wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Semester 1

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Masalah asas ekonomi berpunca daripada

a)

sumber ekonomi yang sentiasa terhad

b)

pengeluaran barang semakin berkurang

c)

jumlah penduduk yang semakin meningkat

d)

keinginan pengguna untuk mendapatkan barangan mewah

2.

Gambar rajah di bawah menunjukkan AB dan CD ialah keluk kemungkinan pengeluaran(KKP) barang X dan barang Y dalam sebuah ekonomi.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang gambar rajah tersebut kecuali

a)

titik E di luar kemampuan ekonomi

b)

titik F berlakunya pengangguran sumber

c)

keluk kemungkinan pengeluaran AB dan CD menunjukkan kos lepas meningkat

d)

peralihan Keluk Kemungkinan Pengeluaran AB ke CD disebabkan peningkatan teknologi

3.

Kenaikan harga minyak diesel menyebabkan

a)

keluk penawaran diesel akan beralih ke kanan

b)

firma akan menambahkan penawaran barangan

c)

permintaan terhadap kenderaan enjin diesel akan meningkat

d)

berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran diesel

4.

Jadual di atas menunjukkan kuantiti ditawar bagi suatu barang di pasaran. Fungsi penawaran barang tersebut ialah

a)

QS = 5P

b)

QS = 10 + 5P

c)

QS = 5 + 20P

d)

QS = 25 + 20P

5.

Apabila pengurangan permintaan terhadap komputer melebihi pertambahan penawaran terhadap komputer, maka titik keseimbangan baru pasaran komputer,

a)

harga dan kuantiti komputer meningkat

b)

harga dan kuantiti komputer berkurang

c)

harga komputer jatuh dan kuantiti komputer meningkat

d)

harga komputer naik dan kuantiti komputer berkurang

6.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang. Pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan lebihan pengeluar

a)

berkurang menjadi P1P0 E1

b)

bertambah menjadi P2 P3 E2

c)

berkurang sebanyak P0P2E2E1

d)

bertambah sebanyak P2P1E1E2

7.

Jadual di atas menunjukkan harga dan kuantiti permintaan bagi barang X, Y dan Z. Hitung nilai keanjalan silang barang tersebut dan tentukan jenis barang tersebut jika harga barang X meningkat

a)

-1.5, barang Y ialah barang pengganti

b)

-0.75, barang Z ialah barang pengganti

c)

1.5, barang Y ialah barang penggenap

d)

-0.75, barang Z ialah barang penggenap

8.

Jika keanjalan permintaan pendapatan suatu barang bernilai negatif, maka barang tersebut ialah barang

a)

mesti

b)

biasa

c)

mewah

d)

bawahan

9.

Apabila kerajaan menetapkan dasar harga maksimum, perkara-perkara yang berikut akan berlaku kecuali

a)

berlaku lebihan permintaan

b)

pengguna menikmati keuntungan

c)

dapat menjaga kebajikan pengeluar

d)

harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih rendah

10.

Yang manakah penyataan yang benar tentang jangka masa pendek dan jangka masa panjang

a)

jangka masa panjang terdapat input tetap sahaja

b)

jangka masa pendek terdapat input berubah sahaja

c)

jangka masa pendek keluaran dapat ditambah sedikit sahaja

d)

jangka masa panjang ialah jangka masa melebihi sepuluh tahun

11.

Kedai basikal Encik Adam menanggung kos tetap sebanyak RM 1 000.00, kos berubah purata sebanyak RM 50.00 dan kos purata sebanyak RM 60.00. berapakah jumlah basikal yang dapat dijual oleh Encik Adam?

a)

100 unit

b)

120 unit

c)

150 unit

d)

200 unit

12.

Firma akan mengalami tak ekonomi luaran apabila

a)

pekerja tiada motivasi dan malas

b)

berlaku kesesakan lalu lintas dan pencemaran

c)

ahli pengurusan dan pentadbiran yang tidak amanah

d)

pusat perindustrian dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur

13.

Sebuah firma mempunyai keluk permintaan yang menurun dari kiri ke kanan. Jika kemasukan ke dalam pasaran adalah bebas, maka firma itu

a)

akan mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan pengeluarannya

b)

akan menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang

c)

hanya akan mendapat untung normal dalam jangka panjang

d)

sentiasa mendapat untung normal dalam jangka pendek

14.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang keseimbangan firma pasaran bermonopoli dalam jangka pendek ?

a)

firma memperoleh untung lebih normal apabila hasil purata lebih tinggi daripada kos berubah purata

b)

firma memperoleh untung lebih normal apabila hasil purata sama dengan kos sut minimum

c)

firma mengalami kerugian apabila hasil purata lebih rendah daripada kos purata

d)

firma memaksimumkan untung apabila hasil purata sama dengan kos purata

15.

Jadual di atas menunjukkan kedudukan kos dan hasil bagi sebuah firma persaingan sempurna pada output ke 10. Apakah tindakan yang patut diambil oleh firma tersebut?

a)

meneruskan operasinya

b)

memberhentikan operasinya

c)

menurunkan kos pengeluarannya

d)

Menjual firma bagi menampung kerugian

16.

Berdasarkan kepada rajah di atas, keluk MC, AC dan AR dan MR masing-masing adalah keluk kos sut, keluk kos purata, keluk hasil purata dan keluk hasil sut bagi sebuah firma monopoli. Kesan dasar perletakan harga sama dengan kos sut (P = MC) oleh kerajaan

a)

harga naik dari 0P1 ke 0P0 dan keluaran meningkat dari 0Q1 ke 0Q0

b)

harga naik dari 0P2 ke 0P0 dan keluaran berkurang dari 0Q2 ke 0Q0

c)

harga jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan keluaran meningkat dari 0Q0 ke 0Q2

d)

harga jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan keluaran meningkat dari 0Q0 ke 0Q1

17.

Penyataan yang berikut dapat membezakan antara pasaran monopoli dan pasaran bermonopoli dalam jangka masa panjang

a)

kedua - dua pasaran mendapat untung lebih normal

b)

kedua- dua pasaran tidak mengalami kecekapan peruntukan

c)

kedua- dua pasaran mempunyai hasil purata sama dengan hasil sut

d)

kedua- dua pasaran mengeluarkan barangan pada kos purata minimum

18.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kos dan hasil bagi sebuah firma dalam keseimbangan jangka panjang. Firma ini akan

a)

mengeluarkan keluaran sebanyak 5 unit dan merupakan firma pasaran monopoli

b)

mengeluarkan keluaran sebanyak 11 unit dan merupakan firma pasaran persaingan sempurna

c)

harga keseimbangan pasaran RM8.00 dan merupakan firma pasaran persaingan monopoli

d)

harga keseimbangan pasaran RM12.00 dan merupakan firma pasaran persaingan bermonopoli

19.

Jadual di atas menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal bagi barang Y. Andaikan harga barang X ditetapkan pada harga RM10.00 per unit dan upah buruh ialah RM40.00 per unit. Bilangan buruh yang memaksimumkan keuntungan ialah

a)

2 unit

b)

3 unit

c)

4 unit

d)

5 unit

20.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan (D) dan penawaran (S) terhadap faktor tetap. Hitung sewa ekonomi dan perolehan pindahan pada keseimbangan pasaran.

a)

RM75.00 dan RM350.00

b)

RM62.50 dan RM475.00

c)

RM137.50 dan RM350.00

d)

RM140.00 dan RM475.00