Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Kebangsaan A (Laras Bahasa dan Retorik)

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri yang paling penting tentang retorik pemujukan ?

a)

Perlu pengulangan pernyataan

b)

Banyak menggunakan ayat penyata

c)

Keberkesanannya bergantung pada bukti yang dikemukakan

d)

Bertujuan untuk mempengaruhi khalayak supaya bertindak seperti yang dikehendaki

2.

Stegosaurus ialah dinosaur herbivor yang hidup pada penghujung zaman jurasik kira-kira 160 juta tahun dahulu. dinosaur ini mempunyai kepala yang kecil dan berjalan dengan menggunakan empat kaki. Terdapat dua deretan plat yang bertulang pada bahagian belakangnya. Di hujung ekornya pula terdapat empat batang duri yang sangat berbahaya. Ukuran badannya boleh mencapai 9 meter panjang dan beratnya lebih kurang 3000 kilogram.


Petikan di atas menepati retorik __________.

a)

pemerian

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

3.

Yang manakah pernyataan yang menepati retorik penghujahan?

a)

Penulis mengemukakan pendapatnya tentang sesuatu perkara.

b)

Penulis menyatakan pendapat atau pendirian dan meminta pembaca menerimanya.

c)

Penulis mengemukakan pendapat atau usul dengan alasan yagn kukuh agar pembaca turut menyetujuinya.

d)

Penulis mengemukakan sesuatu pendapat dengan memberikan gambaran yang lengkap supaya pandangannya jelas kepasa pembaca.

4.

Yang manakah wacana yang BETUL tentang retorik pemerian ?

I Banglo itu dihias dengan indah. Barangan antik pula tersusun dengan kemas. Perabotnya yang mewah ditambah dengan warna dindingnya yang lembut menambahkan seri banglo itu.

II Pencemaran sungai itu berpunca daripada sikap pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab. Tindakan mereka membuang kotoran di sungai mengakibatkan air sungai menjadi kotor dan membahayakan penggunanya.

III Sudah beberapa lama kereta model tahun 1950-an itu tidak digunakan. Kereta milik pengurus kilang itu berdebu dan kotor. Bahagian dalamnya basah kerana dimasuki air hujan. Kereta itu tidak diperlukan lagi oleh pemiliknya.

IV Ketiga-tiga orang remaja itu amat rapat. Mereka bertekad untuk menemui Idris, sahabatnya yang telah terpisah sejak sekian lama. Ke sana Ke sini mereka mencarinya tetapi gagal. Akhirnya, hajat mereka tercapai setelah mendapat bantuan pihak akhbar.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

-Memindahkan idea atau maklumat daripada penulis kepada pembaca

-Memberikan takrif,atau contoh,atau perbandingan,atau sebab ,atau akibat tentang sesuatu maklumat -Menyingkap,memaparkan,atau menghuraikan sesuatu maklumat secara objektif


Pernyataan di atas menepati retorik ______________.

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

6.

Yang manakah definisi retorik yang paling TEPAT?

a)

Kaedah penaakulan tentang sesuatu persoalan pokok.

b)

Cara mempengaruhi khalayak bagi menyetujui sesuatu gagasan.

c)

Seni pemakaian yang indah,menarik,dan efektif dalam menyatakan sesuatu idea

d)

Cara menyatakan pandangan, menginterprestasikan sesuatu persoalan, dan menganalisis sesuatu masalah

7.

I : Kolam ikan hanya untuk mengindahkan taman. Dia mahu bersama-sama dengan anak dan isterinya menikmati redup petang di laman sambil minum-minum.

II : Di tepi kolam ada meja kecil dengan ukiran ringkas awan ala-Nias. Di bawahnya terdapat bangku coklat yang berkaki tiga.


Yang manakah padanan yang BETUL bagi jenis retorik I dan II?

a)

I : Penceritaan II: Pemerian

b)

I: Pemerian II: Penceritaan

c)

I: Pemerian II:Pendedahan

d)

I: Pendedahan II: Pemerian

8.

Mengikut prinsip logik dengan penaakulan yang tepat bukti dikemukakan untuk menyokong idea bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada khalayak


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri retorik ___________.

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

9.

Untuk tujuan yang manakah retorik pendedahan sesuai digunakan ?


I Menjelaskan konsep 1 Malaysia

II Memperhebat kempen kitar semula

III Menghuraikan simptom selesema HINI

IV Menerangkan teknik menjawab soalan peperiksaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

"Rumah Ammar merupakan banglo dua tingkat. Ruang tamu di tingkat bawah dihiasi dengan set sofa kayu yang berukiran penuh. Susun atur perabot di ruang ini menarik dan eksklusif."


Petikan di atas jelas memperlihatkan ciri retorik _________.

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

penceritaan

d)

pendedahan

11.

Ciri P:


-Penulis mentakrifkan dan memberikan contoh ketika menyampaikan maklumat

-Penulis memindahkan maklumat dengan berkesan

-Penulis tidak memberikan ulasannya ketika menyampaikan maklumat


P dalam rajah di atas merujuk kepada retorik ________________.

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penceritaan

12.

-Penulis memberikan penerangan secara jelas

-Penulis memberikan sebab yang kukuh

-Penulis mahu pembaca supaya sependirian dengannya


Maklumat di atas menepati ciri retorik ___________________

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

13.

-Menerangkan sesuatu perkara secara terperinci dan objektif

-Menggunakan takrifan dan bandingan agar audiens memahami konsep

-Mengupas apa-apa yang pro,kontra,baik,dan buruk tentang perkara yang diutarakan


Pernyataan di atas adalah tentang retorik _________________

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

14.

Rubiah : Cuaca sekarang ini amat tidak menentu. Sukar diduga. Ada kalanya panas, terlalu terik,kemudiah hujan,sejuk.

Mei Ling : Ha, itulah kesan pemanasan global.Suhu dunia meningkat akibat perbuatan manusia sendiri.Pembangunan terlalu pesat.

Raju: Itulah sebabnya, kita mesti jaga hutan kita. Kalau hutan masih banyak,pokok boleh menyerap karbon dioksida. Suhu lebih stabil.


Yang manakah padanan yang BETUL antara pertuturan Rubiah, Mei Ling,dan Raju dengan retorik ujarannya?

a)

Pertuturan Rubiah : penceritaan Pertuturan Mei Ling : penghujahan Pertuturan Raju: pendedahan

b)

Pertuturan Rubiah : pendedahan Pertuturan Mei Ling : pemerian Pertuturan Raju : pemujukan

c)

Pertutuarn Rubiah : penghujahan Pertuturan Mei Ling :Penceritaan Pertuturan Raju : pemerian

d)

Pertuturan Rubiah : Pemerian Pertuturan Mei Ling : pendedahan Pertuturan Raju : Penghujahan

15.

"Sejak dahulu lagi, tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan telah diproses untuk dijadikan ubat tradisional. Sebahagiannya, dihasilkan sebagai ubat untu dimakan dan sebahagian yang lain dihasilkan dalam bentuk cecair atau minyak yang boleh disapukan pada bahagian anggota badan."


Maklumat di atas menepati ciri retorik ________________.

a)

pemerian

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

16.

-Menyarankan sesuatu

-Memberikan bukti yang jelas

-Bertujuan untuk menyakinkan orang lain


Pernyataan di atas menepati ciri retorik ______________

a)

penghujahan

b)

pendedahan

c)

pemujukan

d)

pemerian

17.

Yang manakah padanan yang TIDAK BENAR tentang retorik pemujukan dan retorik penghujahan ?

a)

Retorik pemujukan : Mempengaruhi pembaca atau pendengar dengan memanipulasi emosi

Retorik penghujahan : Mengubah pendirian pembaca atau pendengar melalui bukti dan fakta

b)

Retorik pemujukan :mempropagandakan keistimewaan sesuatu perkhidmatan secara rasional

Retorik penghujahan : Mengemukakan dan mempertahankan hujah secara intelek

c)

Retorik pemujukan : Matlamat akhirnya pembaca atau pendengar bertindak sendiri terhadap saranan yang dikemukakan

Retorik penghujahan : Matlamat akhirnya pembaca atau pendengar yakin akan isu yang dibahaskan

d)

Retorik pemujukan : Digunakan untuk menggalakkan pengguna, misalnya membeli barangan tempatan

Retorik penghujahan : Digunakan untuk membimbing para peserta kursus,misalnya kursus menternak lintah

18.

Pernyataan yang manakah yang TIDAK BENAR tentang retorik?

a)

Mementingkan penggunaan diksi yang tepat

b)

Digunakan dalam komunikasi lisan dan tulisan

c)

Tidak memperlihatkan penggunaan tatabahasa yang betul

d)

Mengutamakan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea

19.

"Air merupakan kurniaan Tuhan yang amat berharga bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada semua hidupan di dunia ini. Air meliputi tiga perempat daripada permukaan bumi ini. Walaupun bekalan air adalah banyak tetapi kita kerap kekurangan bekalan air bersih. Gejala ini berpunca daripada sikap manusia sendiri yang melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan air. Kita harus akur dengan hakikat ini dan perlu berusaha untuk menjaga air denagn sebaik-baiknya."


Pernyataan di atas menepati ciri retorik ___________________

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

20.

Pernyataan manakah yang menjelaskan konsep retorik?

a)

Cara penulis menyampaikan idea agar ia mudah difahami

b)

Cara penulis memilih idea untuk digunakan dalam lisan dan penulisan

c)

Cara penulis menjelaskan persoalan yang ingin disampaikan dalam wacana

d)

Cara penulis menggunakan bahasa yang berkesan dan sesuai dengan tujuan wacana itu diujarkan

21.

Pernyataan yang manakah yang TIDAK BENAR tentang retorik pemerian dan retorik pendedahan ?

a)

Kedua-dua retorik ini bersifat objektif

b)

Kedua-dua retorik ini tidak bersifat peribadi

c)

Kedua-dua retorik ini berbentuk lisan dan tulisan

d)

Kedua-dua retorik ini bersifat mempengaruhi audiens

22.

Mementingkan bukti dan alasan Bermula dengan usul atau gagasan Bertujuan untuk mendapatkan sokongan


Pernyataan di atas ialah ciri retorik _________________.

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

23.

Yang berikut ialah ciri laras bahasa ilmiah, kecuali:

a)

menggunakan kata yang tepat

b)

mempunyai maksud yang tersirat

c)

menggunakan bahasa yang formal

d)

menggunakan bahasa yang gramatis

24.

Kilat sabung-menyabung beserta dengan guruh yang amat menakutkan. Televisyen terpadam sendiri. Ruang kamarku tiba-tiba gelap gelita. Suasana menjadi begitu sepi. Kedengaran suara adikku menangis ketakutan.


Petikan di atas menunjukkan laras bahasa:

a)

berita

b)

sukan

c)

khutbah

d)

sastera

25.

Yang manakah antara berikut berkaitan dengan konsep laras bahasa?

a)

Kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan pengkhususan bidang

b)

Kelainan bahasa yang wujud disebabkan wilayah geografi

c)

Kelainan bahasa yang berlaku disebabkan pengaruh alat pertuturan individu

d)

Kelainan bahasa disebabkan oleh hubungan sosial antara pengguna bahasa

26.

Maklumat yang manakah menepati laras bahasa iklan dan retorik pemujukan?

a)

melibatkan teknik rayuan dan tatabahasa yang sempurna

b)

tidak mementingkan ketepatan aspek tatabahasa

c)

menggunakan bahasa yang mudah dan teknik rayuan

d)

menggunakan teknik pendedahan maklumat dan ketepatan tatabahasa

27.

Teknologi nuklear banyak menyumbangkan kemajuan dalam kehidupan manusia. Kini, teknologi nuklear digunakan dalam pembiakbakaan tumbuhan untuk meningkatkan hasil pertanian dengan membantu mempercepat mutasi dan yang berkaitan dengan bioteknologi.


Petikan di atas merupakan contoh penggunaan laras bahasa:

a)

iklan

b)

sains

c)

undang-undang

d)

sains sosial

28.

Berdasarkan perincian lanjut, peningkatan keuntungan Syarikat VNM sebenarnya disuntik hasil jualan yang memberangsangkan daripada hasil minyak sawit mentah oleh anak syarikatnya, Kasih Budi Sdn. Bhd.


Laras bahasa yang digunakan dalam petikan di atas ialah:

a)

laras iklan

b)

laras undang-undang

c)

laras sains

d)

laras ekonomi

29.

Pemberian mutaah bertujuan untuk memastikan isteri yang lazimnya bergantung hidup pada suami dapat meneruskan hidup tanpa dibebani masalah. Dengan pemberian mutaah, bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untuk berdikari atau memulakan hidup baharu selepas bercerai.


petikan di atas merupakan teks yang menggunakan

a)

laras undang-undang

b)

laras sastera

c)

laras iklan

d)

laras agama

30.

Yang manakah tidak berkaitan dengan laras bahasa undang-undang ?

a)

Menggunakan kias dan ibarat

b)

Tidak menggunakan gambar atau graf

c)

Mementingkan kejelasan dan keterperincian

d)

Tidak terdapat unsur metafora, personifikasi dan simile

31.

"Lebihan dagangan, menyemak naik unjuran, cukai barangan dan perkhidmatan, kenaikan purata"


Frasa di atas menggambarkan laras ______________.

a)

sains

b)

sastera

c)

ekonomi

d)

agama

32.

Yang manakah ayat laras iklan?

a)

Taman Setia Indah baru sahaja siap pembinaannya

b)

Kami sedia memberi perkhidmatan yang cemerlang.

c)

Kegawatan ekonomi mempengaruhi harga pasaran kereta tempatan

d)

Harga sebuah banglo di lereng bukit tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit.

33.

"Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon".


Petikan ayat berikut merupakan laras ____________.

a)

sains

b)

lisan

c)

laporan

d)

iklan

34.

Antara yang berikut, manakah laras bahasa iklan?

a)

Syarikat XYZ telah disenaraikan di papan utama dalam Bursa Malaysia

b)

Kereta keluaran Proton yang baharu mampu dimiliki kerana harganya yang berpatutan

c)

Kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan setia kami

d)

Telefon bimbit model terbaharu memberikan peluang kepada pengguna untuk mengikuti siaran televisyen

35.

Sakit sengal-sengal sendi dan otot? Sapukan jel ABC di tempat yang sakit. Anda pasti akan merasai kelegaannya.


Pernyataan diatas adalah merupakan _________________.

a)

laras iklan

b)

laras resipi

36.

Apakah ciri-ciri laras bahasa yang digunakan dalam penulisan cerpen ?

a)

Maklumat disampaikan secara sistematik dan objektif

b)

Menggunakan bunga bahasa, bahasa perlambangan dan kiasan

c)

Isi tulisan tepat

d)

Struktur dan gaya normal

37.

Ciri-ciri laras X:

-Berdasarkan fakta dan kajian

-Meninggalkan kata-kata mubazir

-Menggunakan formula atau rumus

-Disampaikan secara formal dan objektif


Berdasarkan ciri di atas, X ialah _________________

a)

laras agama

b)

laras sukan

c)

laras sains

d)

laras ekonomi

38.

"lebihan dagangan, melonjak ke tahap tertinggi indeks, perindustrian dow jones, cukai barangan dan perkhidmatan"


Frasa diatas menggambarkan laras bahasa_________.

a)

sains

b)

sastera

c)

agama

d)

ekonomi

39.

"Pusingan kedua, kejohanan terbuka, pemain perseorangan, pasangan bukan pilihan"


Frasa di atas adalah berkaitan dengan ______________.

a)

laras bahasa sains

b)

laras bahasa sukan

c)

laras bahasa sastera

d)

laras bahasa agama

40.

BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil ketika rayuan emosional meminta kerajaan menyelesaikan kemelut politik di negara itu, semasa sesi khas Parlimen semalam.


Petikan di atas menunjukkan laras ______________.

a)

biasa

b)

berita

c)

ekonomi

d)

sains