wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Penilaian Tatabahasa I

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Sambutan kepada peraduan menulis __________ drama peringkat remaja sangat menggalakkan.

a)

teks

b)

draf

c)

skrip

d)

graf

2.

Aktiviti pemburuan haram akan mengancam populasi haiwan _________________ di hutan.

a)

ganas

b)

liar

c)

buas

d)

kejam

3.

Bot kami telah ____________ hingga muara sungai lain akibat enjin bot rosak dan arus sungai yang deras.

a)

harung

b)

redah

c)

gerak

d)

hanyut

4.

Setiap pagi, kami akan mendengar __________ ringkas daripada penyelia tentang pengurusan kerja di jabatan kami.

a)

mesyuarat

b)

taklimat

c)

diskusi

d)

ucapan

5.

Saya __________ fail setiap pagi ketika menuju ke bilik kuliah yang terletak di atas bukit itu.

a)

angkut

b)

kelek

c)

galas

d)

jinjing

6.

Tulisan doktor yang tertera pada laporan kesihatan Azhar tidak _________ olehnya.

a)

dibaca

b)

terbaca

c)

membaca

d)

menbaca

7.

Kakak belajar __________ ketupat daripada nenek pada tahun lalu.

a)

menganyam

b)

melipat

c)

membungkus

d)

membalut

8.

Tukang rumah itu ______________ kayu tersebut untuk membuat lubang.

a)

menggergaji

b)

menggerodak

c)

menggerutu

d)

menggerudi

9.

Mereka ____________ rumah mereka pada hari Ahad yang lepas hingga kelihatan cantik dan menarik.

a)

mengelap

b)

mengecat

c)

mengemop

d)

mengesat

10.

Ayah merancang untuk _________ rumah kami sebelum Hari Raya.

a)

memperbesar

b)

memperlebar

c)

mempertinggi

d)

memperluas

11.

Kereta api Shinkanzen Alfa-X ialah kereta api yang ____________ di dunia.

a)

terlincah

b)

terlekas

c)

terkuat

d)

terpantas

12.

Buluh yang ditajamkan oleh orang asli itu tidaklah ___________ anak panah.

a)

segenting

b)

selurus

c)

seruncing

d)

sepanjang

13.

Encik Hassan tidak ___________ rakan kongsinya yang lain apabila mendapat arahan untuk membayar cukai pendapatan.

a)

segemuruh

b)

segerun

c)

setakut

d)

segelabah

14.

Pasukan Harimau Malaya yang menyertai Pusingan Kelayakan Piala Dunia tahun ini adalah yang ___________.

a)

termatang

b)

termantap

c)

terbilang

d)

termasyhur

15.

Pekerja yang bertubuh besar itu berjaya memikul seguni beras yang _________ di atas bahunya.

a)

terkukuh

b)

terbesar

c)

terberat

d)

terpadu

16.

"Kami berharap agar ustaz dan ________ dapat mendidik anak kami," kata Puan Laili kepada kedua-dua pemilik Tahfiz al-Iman.

a)

ustazah

b)

siswazah

c)

sultanah

d)

qariah

17.

Kematian remaja itu dikenal pasti berpunca daripada terkena ______________ elektrik yang berkuasa tinggi.

a)

rantaian

b)

rampaian

c)

renjatan

d)

rembatan

18.

Doktor memberikan _____________ kepada pesakit itu untuk mencegah malaria.

a)

sogokan

b)

suntikan

c)

sentakan

d)

sorokan

19.

__________ tangan kanannya yang lambat itu gagal menumbangkan lawannya.

a)

Tembakan

b)

Tepukan

c)

Tusukan

d)

Tumbukan

20.

__________ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai itu semasa musim tengkujuh.

a)

Pengawal

b)

Pengawalan

c)

Kawalan

d)

Mengawal

21.

Bunyi _______________ kedengaran apabila tabung itu jatuh dari almari baju.

a)

gerigi

b)

gelabah

c)

gerodak

d)

gelembung

22.

Kain layar di restoran itu _____________ apabila dipukul angin kencang semalam.

a)

kemilau

b)

kerepot

c)

kelebak

d)

kemetot

23.

Harum ___________ ruang bilik itu apabila disembur dengan semburan pewangi.

a)

seruling

b)

selerak

c)

serabut

d)

semerbak

24.

Cat pada tembok bangunan lama itu sudah ____________ akibat sinaran matahari yang terik.

a)

kelemumur

b)

kemuning

c)

keruping

d)

kelupas

25.

Persembahan ahli silap mata yang terkenal itu mendapat tepukan yang _________ daripada para penonton.

a)

gemilang

b)

geleman

c)

gemuruh

d)

gemerlap

26.

Jumlah _________ Encik Hiew terjejas kerana harga jualan nanas merosot.

a)

pendapatan

b)

pencarian

c)

pendekatan

d)

pencapaian

27.

Dua buah kereta telah berlanggar di sekekoh tajam. ___________ itu berpunca daripada kelalaian pemandu muda itu.

a)

Perlanggaran

b)

Pelanggaran

c)

Pengingkaran

d)

Keingkaran

28.

Satu daripada langkah pencegahan Covid-19 ialah kita mesti mengamalkan _____________ sosial.

a)

pergerakan

b)

penjauhan

c)

pendekatan

d)

penjarakan

29.

Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa ___________ UPSR dan PT3 tahun 2020 dibatalkan untuk menjamin kesihatan murid.

a)

pemeriksaan

b)

peperiksaan

c)

pengajaran

d)

pelajaran

30.

Pihak Kolej Universiti New Era akan menerima ____________ pelajar dari luar negara.

a)

kemampuan

b)

kesesakan

c)

kemasukan

d)

keperluan

31.

Perbuatan __________ isterinya itu mengundang padah.

a)

memukuli

b)

membelai

c)

menyayangi

d)

menasihati

32.

Pihak pilos dan perompak ______________ di dalam bangunan Bank Islam itu.

a)

bom-mengebom

b)

bertembak-tembakan

c)

bersalam-salaman

d)

tercari-cari

33.

Mak Ngah __________ pasangan pengantin itu dengan air mawar berkali-kali sehingga pasangan tersebut basah.

a)

menyiramkan

b)

merenjiskan

c)

menyirami

d)

merenjisi

34.

Cikgu Zana telah ___________ kunci makmal sains kepada saya sebelum beliau pulang.

a)

menggadaikan

b)

membelikan

c)

meletakkan

d)

menyerahkan

35.

Dia __________ idea untuk menyiapkan tesisnya itu.

a)

kebingungan

b)

ketandusan

c)

kehausan

d)

kehilangan

36.

Orang Asia kaya dengan adat __________ yang menitikberatkan amalan bekerjasama dan hormat-menghormati.

a)

keutaraan

b)

kebaratan

c)

ketimuran

d)

keselatanan

37.

Sikap wanita tua itu _____________ jelas kelihatan apabila dia bertanya kepada kami dengan bahasa Jawa.

a)

kecinaan

b)

keindiaan

c)

kemelayuan

d)

keindonesiaan

38.

Ciri utama syarikat penerbangan ialah aspek _____________ pemohon.

a)

kecantikan

b)

kejelitaan

c)

keayuan

d)

ketampanan

39.

Pemain import dari Brazil dan Argentina yang beraksi dalam Liga Super Malaysia menunjukkan cara hidup ____________ mereka.

a)

ketimuran

b)

kebaratan

c)

kearaban

d)

kelatinan

40.

Masyarakat Melayu berhijrah dari Sulawesi, Indonesia kuat mengamalkan adat ___________ mereka.

a)

kejawaan

b)

kebugisan

c)

kebanjaran

d)

kesuluan