wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DHB 4143 BAKING & PASTRY QUALITY ASSURANCE MONITORING

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah dimaksudkan dengan jaminan kualiti?

a)

Merupakan sifat atau ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang boleh menyumbangkan kepada kepuasan dan kehendak pengguna.

b)

Jaminan kualiti yang diberikan bagi memastikan produk sampai kepada pelangan

c)

Jaminan kualiti yang menetapkan konsep dan tema bagi sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Jaminan kualiti daripada segi cara pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasi

2.

Terdapat dua jenis pengguna yang menggunakan perkhidmatan atau membeli produk kita iaitu pelanggan luar dan pelanggan dalaman. Pilih pelanggan luar yang betul.

I. Kenalan dalam organisasi

II. Pekerja dalam organisasi

III. Pelanggan baru

IV. Pengguna setia

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I , II , dan III

d)

I, II , III , dan IV

3.

TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Pilih individu yang terlibat dalam proses kualiti menyeluruh (TQM) tersebut.

I. Pihak pengurusan

II. Pembekal

III. Pekerja

IV. Potensi pelanggan

a)

I dan II

b)

I , II dan II

c)

I , II dan III

d)

I , II , III dan IV

4.

Berikut adalah aspek kualiti yang penting dalam keselamatan makanan. Pilih penyataan yang betul

a)

Kualiti makanan di Malaysia hanya dikawal oleh pihak JAKIM Malaysia. Jabatan ini membantu untuk nilai kualiti makanan sebelum sampai pada pengguna

b)

Aspek kualiti dalam makanan meliputi semasa proses pembungkusan makanan

c)

Jaminan kualiti dalam keselamatan makanan di kawal dan diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

d)

Aspek keselamatan makanan merangkumi keseluruhan iaitu kebersihan bahan mentah, pengendalian makanan ,keperluan kesihatan asas pekerja, premis makanan,dan penyediaan serta penyimpanan makanan yang betul

5.

Antara berikut adalah ciri utama dalam pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) KECUALI

I. Matlamat

II. Fokus

III. Strategi

IV. Pelanggan

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan 6 sigma (SIX SIGMA)

a)

Suatu kaedah menentukan spesifikasi produk seperti yang dikehendaki

b)

Suatu kaedah pengurusan baru yang berasaskan kaedah kuantitatif dalam statistik yang menumpukan kepada mutu pengeluaran

c)

Menilai atau mengkaji semula tentang pengguna untuk memberikan informasi kepada penambahbaikan spesifikasi sekiranya diperlukan

d)

Memberikan pelanggan produk/perkhidmatan yang bertetapan pada harga yang berpatutan

7.

Peranan pemeriksaan adalah untuk membaiki produk yang telah siap diproses .

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Peningkatan berterusan merupakan prinsip pertama dalam TQM

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

ISO 9000 adalah sistem pengurusan kualiti berasaskan prinsip kepastian kualiti menyediakan rangka kerja melalui pengiktirafan asas pelaksanaan TQM

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Pelanggan luaran ialah yang akan membeli dan menggunakan produk atau servis.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Penjagaan alam sekitar adalah termasuk di bawah kualiti yang boleh menyumbangkan kepada kepuasan pengguna.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Faedah ISO 9000 dapat mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana staf dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Terdapat DUA prosedur untuk mendapatkan kualiti standard sesuatu produk iaitu dengan adanya resipi standard dan senarai semak kualiti standard.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) adalah berorientasikan pengeluaran dan proses menentukan standard kualiti yang boleh diukur.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Kepentingan jaminan kualiti adalah memastikan imej syarikat terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

ISO adalah piawaian bertulis yang menetapkan dan menerangkan keperluan asas dalam sistem kualiti bagi memastikan produk memenuhi kehendak pelanggan

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Penyelenggaran amat penting bagi pencegahan untuk memastikan tempat kerja dalam keadaan yang tidak baik dan terkawal.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Apakah teknik yang digunakan untuk menjamin kualiti sesuatu produk

I. Audit kualiti

II. Analisis proses

III.Pengurusan kualiti dan alat kawalan

IV.Kawalan kualiti

a)

I, II, dan IV

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan III

d)

Semua di atas

19.

Berikut merupakan tujuan asas jaminan kualiti dalam proses pembuatan produk KECUALI

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi

b)

Memberikan kepuasan kepada pelanggan

c)

Meningkatkan sisa produk

d)

Meningkatkan kepercayaan pelanggan

20.

Apakah maksud KAWALAN KUALITI?

a)

Mengenalpasti atau mencari kecatatan produk

b)

Proses reaktif

c)

Pendekatan berasaskan produk

d)

Proses pengendalian masalah kualiti