wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kertas 1: Bahasa Melayu Tahun 4 Innovator.

Total questions: 50

Worksheet time: 46mins

Name
Class
Date
1.

Rakyat sangat dukacita atas _______ Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail.

a)

keputeraan

b)

penabalan

c)

kemangkatan

d)

pemasyhuran

2.

“Izinkan ______ mengadap paduka tuanku kerana ada perkhabaran gembira yang perlu ______ ketahui,” kata Hang Tuah kepada pegawai istana.

a)

tuan hamba …beta

b)

tuan hamba … patik

c)

hamba … baginda

d)

hamba … tuan hamba

3.

Walaupun Aiman dibesarkan dalam keluarga yang kaya-raya, tetapi dia tidak sesekali bersikap _______ dengan rakan-rakannya.

a)

berani

b)

pemalu

c)

lantang

d)

angkuh

4.

Tauke Chan _______ jumlah harga mainan yang dibeli oleh Farisha dan adiknya dengan menggunakan dekah-dekah.

a)

mengira

b)

membaca

c)

mencongak

d)

mendongak

5.

Ibu hanya akan membuat batik _________ bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi itu mencukupi.

a)

tatkala

b)

supaya

c)

manakala

d)

sekiranya

6.

Ibu memetik beberapa ___________ jagung yang ditanam dibelakang rumah untuk diberikan kepada jiran kami.

a)

biji

b)

batang

c)

tangkai

d)

tongkol

7.

Orang ramai berkunjung _________ Pesta Flora kerana ingin membeli bunga-bungaan.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

8.

Rasydan mengambil buku yang terjatuh itu __________ meletakkannya di atas rak.

a)

dan

b)

lalu

c)

atau

d)

malahan

9.

__________________ Zakri, akhirnya kamu berjaya memenangi pertandingan pidato itu !

a)

Eh

b)

Amboi

c)

Cis

d)

Syabas

10.

Tok Janggut merupakan pejuang Melayu yang ___________ menentang penjajah.

a)

bijak

b)

takut

c)

berani

d)

garang

11.

__________ yang rosak di makmal komputer itu sudah berganti.

a)

Sesumpah

b)

Tetikus

c)

Bebola

d)

Lelabu

12.

Setiap hari, murid-murid tahun empat ________________ memberikan makanan kepada dua ekor kura-kura di taman sains.

a)

bertubi-tubi

b)

berpusu-pusu

c)

bergilir-gilir

d)

bertalu-talu

13.

Puan Amina menjalankan perniagaan kerepeknya secara _____________.

a)

mudah-mudahan

b)

kudap-kudapan

c)

kecil-kecilan

d)

perlahan-lahan

14.

Pakaian yang diperagakan semasa petunjukan fesyen antarabangsa itu______________ harganya.

a)

tinggi-tinggi

b)

mahal-mahal

c)

mewah-mewah

d)

lagi-lagi

15.

Wajah Alia _____________ kerana malu diusik oleh abangnya yang nakal itu.

a)

keputih-putihan

b)

keperang-perangan

c)

kekuning-kuningan

d)

kemerah-merahan

16.

__________ balak di hutan itu semakin berkurang akibat aktiviti pembalakan haram.

a)

Daun-daun

b)

Bunga-bunga

c)

Pokok-pokok

d)

Batang-batang

17.

Kita harus berfikir __________sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kelak.

a)

mentah-mentah

b)

masak-masak

c)

bulat-bulat

d)

kuat-kuat

18.

Cikgu Siti mengajarkan cara-cara membuat ___________ kepada murid-murid.

a)

alang-alang

b)

kura-kura

c)

layang-layang

d)

manis-manis

19.

Selepas makan di kantin, Johan _______________ akibat keracunan makanan.

a)

pusing-pusing

b)

pulang-pulang

c)

guling-guling

d)

muntah-muntah

20.

______________ guru ialah mendidik murid supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

a)

Sukarela

b)

Pesuruhjaya

c)

Kerjasama

d)

Tanggungjawab

21.

Amalan memakan ulam-ulaman dipercayai dapat mengubat pelbagai jenis penyakit.


Pilih perkataan sinonim bagi mengubat.

a)

merebak

b)

mengelak

c)

menyekat

d)

merawat

22.

Nabila selalu berduka sejak nenek kesayangannya meninggal dunia.


Pilih perkataan sinonim bagi berduka.

a)

bersendiri

b)

berangan

c)

beremosi

d)

bersedih

23.

Kebaikan Asyraf akan sentiasa diingati oleh Ani.


Pilih perkataan antonim bagi diingati.

a)

dikenang

b)

diabaikan

c)

dilupakan

d)

ditinggalkan

24.

Maisarah terkejut apabila melihat baju-bajunya berselerak di atas lantai.


Pilih perkataan antonim bagi berselerak.

a)

bergosok

b)

bersusun

c)

bertaburan

d)

berlonggok

25.

Tragedi itu _______ banyak nyawa.

a)

menyakiti

b)

memukau

c)

mengorbankan

d)

memalu

26.

Isa, Abu dan Elsa berkawan rapat. ___________________ selalu lulus ujian dengan cemerlang

a)

Kami

b)

Semua

c)

Mereka

d)

Sekalian

27.

Biar __________ kelaparan jika terus berdegil.

a)

saya

b)

kalian

c)

dia

d)

semua

28.

_____________ peranan kita sebagai murid ?

a)

Di manakah

b)

Apakah

c)

Bagaimanakah

d)

Bilakah

29.

Makanan _____________ yang terhidang di bawah tudung saji itu ?

a)

siapakah

b)

bagaimanakah

c)

apakah

d)

bilakah

30.

______________, awak berjaya dengan cemerlang.

a)

Amboi

b)

Tahniah

c)

Cis

d)

Nah

31.

________________, jangan jolok sarang lebah itu !

a)

Wah

b)

Hei

c)

Ah

d)

Nah

32.

Anis ____________berkursus di Kuantan bulan hadapan.

a)

pernah

b)

mungkin

c)

sudah

d)

masih

33.

Ahmad _____________ bangun tidur walaupun hari sudah senja.

a)

sudah

b)

belum

c)

pernah

d)

mungkin

34.

Tidak seorang ___________ sudi menolongnya.

a)

lah

b)

apatah

c)

pun

d)

sesuai

35.

Jefri biasanya _________rencana pada waktu malam.

a)

mencipta

b)

menulis

c)

meniru

d)

mencatat

36.

Pelajar sedang ________otak di dalam dewan peperiksaan.

a)

memecah

b)

memerah

c)

menggaru

d)

mengguna

37.

Tidak ramai penyanyi yang bergelar ____________ di Malaysia.

a)

penderma

b)

penyapu

c)

penghibur

d)

peraih

38.

Setiap manusia yang hidup di dunia ini perlu melakukan ______________ untuk berjaya.

a)

pengorbanan

b)

perjalanan

c)

perbincangan

d)

pertempuran

39.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.


Encik Amin ___________ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambatan

d)

orang bawahan

40.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.


Sikap ______________ yang ada pada Hamzah tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

cari jalan

c)

alas perut

d)

senang hati

41.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.


Emak menyediakan ____________ untuk kami selepas makan malam.

a)

mulut murai

b)

banyak mulut

c)

mulut tempayan

d)

pencuci mulut

42.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Gambar keluarga itu digantung oleh Rina pada dinding.

a)

Rina menggantung gambar keluarga itu pada dinding.

b)

Keluarga itu menggantung pada dinding gambar Rina.

c)

Rina menggantung pada dinding itu gambar keluarga.

d)

Keluarga itu menggantung gambar Rina pada dinding.

43.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Tarian Zapin yang terkenal di negeri Johor ditarikan oleh penari kebudayaan.

a)

Para penari kebudayaan yang terkenal menarikan tarian zapin di negeri Johor.

b)

Para penari kebudayaan menarikan tarian zapin yang terkenal di negeri Johor.

c)

Para penari kebudayaan yang terkenal di negeri Johor menarikan tarian zapin.

d)

Para penari kebudayaan di negeri Johor menarikan tarian zapin yang terkenal.

44.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Harga sebuku sabun basuh ini ialah RM 2.00.

a)

Di manakah sabun basuh ini dijual ?

b)

Apakah harga sebuku sabun basuh ini ?

c)

Berapakah harga sebuku sabun basuh ini ?

d)

Mengapakah harga sabun basuh ini RM 2.00 ?

45.

Pilih ayat yang betul.

a)

Amboi, sakitnya kepalaku ini !

b)

Cis, sudah lama kita tidak bertemu !

c)

Nah, adikku janganlah menangis !

d)

Aduhai, kasihannya anak yatim itu !

46.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jemput ambil pen yang berwarna biru di atas meja itu.

b)

Jangan buang sampah dan sisa makanan di sini.

c)

Silalah tolong emak sediakan makanan di dapur.

d)

Tolonglah bermain bola sepak di padang.

47.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Mengapakah adik kamu kelihatan sedih sejak dari semalam ?

a)

Dia sedih kerana kucing kesayangan mati dilanggar motosikal.

b)

Saya sudah memujuk supaya jangan bersedih kerana kematian kucing kesayangannya.

c)

Ya, kucing kesayangan adik saya mati dilanggar sebuah motosikal.

d)

Adik saya tidak berselera untuk makan kerana terlalu bersedih.

48.

Ismail dipelihara oleh kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang seperti __________________.

a)

bulan dipagari bintang

b)

menatang minyak yang penuh

c)

tikut jatuh ke beras

d)

melukut ditepi gantang

49.

Pekerja restoran itu sedang ________________ tepung untuk menyediakan roti canai.

a)

mencantas

b)

menampal

c)

menguli

d)

menampi

50.

Atiqah mengambil sekaki payung apabila melihat cuaca diluar rumah agak __________________.

a)

malap

b)

muram

c)

mendung

d)

kelam