wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rajah disebelah menunjukkan proses yang terlibat dalam sebuah komunikasi.

Apakah yang diwakili oleh Y ?

a)

Maklumbalas

b)

Enkod

c)

Dekod

d)

Saluran

2.

Pilih jenis-jenis komunikasi bukan lisan yang betul

a)

visual

b)

ucapan

c)

bertulis

d)

bahasa badan

3.

Berdasarkan situasi di bawah, manakah yang menggambarkan halangan komunikasi berbentuk fizikal ?

a)

Telefon berdering ketika mesyuarat sedang berjalan

b)

Ali dan Ah Chong duduk bersebelahan di dalam kelas

c)

Dua rakan yang sering salah faham kerana penggunaan dialek yang berbeza

d)

Perbezaan persepsi antara pengguna dan peniaga tentang cukai barangan dan perkhidmatan

4.

Antara berikut pernyataan manakah paling tepat tentang kebaikan komunikasi bertulis

a)

penerima boleh menerima mesej dimana pengirim tidak boleh sampai

b)

penerima mungkin menerima mesej dan membaca mesej pada waktu yang salah

c)

penerima mungkin membuang mesej dan tidak membaca mesej yang diterima

d)

maklumbalas tidak dapat diterima dengan segera

5.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mendesak kerajaan supaya memastikan pekerja swasta juga terbela, sebagaimana dilakukan terhadap kakitangan awam baru-baru ini, iaitu dengan memastikan peruntukan gaji minimum antara RM900 dan RM,1000 sebulan.

Sumber : Sinar Harian 28hb Mei 2013


Berdasarkan petikan di atas, rundingan antara pihak kesatuan sekerja dengan kerajaan merupakan tahap perundingan peringkat

a)

pelbagai hala

b)

dua hala

c)

serantau

d)

nasional

6.

Selepas kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan, satu pihak akan mengemukakan permintaan baru.


Strategi dan taktik perundingan di atas merujuk kepada

a)

good guy, bad guy

b)

red herring

c)

trial ballon

d)

nibbling

7.

"Perasaan marah, air mata, pujukan yang melampau dan menimbulkan perasaan berdosa merupakan cara yang digunakan dalam taktik ini"


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis taktik dan strategi yang digunakan oleh perunding ?

a)

Nibbling

b)

Trial ballon

c)

Red herring

d)

Outrageous

8.

Antara tujuan penggunaan bentuk komunikasi dari bawah ke atas ialah

a)

membuat laporan mengenai kemajuan sesutu kerja yang dilakukan kepada pengurus lebih tinggi

b)

menyelesaikan masalah di peringkat bawah yang memerlukan campur tangan pengurusan atasan

c)

memberi peluang kepada pekerja bawahan untuk meluahkan perasaan mereka

d)

memberi maklum balas tentang prestasi kerja pekerja

9.

Berikut merupakan kesesuiaan penggunaan komunikasi sehala dari atas ke bawah kecuali

a)

memberi tugasan

b)

memberi dorongan

c)

menilai prestasi kerja

d)

memberi idea dan cadangan

10.

i. Maklumat disampaikan dengan cepat kepada

pengguna

ii. Penerima boleh mengemukakan pertanyaan untuk

dapatkan maklumat lanjut

iii. Kejujuran penghantar mesej boleh dikenalpasti kerana

penghantar bersemuka dengan penerima mesej


Maklumat di atas adalah mengenai

a)

komunikasi bukan lisan

b)

komunikasi dua hala

c)

komunikasi sehala

d)

komunikasi lisan

11.

Berjabat tangan dengan genggaman tangan yang kuat atau dengan menggunakan kedua-dua belah tangan menunjukkan keikhlasan dan kemesraan merujuk kepada jenis Bahasa badan

a)

Pergerakan tangan

b)

Hubungan mata

c)

Sentuhan

d)

Pergerakan badan

12.

Merupakan media komunikasi yang paling berkesan dari segi pengaliran mesej

a)

e-mail

b)

telefon

c)

internet

d)

komunikasi bersemuka

13.

Terdapat tiga kaedah mendengar secara berkesan yang boleh diamalkan oleh pendengar semasa menerima sesuatu mesej

a)

mendengar secara aktif

b)

mendengar secara cetek dan mendalam

c)

mendengar secara empati dan objektif

d)

mendengar secara kritikal dan non-judgemental

14.

Tiga teknik mendengar secara aktif yang perlu dikuasai oleh pendengar kecuali

a)

menanya soalan

b)

mengulang maksud pembicara

c)

meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara

d)

memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik

15.

Antara berikut pernyataan manakah paling tepat tentang kebaikan komunikasi lisan

a)

penghantar tidak mahir berkomunikasi mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik

b)

kejujuran penghantar boleh dirasakan melalui komunikasi lisan tidak formal

c)

mesej tidak dapat kekal seperti peringkat awal setelah bertukar tangan

d)

tidak ada rekod simpanan lama kerana berbentuk lisan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan enkod dalam sebuah proses komunikasi?

a)

Penghantar mempunyai idea dan pendapat yang ingin dikongsi dengan orang lain

b)

Penghantar menterjemah idea kepada symbol yang boleh difahami oleh penerima

c)

Penerima menterjemahkan mesej yang diterima kepada satu maksud yang dapat difahami

d)

Penerima cuba memahami mesej yang diterima melalui pendengaran atau pembacaan

17.

Ketika berbica dengan Pengurus Pemasaran, Amran tidak melihat tepat pada mata pengurusnya.


Apakah keadaan yng berlaku kepada Amran?

a)

Menandakan ketakutan

b)

Menunjukkan kurang keyakinan

c)

Menendakan keyakinan dan kekuasaan

d)

Menunjukkan berdosa

18.

"Mendengar untuk memahami maksud mesej yang tersurat".


Pernyataan di atas berkaitan dengan kaedah mendengar secara berkesan.


Apakah kaedah mendengar tersebut?

a)

Mendengar secara empati dan objektif

b)

Mendengar secara kritikal dan non-judgemental

c)

Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara

d)

Mendengar secara cetek dan mendalam

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan mendengar secara kritikal?

a)

Pendengar cuba menunjukkan dia faham atas situasi sehabatnya yang berada dalam kesusahan

b)

Pendengar mendengar secara kritis, cuba memahami dengan tepat, menganalisis dan memberi perhatian apa yang didengari

c)

Pendengar menghuraikan semula komen seseorang sehingga wujud proses perbincangan

d)

Pendengar mendengar dengan fikiran terbuka untuk memahami apa yang disampaikan

20.

"Perundingan bukan merupakan satu yang kompetitif yang mana setiap pihak mencapai keadaan kalah-menang iaitu memperoleh kepentingan yang melebihi pihak lawan yang lain".


Pernyataan di atas berkaitan dengan prinsip berunding.


Apakah prinsip berunding tersebut?

a)

Tumpukan kepada minat dan bukan kedudukan

b)

Guna kriteria yang objektif dan boleh terima

c)

Asingkan manusia daripada masalah

d)

Jana pelbagai pilihan