wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FORM 4 : SET 1 BAB 3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah reaksi yang diterima daripada British apabila orang Melayu cuba untuk memulai gerakan nasionalisme?

a)

Tindakan keras dari British

b)

British menyokong

c)

Jepun membantu gerakan

2.

Bagaimanakah cara British untuk menghalang idea gerakan Islam dari Timur Tengah?

a)

Menyekat penyebaran Islam

b)

Memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

c)

Menghukum bunuh sesiapa yang terlibat

3.

Apakah fungsi British mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu mewujudkan Enakmen Undang-undang Islam 1904?

a)

Sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan hukuman rotan

b)

Sesiapa yang menderhaka kepada sultan dan British akan dikenakan hukuman penjara

c)

Sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara

4.

Salah seorang tokoh yang aktif melakukan penentangan hasil kesedaran gerakan Pan-Islamisme di Tanah Melayu ialah?

a)

Tok Janggut, Johor

b)

Tok Janggut, Pasir Puteh

c)

Tok Misai, Pasir Puteh

5.

Apakah isu penentangan yang dibawa oleh Tok Janggut dalam menangani kuasa British?

a)

Mempertahankan tanah dan bijih timah

b)

Mempertahankan hak kutipan tabung masjid

c)

Mempertahankan agama Islam dan hak penduduk tempatan

6.

Apakah faktor yang mempengaruhi Tok Janggut untuk melakukan gerakan nasionalisme yang kemudiannya turut diikuti oleh orang-orang Melayu?

a)

Penglibatan orang Melayu dalam Perang Dunia

b)

Penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

c)

Penglibatan negara-negara Arab menentang British

7.

Mengapakah pemimpin negeri Melayu kemudiannya menyokong empayar Uthmaniyah dalam perang dunia?

a)

Penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah

b)

Pengaruh dari Tok Janggut

c)

Membalas jasa kerajaan Turki

d)

Hubungan diplomatik

8.

Apakah strategi seterusnya yang telah digunakan oleh orang Melayu apabila menyedari penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut membawa kegagalan?

a)

Menggunakan teknik yang lebih keras

b)

Menggunakan akhbar & majalah

c)

Orang Melayu tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut

9.

"Cerita Tekukur" yang tersiar dalam akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Lidah Teruna dan Pengasuh pada tahun 1920 merupakan penyataan politik kemerdekaan.


Mengapakah orang Melayu menggunakan medium berselindung sebalik perwatakan haiwan?

a)

Nilai kasih sayang terhadap haiwan terlalu tinggi

b)

Keinginan menjadi seperti terkukur

c)

Adanya undang-undang yang mengongkong penerbitan akhbar

d)

Orang Melayu suka membela terkukur

10.

Undang-undang British yang berkaitan dengan penerbitan telah membantutkan suara orang Melayu untuk berterus-terang.


Apakah undang-undang yang dimaksudkan?

a)

Publishing and Book Enactment 1915.

b)

Publishing and New Order 1919

c)

Publishing Dewan Bahasa dan Pustaka

11.

Bilakah berlakunya perang dunia pertama?

a)

1919 - 1981

b)

1914 - 1918

c)

1914 - 2020

12.

Perang dunia pertama tercetus diakibatkan oleh beberapa faktor. Kecuali,

a)

Persaingan Kuasa Imperialisme

b)

Pakatan Ketenteraan

c)

Krisis Rantau Balkan

d)

Pembunuhan Perdana Menteri British

13.

Kuasa Eropah telah bersaing untuk mendapatkan bahan mentah seperti arang batu dan bijih timah.


Apakah sebab persaingan tersebut tercetus?

a)

Sifat tamak kuasa Barat

b)

Keinginan menguasai sempadan

c)

Revolusi Perindustrian tercetus

d)

Untuk dijadikan hiasan

14.

Kestabilan politik di Eropah dianggap seperti tiada kesudahan. Hal ini disebabkan oleh?

a)

Pakatan kerjasama

b)

Pakatan ketenteraan

c)

Konflik perebutan

15.

Krisis Rantau Balkan telah melibatkan dua kuasa besar iaitu Austria-Hungary dan Serbia.


Apakah kemuncak peristiwa krisis ini sehingga membawa kepada perang dunia pertama?

a)

Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh pemuda Serbia

b)

Pembunuhan Jeneral Serbia

c)

Rampasan takhta Austria

16.

Pada 28 Julai 1914, Austria-Hungary telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia.


Kuasa manakah yang telah menyokong Austria-Hungary?

a)

Jerman

b)

Rusia

c)

Britain

17.

Pilih 3 negara yang terlibat dalam Kuasa Tengah.

a)

Jerman

b)

Perancis

c)

Austria-Hungary

d)

Bulgaria

18.

3 negara yang termasuk dalam Pakatan Bertiga.

a)

Rusia

b)

Perancis

c)

Britain

d)

Turki Uthmaniyah

19.

Amerika Syarikat akhirnya telah terlibat dalam kancah peperangan pada April 1917 dengan memihak kepada..

a)

Kuasa Tengah

b)

Pakatan Harapan

c)

Pakatan Bertiga

20.

Mengapakah Amerika Syarikat akhirnya diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas tamat Perang dunia Pertama?

a)

Konspirasi dengan kuasa-kuasa lain

b)

Berjaya memanipulasikan kelemahan Jerman

c)

Berjaya menjatuhkan bom nuklear

d)

Berjaya menamatkan perang dunia pertama dan mengadakan perjanjian damai

21.

Bilakah tarikh Persidangan Damai Paris diadakan?

a)

9 Februari 1988

b)

18 Januari 1919

c)

14 Januari 1511

22.

Apakah kesan daripada Persidangan Damai Paris terhadap Jerman?

a)

Jerman dipaksa meminta maaf

b)

Jerman tidak boleh mengancam keamanan di Eropah

c)

Amerika Syarikat diberikan kuasa monopoli

23.

Apakah dua prinsip yang terkandung dalam Deklarasi 14 Woodrow Wilson?


Pilih 2 jawapan

a)

penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

b)

Jerman mengaku kalah

c)

merasmikan negara baru

d)

sempadan negara berasaskan bangsa

24.

Perjanjian Versailles telah ditandatangani pada 28 Jun 1919 yang tidak berpihak kepada Jerman. Perjanjian ini merangkumi aspek berikut, kecuali..

a)

Jerman layak mewakili Eropah ke persidangan

b)

Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang

c)

Mengehadkan saiz angkatan tentera.

d)

Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga

25.

Perjanjian Versailles telah mewujudkan satu badan yang dikatakan untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.


Apakah nama badan tersebbut?

a)

La Liga

b)

Liga Bangsa-bangsa

c)

Liga Super

d)

Liga Eropah

26.

Berikut merupakan kesan Perang Dunia Pertama, kecuali..

a)

Kemunculan negara baru

b)

Keruntuhan pemerintahan beraja

c)

Kuasa raja dikembalikan

d)

Kesan terhadap negeri Melayu

27.

Keruntuhan institusi beraja di Turki telah menyebabkan Sultan Mehmen VI telah digulingkan oleh Mustafa Kamal Ataturk.


Apakah corak pemerintahan yang dipegang oleh beliau?

a)

Monarki

b)

Republik

c)

Raja berpelembagaan

d)

Tirani

28.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap raja-raja Melayu?

a)

Dipaksa menandatangani perisytiharaan perang yang menyokong dan taat setia kepada British

b)

Dipaksa memberikan ganti rugi

c)

Diminta menandatangi perjanjian keamanan

29.

Negeri-negeri Melayu dikatakan terlibat secara tidak langsung dalam Perang Dunia Pertama kerana hasil bumi nya dimanipulasi oleh British untuk tujuan?

a)

Kesenangan rakyat Britain

b)

Revolusi Perindustrian

c)

Membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman fasisme?

a)

Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan individu

b)

Mengagungkan pencapaian negara dan bangsa sendiri

c)

Menghapuskan warganegara yang lemah

d)

Melakukan penghapusan etnik di wilayah mereka

31.

Mengapakah Jerman gagal menawan Rusia?

a)

Serangan sepadu daripada Tentera Bersekutu

b)

Jerman kalah dalam bola sepak dunia

c)

Faktor cuaca dan tempoh masa peperangan yang lama

d)

Tentera Rusia memiliki senjata lebih moden

32.

Perjanjian Versailles ditandatangani di antara Jerman dan Pakatan Bertiga.

Manakah antara berikut, tindakan Adolf Hitler yang ingkar dengan perjanjian tersebut?


Pilih 2 jawapan

a)

Memperbesarkan angkatan tentera Jerman

b)

Menyerang negara-negara Pakatan Bertiga

c)

Menduduki tanah jajahannya yang dirampas oleh Pakatan Bertiga

d)

Memulakan program pemodenan dan perindustrian

33.

Siapakah pemimpin yang mengheret Jepun dalam PD 2?

a)

Jeneral Masao Baba

b)

Jeneral Hideki Tojo

c)

Jeneral Teizo Ishiguro

d)

Jeneral Seishiro Itagaki

34.

Mengapakah Jepun ingin menguasai wilayah Selatan?

a)

Mengelakkan pertembungan dengan kuasa Barat

b)

Menghalau penjajah Barat

c)

Mudah dikuasai

d)

Kaya dengan bahan mentah

35.

Dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Korea, Manchuria dan China telah mempengahruhi Amerika Syarikat, Britain dan Belanda untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya.

Apakah tujuan sekatan ekonomi ini dikenakan?

a)

Menghalang hubungan perdagangan antara Jepun dengan negara Eropah

b)

Menghalang usaha Jepun untuk memasarkan barangan di pasaran dunia

c)

Menghalang Jepun mendapatkan bahan mentah bagi keperluan industri dan peperangan

d)

Memaksa Jepun menamatkan dasar pemodenan dan perindustriannya

36.

Mengapakah Miri dan Lutong menjadi sasaran tentera Jepun?

a)

Kaya dengan udang kering

b)

Lombong bijih besi

c)

Pangkalan tentera British

d)

Kawasan Petroleum

37.

Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menawan sesuatu kawasan?

a)

Serangan bergilir-gilir

b)

Serangan gerila

c)

Serangan Kilat

d)

Serangan kuasa api

38.

Pasukan ini bertindak kejam dan ganas kepada mereka yang menentang Jepun. Apakah nama pasukan tersebut?

a)

Kimigayo

b)

Ashiteru

c)

Kempeitei

d)

Nippon Go

39.

Pendudukan Jepun telah membawa kemelesetan ekonomi membawa kepada inflasi dan harga barang melambung tinggi.

Bagaimanakah tentera Jepun menangani keadaan ini?

a)

Mengimport makanan dan barangan pengguna dari Jepun

b)

Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

c)

Mencetak wang kertas sendiri

d)

Memperkenalkan kad catuan makanan

40.

Mengapakah orang Cina menerima layanan buruk daripada pentadbiran Jepun?

a)

Berlakunya Perang China - Jepun

b)

Menentang Jepun

c)

Tunduk kepada Jepun

d)

Menguasai ekonomi Tanah Melayu

41.

Mengapakah orang Cina ramai yang menentang pendudukan Jepun?

a)

Merampas ekonomi mereka

b)

Menerima layanan kejam

c)

Dipaksa menjadi tentera Jepun

d)

Ramai dihantar pulang ke negara asal

42.

Apakah matlamat utama Operasi Semut?


Pilih 2 jawapan

a)

Untuk mengumpulkan maklumat risikan

b)

Untuk melatih orang tempatan menentang tentera Jepun

c)

Untuk melakukan sabotaj dan meyebarkan propaganda

d)

Untuk membantu memulihkan ekonomi Sarawak

43.

Mengapakah anggota Kesatuan Melayu Muda (KMM) menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun?

a)

Keengganan Jepun berkompromi dengan KMM

b)

Pembubaran KMM oleh Jepun

c)

Ramai pemimpin KMM ditangkap

d)

Terpengaruh dengan British

44.

Mengapakah hasrat Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) untuk mencapai kemerdekaan dengan Tanah Melayu gagal?

a)

Bantahan oleh pemimpin Indonesia

b)

Pemimpin kedua-dua negara enggan berkompromi

c)

Perbezaan ideologi politik

d)

Kekalahan mendadak Jepun dalam Perang Dunia ke-2

45.

Manakah antara pertubuhan berikut diwujudkan untuk menangani keganasan Pasukan Bintang Tiga?

a)

Gerakan Fi-Sabillillah

b)

Kesatuan Melayu Muda

c)

Kakeo Kokokai

d)

Askar Melayu Setia

46.

Bagaimanakah pertumpahan darah antara kaum dapat dielakkan di Kuching, Sarawak?

a)

Sikap kerjasama dan bertolak ansur antara kaum

b)

Kebijaksanaan pemimpin tempatan meredakan kemarahan

c)

Perintah berkurung yang dikenakan oleh tentera Australia

d)

Tindakan segera pasukan keselamatan

47.
  • Gerakan Fi-Sabilillah
  • Pasukan Tentera Selempang Merah


Manakah antara berikut berkaitan dengan pertubuhan di atas?

a)

Menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu

b)

Menentang pendaratan semula tentera British di Tanah Melayu

c)

Mempertahankan maruah dan hak orang Melayu

d)

Membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu

48.

Mengapakah penglibatan empayar Uthmaniyah dalam PD 1 menarik perhatian pemimpin negeri-negeri Melayu?

a)

Empayar Uthmaniyah menentang kuasa Barat

b)

Empayar Uthmaniyah dianggap sebagai pelindung umat Islam

c)

Empayar Uthmaniyah ditakluki oleh negara Barat

d)

Empayar Uthmaniyah berjaya mengalahkan kuasa Barat

49.

Antara berikut yang manakah merupakah kesan daripada penubuhan Koa Kunrenjo oleh pihak Jepun?

a)

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

b)

Latihan ketenteraan diberikan

c)

Melibatkan penduduk dalam pentadbiran Jepun

d)

Memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi

50.

Kegiatan penduduk di Sarawak dikawal melalui persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun iaitu?

a)

Kimigayo

b)

Kakeo Kokokai

c)

Giyu Gun

d)

Giyu Tai