wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOPIK 3 : PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia melaksanakan misi kemanusiaan ke Myanmar kerana

a)

sikap perihatin

b)

dasar berkecuali

c)

kedudukan geografi

d)

prinsip hidup bersama

2.

Yang manakah faktor Malaysia menyertai Dialog Antarabangsa Langkawi?

a)

keamanan sejagat

b)

kestabilan geopolitik

c)

kepentingan ekonomi

d)

keanggotaan dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

3.

Matlamat penglibatan Malaysia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk

a)

menghormati persamaan ras

b)

menegakkan keadilan sejagat

c)

menjamin pertumbuhan ekonomi

d)

mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain

4.

Malaysia merupakan perunding keamanan dalam

a)

mengusahakan kemerdekaan Timor Leste

b)

menyelesaikan isu Bangsamoro di Filipina

c)

menjadikan Myanmar sebuah negara demokrasi

d)

memperjuangkan hak penduduk selatan Thailand

5.

Penyertaan Malaysia dalam beberapa misi pengaman adalah untuk

a)

meningkatkan keselamatan serantau

b)

menyelesaikan konflik antarabangsa

c)

menjaga kepentingan negara-negara membangun

d)

memastikan rakyat Malaysia di luar negara dilindungi

6.

Antara pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam menangani konflik pada peringkat global ialah

a)

menghormati prinsip luar negara

b)

bekerjasama dalam semua bidang dengan negara lain

c)

berpegang kepada piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

menyertai pakatan ketenteraan untuk menangani ancaman militan

7.

Yang manakah inisiatif Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain dalam mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

a)

mengisytiharkan kawasan sebagai berisiko tinggi

b)

menempatkan misi pengaman di kawasan konflik

c)

mengadakan dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik

d)

menyertai pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan sempadan

8.

Malaysia menyokong gagasan Komuniti Ekonomi ASEAN kerana dapat

a)

membentuk satu blok perdagangan di rantau Asia Tenggara

b)

mewujudkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota

c)

melaksanakan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota

d)

menyatakan pendirian tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa

9.

Apakah sumbangan Malaysia dalam Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN?

a)

membangunkan sektor keselamatan

b)

membangunkan sektor telekomuikasi

c)

mengadakan kerjasama infrastruktur fizikal

d)

mengadakan kerjasama dalam sektor kesihatan

10.

Masalah kestabilan politik dan keselamatan rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAN dibincangkan dalam

a)

Mesyuarat ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Sidang Kemuncak ASEAN

d)

Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN

11.

-Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau

-Mengurangkan pembebasan kloroflorokarbon

Inisiatif di atas terkandung dalam

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Madrid

c)

Protokol Montreal

d)

Protokol Cartagena

12.

Yang manakah mencerminkan amalan untuk memperkukuh Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali?

a)

membentuk Piagam ASEAN

b)

membentuk komuniti budaya ASEAN

c)

membincangkannya dalam Forum Serantau ASEAN

d)

mendesak PBB campur tangan dalam kawasan berkonflik di Asia Tenggara

13.

Cabaran yang dapat diselesaikan oleh Malaysia berkaitan dengan isu tuntutan bertindih ialah

a)

tuntutan ke atas Pulau Pinang

b)

tuntutan Filipina ke atas Sabah

c)

tuntutan ke atas Kepulauan Spratly

d)

tuntutan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

14.

Penglibatan Malaysia dalam Dialog Utara-Selatan bertujuan untuk

a)

meningkatkan eksport Malaysia

b)

meluaskan pasaran barangan komoditi

c)

menggalakkan perdagangan antarabangsa

d)

mengatasi masalah harga barangan komoditi

15.

Faktor manakah yang mendorong Malaysia menjadi anggota Komanwel?

a)

Malaysia memerlukan bantuan Britain

b)

Malaysia merupakan tanah jajahan Britain

c)

Malaysia bercadang menyertai pakatan ketenteraan

d)

Malaysia ingin mencapai kemerdekaan secara aman

16.

Malaysia menyertai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik kerana

a)

membantu perkembangan industri tempatan

b)

meluaskan pengaruh ekonomi di Asia Pasifik

c)

mewujudkan blok perdagangan di Asia Pasifik

d)

menggalakkan kerjasama ekonomi dan teknikal

17.

Yang manakah benar pendirian Malaysia tentang isu Antartika?

a)

mendakwa bahawa Antartika milik Malaysia

b)

menjadikan Antartika sebagai medan ujian nuklear

c)

mencadangkan Antartika dijadikan warisan bersama

d)

mencadangkan agar kajian menyeluruh mengenai Antartika

18.

Peranan Malaysia dalam bidang pendidikan di bawah panji-panji Pertubuhan Persidangan Negara Islam telah berhasil menubuhkan

I Syarikat Insurans Takaful

II Universiti Islam Antarabangsa

III Pertubuhan Kebajikan Mahasiswa Islam

IV Pertubuhan Kebudayaan Sains dan Pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

-Imbangan perdagangan defisit

-Kadar faedah pinjaman yang tinggi

Isu di atas telah dirujuk dalam

a)

Kumpulan 15

b)

Kumpulan 20

c)

Kerjasama Selatan-Selatan

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

20.

Asas penglibatan Malaysia dalam Kumpulan 15 adalah untuk

a)

menstabilkan politik dunia

b)

mengadakan pakatan tentera

c)

membantu negara-negara mundur

d)

memberi dan berkongsi pengalaman

21.

-Membincangkan penguatkuasaan harta intelek

-Membincangkan liberalisasi perdagangan antarabangsa

Perkara di atas dibincangkan dalam

a)

Kumpulan 20

b)

Kerjasama Selatan-Selatan

c)

Lapan Negara Membangun

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

22.

Antara usaha Malaysia untuk menangani kegiatan penculikan di Laut China Selatan adalah dengan

a)

memperkasakan Pasukan Keselamatan Negara

b)

menyekat kemasukan pendatang asing secara berleluasa

c)

membentuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

d)

menubuhkan Unit Anti Keganasan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia

23.

Tujuan Malaysia menganggotai Kumpulan Lapan Negara Membangun ialah untuk

a)

mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan

b)

menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik

c)

mewujudkan peluang-peluang baru dalam bidang pekerjaan

d)

menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam.

24.

Projek yang disumbangkan oleh Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun ialah

a)

Skim Takaful Insurans

b)

bengkel pembasmian kemiskinan

c)

pembangunan akuakultur pesisir pantai

d)

penubuhan Syarikat Pemasaran dan Perdagangan

25.

Yang manakah memperlihatkan penglibatan Malaysia dalam Komanwel?

a)

bantuan kepada Zimbabwe

b)

misi pemerhati di Timor Leste

c)

pemerhati pertikaian politik di Myanmar

d)

penyelesaian masalah Bosnia Herzegovina

26.

Kes yang manakah yang pernah Malaysia rujuk di Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

a)

penghapusan etnik di Myanmar

b)

Pertindihan tuntutan wilayah Batu Putih

c)

Pencerobohan Ketenteraan Sulu di Sabah

d)

Pertikaian keputusan pilihan raya umum ke-14

27.

Had bagi pengurusan kekayaan perairan bagi sesebuah negara ditentukan melalui

a)

Zon Ekonomi Eksklusif

b)

Kawasan Perdagangan Bebas

c)

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

d)

Sempadan perairan antarabangsa

28.

*Mengeratkan hubungan dua benua

*Memperjelaskan persepsi negatif mengenai kebudayaan

Penyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia

29.

Antara usaha Malaysia untuk pendaftaran harta intelek tempatan ialah dengan menyertai

a)

Protokol Kyoto

b)

Proyokol Madrid

c)

Perjanjian Pedagangan Bebas

d)

Pertubuhan Harta Intelek Dunia

30.

*Kemudahan latihan kepada peserta-peserta Negara-Negara Selatan

*Bantuan teknikal untuk membangun keupayaan Negara-negara Selatan

Malaysia melaksanakan program-program di atas melalui

a)

Rancangan Colombo

b)

Dialog Utara-Selatan

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia