wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HENTIKAN BERITA PALSU

Total questions: 12

Worksheet time: 3hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenayah siber?

a)

jenayah yang dilakukan untuk mendatangkan masalah kepada orang lain

b)

terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain

c)

jenayah yang dilakukan untuk mengaburi mata masyarakat kerana berselindung di alam maya

2.

Apakah yang dikatakan dengan berita palsu?

a)

maklumat tidak tepat yang disebarkan secara sengaja untuk mengaibkan pihak-pihak tertentu.

b)

berita yang kurang pasti dan disebarkan untuk mendapatkan kepastian

c)

maklumat tidak benar yang boleh menaikkan nama seseorang dengan cara yang mudah

3.

Apakah yang perlu anda lakukan jika menerima satu berita berkaitan penularan wabak Covid-19 di aplikasi whatsapp?(Pilih 3 jawapan).

a)

Sebarkan untuk mendapatkan kepastian

b)

Periksa siapa penulisnya

c)

Lihat tarikh samada relevan atau tidak

d)

kemaskini berita tersebut di Instagram dan Facebook

e)

Tanya orang yang lebih arif

4.

Mengapakah kita perlu melakukan tindakan "check the date" apabila mendapat sesuatu berita.

a)

agar kita dapat menilai berita itu masih lagi relevan atau tidak

b)

supaya kita dapat mengingati tarikh tersebut

c)

untuk memudahkan kita menyebarkan kepada orang lain

5.

Apakah kesan penularan berita palsu terhadap mangsa? (Pilih 3 jawapan)

a)

Menyebabkan tekanan perasaan

b)

Boleh menjadi seorang yang terkenal dalam sekelip mata

c)

Menjadi seorang yang lebih berani untuk menegakkan kebenaran

d)

Boleh mengancam nyawa kerana tindakan diluar kawal

e)

Mengganggu kehidupan seharian

6.

Siapakah yang memainkan peranan dalam membanteras kegiatan penularan berita palsu?

a)

PDRM dan SUHAKAM

b)

PDRM dan SPRM

c)

PDRM dan MCMC

7.

MCMC adalah pihak yang mengendalikan kes-kes penularan berita palsu. Apakah MCMC?

a)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

b)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

c)

Jabatan Penerangan Malaysia

8.

Ketika negara dilanda dengan wabak pandemik Covid-19, terdapat pelbagai cerita palsu telah tersebar di segenap media sosial. Mengapakah sesuatu berita yang tidak sahih ini mudah ditularkan oleh masyarakat?

a)

Masyarakat mempunyai banyak masa kerana bekerja dari rumah

b)

Masyarakat terlalu prihatin dan ingin berkongsi segala maklumat yang diterima

c)

Masyarakat mudah mendapatkan jaringan internet

9.

Pilih 3 medium media sosial yang kerap digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menyebarkan berita palsu.

a)
b)
c)
d)
e)
10.

Apakah denda yang akan dikenakan kepada individu yang menyebarkan berita palsu jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM)1998?

a)

Denda maksimum RM20,000 dan penjara dua tahun

b)

Denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun

c)

Denda maksimum RM60.000 dan penjara tidak melebihi satu tahun

11.

Apakah kesan penyebaran berita palsu?

a)

mencetuskan sentimen perkauman

b)

menyebabkan sesetengah individu dikenali ramai dan diminati

c)

menimbulkan ketakutan dan panik

d)

mewujudkan persefahaman antara mangsa dan penyebar

e)

mencetuskan buli siber

12.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan Covid-19, medium sosial yang manakah yang perlu anda rujuk? (Pilih 3 jawapan)

a)
b)
c)
d)
e)