wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Kehakiman Negara

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"Seorang murid lelaki berumur 10 tahun telah melakukan kesalahan mencuri dan dibicarakan di mahkamah x". Yang manakah pernyataan berkaitan dengan perbicaraan kes ini.

a)

Keputusan mahkamah x adalah muktamad

b)

Mahkamah x menjalan perbicaraan secara terbuka

c)

Jika didapati bersalah, murid tersebut dijatuhi hukuman penjara

d)

Ketika perbicaraan, hanya waris terdekat sahaja yang boleh berada dalam mahkamah x

2.

Yang manakah merupakan prosiding dalam perbicaraan kes jenayah.

a)

Tertuduh menyoal balas saksi-saksi yang dibawa oleh pendakwa raya

b)

Tertuduh dibicarakan dan diterangkan pertuduhannya

c)

Tertuduh boleh dibebaskan sekiranya wujud prima facie

d)

Tertuduh tidak dibenarkan membela diri

3.

Yang manakah antara mahkamah berikut tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas seorang pesalah.

a)

Mahkamah Koroner

b)

Mahkamah Juvana

c)

Mahkamah Tinggi

d)

Mahkamah Syariah

4.

"Peter dari Korea ditangkap ketika berada di dalam Malaysia kerana membawa senjata berbahaya". Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa kes tersebut.

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Tinggi

d)

Mahkamah Tentera

5.

Antara berikut, yang manakah benar tentang kebebasan diri?

a)

Seorang warganegara ditahan oleh pihak berkuasa dan tidak beritahu apa sebabnya

b)

Seorang warganegara dibawa ke hadapan seorang Majistret selepas tempoh 2 hari dia ditahan

c)

Seorang warganegara dibenarkan berunding dengan peguam pilihannya sekiranya ditahan oleh pihak berkuasa.

d)

Seorang warganegara diberikan rawatan sekiranya sakit ketika dia ditahan oleh pihak berkuasa

6.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Mencuri duit tabung masjid

b)

Wasiat pembahagian harta pusaka

c)

Pecah amanah wang zakat

d)

Menyebarkan ajaran sesat

7.

"Menentukan sama ada undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sah atau sebalinya". Mahkamah manakah yang menentukan kesahan perkara terebut.

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Mahkamah Rayuan

8.

Yang manakah peranan Peguam Negara dalam Mahkamah Khas Raja-Raja.

a)

Memulakan pendakwaan

b)

Menjadi pemerhati

c)

Menjadi peguam bela

d)

Mencabar keputusan mahkamah

9.

Yang manakah antara kes berikut yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

a)

Pegawai bank yang dikenakan tindakan turun pangkat

b)

Kerani Sekolah Kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib

c)

Pegawai tentera yang dikenakan tindakan disiplin ketenteraan

d)

Pembantu makmal sekolah persendirian yang dikenakan buang kerja

10.

Yang manakah antara kes berikut boleh dibantu oleh Biro Bantuan Guaman.

a)

Seorang janda yang menuntut bayaran nafkah ke atas bekas suaminya

b)

Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditipu oleh majikannya

c)

Seorang pembeli rumah yang tidak puas hati dengan keadaan rumahnya

d)

Seorang pengguna yang tidak puas hati dengan harga sekotak rokok di kedai runcit

11.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah yang berkuatkuasa terhadap penduduk Islam.

a)

Kesalahan menganiaya isteri

b)

Kesalahan tidak berpuasa pada bulan ramadhan

c)

Kesalahan tidak memberi nafkah kepada tanggungannya selepas bercerai

d)

Kesalahan pembahagian harta sepencarian suami isteri

12.

Yang manakah benar tentang kuasa Yang Di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman.

a)

Berkuasa melantik presiden Mahkamah Rayuan atas cadangan Perdana Menteri

b)

Berkuasa memanjangkan perkhidmatan seorang hakim tidak melebihi enam bulan bagi mereka berumur lebih 66 tahun

c)

Berkuasa memecat seorang hakim

d)

Berkuasa melantik Ketua Hakim Negara atas kuasa budi bicaranya

13.

Yang manakah antara jawatan berikut dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

a)

Ketua Pendaftar Mahkamah

b)

Pesuruhjaya Kehakiman

c)

Hakim Mahkamah Rayuan

d)

Hakim Mahkamah Majistret

14.

"Encik Chong mendapat arahan supaya menghadirkan diri ke mahkamah untuk menjadi saksi ke rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas". Yang manakah dokumen yang dimaksudkan dengan penyataan ini.

a)

Afidavit

b)

Sapina

c)

Habeas Corpus

d)

Writ

15.

Yang manakah merupakan siasatan awal sesuatu ke di hadapan Mahkamah Majistret?

a)

Menentukan tiada kes yang boleh disabitkan oleh pihak tertuduh

b)

Memanggil dan memeriksa balas keterangan saksi yang hadir di mahkamah

c)

Menentukan sama ada terdapat prima facie terhadap pihak yang tertuduh

d)

Memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri dan memberi keterangan

16.

Antara berikut, yang manakah kes yang boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan?

a)

Keputusan kes tuntutan penceraian berjumlah RM 1 juta

b)

Keputusan kes jenayah pecah amanah bernilai RM 250 000

c)

Hukuman mati yang dijatuhi ke atas seorang pengedar dadah

d)

Rayuan seorang isteri berkaitan hak penjagaan anak yang dibuat di Mahkamah Syariah

17.

Yang manakah merujuk kepada Doktrin Duluan Kehakiman?

a)

Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri

b)

Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua Hakim Negara dalam usaha membicarakan sesuatu kes

c)

Hakim mahkamah kanan lebih berkuasa daripada Hakim mahkamah yang baru dilantik

d)

Hakim mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

18.

Sesuatu permintaan untuk inkues boleh diberikan oleh hakim. Yang manakah tujuan inkues dibenarkan.

a)

Mendapatkan perintah mahkamah menahan seseorang tertuduh

b)

Mendapatkan perintah menangkap dan menghadapkan tertuduh ke mahkamah

c)

Melakukan perbicaraan bagi mengetahui kebenaran pengakuan tertuduh

d)

Melakukan siasatan terperinci tentang sebab-sebab kematian seseorang

19.

Yang manakah merupakan tujuan perbicaraan tertutup di dalam prosiding Mahkamah Juvana?

a)

Juvana masih di bawah umur

b)

Melindungi pesalah muda daripada publisiti

c)

Melindungi penjara daripada publisiti

d)

Hukuman terhadap juvana tidak boleh didedahkan

20.

Yang manakah kuasa pengampunan Yang Di-Pertuan Agong bagi pesalah berikut.

a)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

b)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kedah

c)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Perlis

d)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Borneo