NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Kata Kerja Pasif 2)
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
"Buku cerita haiwan itu sudah __________ ," kata Cathrina kepada Jazmin.
kutulis
kubaca
kulihat
kuteliti
"Maklumat tentang pemimpin negara ini __________ daripada Internet," kata Izdiyanah kepada Ria.
diolah
dicapai
diperoleh
dihasilkan
Kelapa muda itu __________ oleh datuk Izdihar dengan menggunakan galah yang panjang.
dikait
ditarik
dicabut
dikopek
Encik Irfan dan isterinya __________ ke Majlis Makan Malam di Dewan Mulia.
diseru
dijemput
dipanggil
dibawa
Butik Pakaian Muslimah itu __________ oleh Puan Qistina sejak dua tahun yang lalu.
dihasilkan
diciptakan
diusahakan
dilaksanakan
"Kempen Budi Bahasa itu telah __________ oleh pegawai pendidikan daerah," kata Nur Aisya kepada Qaidah.
diadakan
dirasmikan
ditubuhkan
dibicarakan
Ceramah tentang keselamatan diri itu akan __________ oleh Cikgu Adriel di dewan sekolah.
diberikan
disampaikan
diucapkan
dijelaskan
Lukisan yang __________ oleh Shah Alif itu mendapat pujian daripada pengunjung pameran itu.
ditulis
dilukis
ditampal
diconteng
Rumput di kawasan itu telah __________ oleh Pak Cik Niyaz semalam.
disembur
disiram
digunting
diracun
Permaidani itu __________ oleh Hakim di ruang tamu.
diletakkan
digantungkan
dihamparkan
dibaringkan
Aktiviti Jelajah Hutan itu __________ oleh anggota Kelab Rekreasi sekolah.
disertai
dipatuhi
ditakluki
diterokai
Batu-batu kecil itu __________ oleh Gwen ke dalam sungai yang jernih airnya itu.
dilontarkan
dimasukkan
ditaburkan
dicampakkan
Khemah-khemah di tengah padang itu __________ oleh anggota pengakap sekolah.
dibina
dibuka
dipakai
dipasang
