wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LAGU NEGARAKU

Total questions: 12

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Lagu Negaraku dicipta semasa negara sedang membuat persiapan menyambut _______________________ .

a)

Hari Malaysia

b)

Hari Keputeraan Agong

c)

Hari Raya

d)

Hari Kemerdekaan

2.

lagu Negaraku berasal dari lagu negeri Perak _____________ .

a)

Bulan mengambang

b)

Terang Bulan

c)

Bulan Purnama

d)

Bulan Bulan

3.

Lirik lagu kebangsaan digubah oleh _____________ .

a)

Encik Rosli Said

b)

Encik Ahmad Adam

c)

Encik Saiful Bahri

d)

Encik Kamal Adli

4.

Rakyat perlu menunjukkan _______________ kepada Raja dan Negara.

a)

kesetian yang tidak berbelah bahagi

b)

kekuatan dan kelemahan

c)

ingkar dan melawan perintah

d)

sikap tidak bersyukur

5.

Rakyat Malaysia perlu ___________ kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

a)

bersyukur

b)

memberontak

c)

menyanyi

d)

melawan

6.

Pilih 1 maksud seni kata Lagu Negaraku

a)

Memohon doa supaya rakyat diberikan keselamatan

b)

Memohon supaya rakyat sihat sejahtera

c)

Memohon rahmat dan perlindungan daripada Tuhan untuk Raja.

7.

Pilih dua etika menyanyikan lagu Negaraku yang betul.

a)

Berdiri tegak

b)

Kedua kaki dirapatkan

c)

Berjalan sambil menyanyi

d)

Kedua tangan diletakkan di dada

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan etika menyanyikan Lagu Negaraku yang betul bagi Orang Kelainan Upaya (berkerusi roda)?

a)

Kepala ditundukkan ke lantai

b)

Kedua tangan berada di atas dada

c)

Mata memandang lantai

d)

Kepala ditegakkan

9.

Bagaimanakah etika menyanyikan lagu Negaraku bagi pelajar yang datang lewat ke sekolah?

a)

Berjalan masuk ke dalam barisan

b)

Berhenti bergerak dan berdiri tegak

c)

Berhenti dan duduk

d)

Berjalan sambil tangan diletakkan di dada

10.

Semasa menyanyikan lagu Negaraku, kita harus _______________ .

a)

Menyanyi secara sesuka hati

b)

Bermain main dengan kawan

c)

Menghayati maksud seni kata lagu

d)

Berbual bual dengan rakan

11.

Pilih dua situasi yang memerlukan Lagu Kebangsaan dimainkan.

a)

Upacara rasmi

b)

Majlis hari jadi saya

c)

Majlis perkahwinan

d)

Semasa menaikkan bendera kebangsaan

12.

Jika anda tidak menghormati lagu Negaraku, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi ____________ dan penjara tidak melebihi satu bulan.

a)

RM 200

b)

RM 500

c)

RM 1000

d)

RM 1200