak
D pengorbanan anak
Mengapakah ibu berusaha tanpa mengira waktu
A untuk hidup mewah
B untuk pergi melancong
C untuk membaiki taraf di mata masyarakat
D untuk membaiki taraf hidup dan membela nasib keluarga
Perkataan berhempas pulas dalam rangkap kedua bermaksud
A bekerja keras
B bekerja sederhana
C bekerja setiap masa
D bekerja kelam kabut
Pernyataan berikut berkaitan dengan pengorbanan ibu kepada anak kecuali
A menjaga makan dan minum
B memberi pendidikan sempurna
C menasihati anak agar berkelakuan baik
D tidak mengambil berat masa depan anak-anak
Apakah harapan ibu terhadap anak-anaknya
A supaya anak-anaknya berjaya dan dihormati masyarakat
B supaya anak-anaknya bangga dengan usaha ibu
C supaya anak-anaknya belajar siang dan malam
D supaya anak-anaknya membalas jasa ibu
