NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 4 SK SINAR BAHAGIA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Buah durian itu gugur ___________ tanah apabila ditiup angin.
di
pada
ke
dari
Mak Senah menggunakan _____________ pisau untuk memotong sayur di dapur.
sebatang
sebilah
sebuah
sekeping
"___________________ akan berlepas ke Langkawi pada petang ini," kata Jarjit kepada Ehsan.
Beta
Saya
Awak
Patik
"Saya menjemput ______________ ke rumah pada petang hari Ahad ini," kata Ah Long kepada rakan-rakannya.
kalian
anda
awak
kita
Kuda belang itu berlari dengan _________________ untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh singa.
perlahan
pantas
cepat
lincah
Suara juruhebah itu kurang ____________________________.
jelas
gopoh
kasar
kuat
Andy, Malar, Hasan dan Badrul berlatih menyanyi sambil _________________ alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
dimainkan
permainan
memainkan
memetik
Dia telah ditahan oleh polis kerana __________________ sebuah lori di selekoh tajam dan garisan berkembar.
melanggar
menyelit
memintas
memotong
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Beliau berasal _________ Muar, Johor.
pada
dari
kepada
daripada
Umar menulis surat ____________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.
bagi
untuk
kepada
daripada
Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _____________ berjaya dalam pelajaran.
oleh
hingga
sambil
supaya
Salman berlari ______________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.
sambil
dengan
seraya
dan
"Saya ____________ membeli sepasang baru kurung," kata Melati kepada Puteri sebaik sahaja mereka tiba di pasaraya.
wajib
pasti
mesti
hendak
Cikgu Razif mengambil masa selama ____________ hari untuk menanda kertas ujian pemahaman itu.
setiap
beberapa
sebilangan
sebahagian
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
sopan
baik
rajin
taat
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya terumbang-ambing.
mabuk
bimbang
penat
takut
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
menyaman
memukul
menghukum
memarahi
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.
Pekerja yang malas itu telah dibuang kerja.
rajin
teliti
patuh
jujur
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.
Air laut itu pasang pada waktu pagi.
jatuh
surut
rendah
cabut
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.
Ubat yang dimakan oleh adik itu sangat mujarab.
Penawar
Pil
Racun
Madu
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.
Bau bunga itu sangat wangi.
sedap
busuk
harum
hidu
Pilih kata ganda yang sesuai.
Beruang sarkas itu _____________ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan.
tiba-tiba
cuba-cuba
pura-pura
ikut-ikut
Pilih kata ganda yang sesuai.
Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ________nya.
amah-amah
dewi-dewi
pari-pari
dayang-dayang
Pilih kata ganda yang sesuai.
Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila.
semut-semut
gatal-gatal
luka-luka
sedu-sedu
Pilih kata ganda yang sesuai.
Negara kita akan menjadi huru-hara kalau rakyatnya tidak mematuhi ________.
syarat-syarat
ikrar-ikrar
rukun-rukun
undang-undang
Pilih perkataan berimbuhan yang betul.
Adik hanya akan makan ubat itu kalau ______ oleh ayah.
dipaksa
terpaksa
paksaan
memaksa
Pilih perkataan berimbuhan yang betul.
Bapa selalu menasihati kami supaya ______.
jimatkan
penjimat
menjimatkan
berjimat
Pilih perkataan berimbuhan yang betul.
Emak ______ pokok-pokok bunga di taman ini dua hari seminggu.
menyiram
tersiram
disiram
bersiram
Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat di bawah.
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
bagai aur dengan tebing
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat di bawah.
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat di bawah.
Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
bagai ayam berak kapur
bagai ayam disambar helang
bagai kucing kehilangan anak
bagai mencurah air ke daun keladi
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.
___________ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata pencarian
Mata duitan
Mata keranjang
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.
Lee ____________ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.
langkah bendul
langkah kiri
langkah seribu
langkah kanan
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.
Nora yang _________ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
tajam akal
otak udang
tanda mata
rambang mata
Kata Hubung
Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ___________ jalan itu sangat licin.
tetapi
kerana
supaya
bahawa
Kata Hubung
Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
atau
hingga
dan
kecuali
Kata Hubung
Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
lalu
dan
sambil
serta
Kata Hubung
Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
bahawa
atau
sambil
manakala
PIlih ayat songsang yang betul.
Ali makan roti canai.
Roti canai Ali makan.
Ali roti canai makan.
Canai Ali roti makan.
Roti Ali makan canai.
PIlih ayat songsang yang betul.
Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
Sawah di hujung kampung itu telah menjual Pak Ahmad.
Kampung Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung itu.
Telah menjual sawah di hujung kampung itu, Pak Ahmad.
Pak Ahmad telah menjual kampung di hujung sawah itu.
