wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 Langkah Keselamatan di Dalam Makmal

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri

a)

baju makmal

b)

bikar

c)

topeng muka

d)

Kebuk Wasap

2.

Apakah yang tidak harus dilakukan apabila berlaku kemalangan di makmal?

a)

Memaklumkan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir dan biarkan sahaja

d)

Bersihkan tumpahan bahan kimia menggunakan alatan yang sesuai

3.

Rajah menunjukkan sepasang sarung tangan.

Antara berikut yang manakah bukan fungsinya?

a)

Melindungi tangan daripada bahan kimia

b)

Melindungi tangan semasa melakukan eksperimen

c)

Melindungi tangan supaya tidak kasar

d)

Melindungi badan apabila mengangkat benda berat

4.

Arsenik, Kromium, Plumbum, dan Merkuri merupakan logam yang berbahaya. Apakah nama kumpulan logam tersebut?

a)

Logam berat

b)

Logam ringan

c)

Logam alkali

d)

Logam Berasid

5.

Antara bahan berikut yang manakah boleh dibuang ke dalam siniki?

a)

pelarut organik

b)

Sisa pepejal

c)

Bahan dengan pH antara 5 hingga 9

d)

Bahan toksik

6.

Antara berikut yang manakah cara yang betul untuk menguruskan bahan sisa biologi ?

a)

Spesimen biologi ( haiwan ) yang bukan jenis haiwan perosak dan masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya

b)

Spesimen yang tidak berbahaya dan telah dibedah hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah

c)

Spesimen haiwan yang berbahaya seperti bangkai tikus hendaklah di buang ke dalam sungai

d)

Sisa bahan biologi mestilah disimpan dengan baik supaya boleh digunakan lai kali

7.

Antara berikut yang manakah bukan gejala keracunan merkuri ?

a)

Penglihatan terjejas

b)

Kemerosotan dalam pertuturan dan pendengaran

c)

Saluran badan berpeluh

d)

Koordinasi pergerakan terganggu

8.

Pemadam api jenis karbon dioksida sesuai digunakan untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada

i. kertas

ii minyak

iii elektrik

a)

i sahaja

b)

i dan ii sahaja

c)

ii dan iii sahaja

d)

i,ii dan iii

9.

Berikut adalah alat pemadam kebakaran yang patut berada di dalam makmal sekolah kecuali

a)

selimut api

b)

Baldi berisi pasir

c)

Alat pemadam kebakaran

d)

Baldi berisi air

10.

K,L,M dan N merupakan langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan api


K - cabut pin untuk melepaskan tuil

L - Hala nozel atau hos ke dasar api

M- Tekan tuil untuk mengeluarkan bahan pemadam. Untuk

berhenti lepaskan tuil

N- Gerakan hos kiri ke kanan. Gerak ke arah api dengan berhati-hati


Antara berikut yang manakah merupakan urutan langkah yang betul?

a)

K,L,M,N

b)

M,K,L,N

c)

L,M,K,N

d)

N,M,L,K

11.

Antara peralatan berikut yang manakah di gunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen?

a)

Cermin Mata

b)

Gogal

c)

Kaca mata hitam

d)

Kanta lekap

12.

Apakah fungsi kebuk wasap?

a)

Menjalankan uji kaji sains

b)

Menjalankan uji kaji bahan-bahan yang mudah meruap dan beracun

c)

Menyimpan bahan-bahan yang mudah meruap

d)

Menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar

13.

Kenapa pemakaian baju makmal penting semasa menjalankan uji kaji?

a)

Untuk kelihatan menarik

b)

Untuk kelihatan seperti seorang ahli sains

c)

Untuk melindungi pemakai dari terkena bahan kimia dan kerosakan pakaian

d)

Untuk memudahkan menjalankan uji kaji

14.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku jika murid tidak memakai peralatan perlindungan semasa menjalankan uji kaji?

a)

Murid berasa sukar menjalan kan uji kaji

b)

Murid berasa tidak selesa semasa menjalankan uji kaji

c)

Murid dapat mengelak kemalangan yang tidak diingini

d)

Kemalangan mudah berlaku semasa menjalankan uji kaji

15.

Antara yang berikut yang manakah peralatan yang sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit dan mata ?

a)

Pembilas mata

b)

Gogal

c)

Kebuk wasap

d)

Baju makmal

16.

Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada bahan sisa buangan X


cara pelupusan

  • di bungkus dan dimasukkan ke dalam beg biobahaya
  • Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf

Apakah bahan X?

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

17.

Berikut adalah satu pernyataan


Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh di buang ke dalam singki


Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?

a)

Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air

b)

Bahan buangan kimia akan meletup

c)

Bahan buangan kimia akan menyerap ke dalam tanah

d)

Bahan buangan kimia akan bertindak balas dengan bahan-bahan lain

18.

Apakah tindakan awal yang perlu di ambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji?

a)

Kendalikan tumpahan bahan kimia menggunakan tangan

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

d)

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan

19.

Rajah menunjukkan alat pemadam api W

Apakah jenis alat pemadam api W?

a)

Pemadam kebakaran buih

b)

Pemadam kebakaran air

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

20.

Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering?

a)

Boleh memadamkan semua jenis kebakaran

b)

Hanya memadam kebakaran yang disebabkan elektrik

c)

Hanya memadam kebakaran yang di sebabkan bahan pepejal

d)

Bahan memadam kebakaran jenis cecair