Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU PT3
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Guru sedang mengajar di dalam kelas.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Pokok durian itu di belakang rumah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Kereta merah itu kepunyaan bapa saudara saya.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Kakak mencipta sajak di dalam biliknya.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Gubahan bunga kekwa ini cantik sekali.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Mereka menaiki bas ke Bukit Jalil.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Lelaki tua di seberang jalan itu seorang pengemis jalanan.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Pemandangan di tepi sawah pada waktu senja amat indah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakn pola ayat bagi ayat di bawah.
Ibu ke hospital bersama-sama ayah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Seperti katak di bawah tempurung.
Peribahasa di atas bermaksud seseorang yang
hanya mengetahui suatu perkara.
mempunyai pengetahuan yang sedikit.
menyembunyikan pengetahuan yang dimiliki.
mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara.
Suhana hanya menyusun buku yang berselerak di atas meja setelah disuruh oleh ibunya. Sikapnya itu samalah seperti
lalang ditiup angin.
gunting dalam lipatan.
pahat dengan penukul.
kacang melupakan kulit.
Sedih sungguh kami melihat penderitaan mangsa banjir itu setelah rumah mereka dihanyutkan air, apatah lagi mereka yang mengalami bencana itu.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan perasaan tersebut ialah
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
tidak ada rotan, akar pun berguna juga.
jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.
berat mata memandang, berat lagi mata memikul.
Puan Hayati mengingatkan anaknya supaya sentiasa mengenang budi Pak Cik Malik yang banyak membantu mereka sekeluarga ketika mereka hidup susah.
Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Pak Husin dapat menyiapkan tujuh bakul rotan sehari berkat ketekunan dan kerajinannya kerana sikapnya yang ibarat
ikan dalam belat.
anai-anai makan kayu.
si kudung beroleh cincin.
kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
Ikan pulang ke lubuk
Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah
sikap merendah diri.
pulang ke tempat asal.
menurut adat dan aturan di tempat yang didiami.
orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja, sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai. Jika tidak kita akan dikatakan...
seperti rumput di tepi jalan.
seperti kera mendapat bunga.
bagai melepaskan batuk di tangga.
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Kami berasa sedih apabila ada orang memperkatakan hal keluarga Aminah kerana dia ialah sahabat baik kami bak kata orang...
condong ditumpil, lemah dianduh.
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit juga.
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan perlunya kita berfikir sebelum melakukan suatu tindakan kecuali...
awal dibuat, akhir diingat.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
ada ubi ada batas, ada masa dapat dibalas.
berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
Sikap Akmal yang suka berkebun pada masa lapang sama seperti ayahnya ketika muda dahulu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
lembu punya susu, sapi dapat nama.
di makan mati emak, diluah mati ayah.
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.
Nasib Bakri ___________ kerana kehilangan ibu bapanya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
bagai embun di hujung rumput.
seperti orang buta kehilangan tongkat.
bagai melukut di tepi gantang.
seperti cacing kepanasan.
Akhirnya, Mimi dan kakaknya berbaik semula setelah mengenal pasti pihak yang menghasut mereka supaya bergaduh. keadaan mereka ini ibarat
bertanam tebu di tepi bibir.
berkerat rotan, berpatah arang.
biduk lalu kiambang bertaut.
bersatu teguh, bercerai roboh.
Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di bank demi masa depan mereka.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut ialah
ukur baju di badan sendiri.
alah membeli menang memakai.
cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Jangan terburu-buru ketika di jalan raya kerana boleh mengundang malapetaka. Situasi ini sesuai dengan peribahasa yang berikut :
Bagai gembala diberi keris.
Bagai duri dalam daging.
Biar lambat asal selamat.
Biar titik jangan tumpah.
Pilih ayat-ayat yang betul.
I) Ibu membuat ayah secawan kopi.
II) Ayah membeli adik sebuah buku cerita.
III) Kari ikan itu saya hidangkan kepada tetamu.
IV) Penduduk kampung mendirikan rumah itu secara gotong-royong.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
Sesetengah kilang membuang sisa toksik yang berbahaya ke dalam sungai.
Natasha menaiki kapal terbang ke selatan Semenanjung Malaysia
Setengah-setengah murid gemar ke perpustakaan pada waktu rehat.
Aiman bertolak ke tempat kerjanya pada pukul lapan pagi tiap hari.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Kapal itu melayari kembali ke pangkalan.
Beberapa kali fikirannya melayari peristiwa enam tahun lampau.
Tiga hari sudah mereka melayari laut lepas.
Tugasan itu memerlukan mereka melayari Internet bagi mendapatkan maklumat.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Emak mengadu bahawa beberapa anggota badannya sakit-sakit.
Lapan orang anggota bomba dikejarkan ke tempat kemalangan.
Suzy memasukkan semua anggota masakan ke dalam periuk itu.
Haji Wahab ialah anggota ketua kampung yang disegani oleh masyarakat tempatan.
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Siapa yang telah melanggar peraturan sekolah akan dihukum.
A. Siapa-siapa yang akan melanggar
B. Siapa-siapa yang telah melanggar
C. Siapa yang akan melanggar
D. Siapa yang telah melanggar
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang berwarna.
Aktiviti bersenam yang diamalkan setiap hari pada hakikatnya dapat menstabilkan emosi seseorang.
Kestabilan emosi seseorang diperoleh daripada aktiviti senaman.
Amalan bersenam dapat menstabilkan emosi seseorang jika dilakukan sehari sekali.
Amalan aktiviti bersenam pada setiap hari tidak dinafikan dapat menstabilkan emosi seseorang.
Setiap hari emosi seseorang dapat distabilkan jika aktiviti bersenam sering diamalkan.
