Font size
WorksheetsLatih Tubi Tatabahasa 2 (UPSR)
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Sungguh _____ pergerakan yang ditunjukkan oleh peserta silat itu.
tangkas
licik
ligat
culas
"_______ bukan sahaja seorang peguam yang berwibawa, tetapi juga seorang penceramah yang disegani," kata Encik Syazwan kepada anaknya.
Mereka
Beliau
Anda
Dia
Nilai patriotisme itu sangat penting ______ untuk pelajar ______ untuk rakyat Malaysia.
jangankan ... malah
sungguhpun ... namun
bahkan ... bukan sahaja
bukan sahaja ... tetapi juga
"Titah ______ akan ______ laksanakan dengan segera," ucap ketua pegawai protokol istana kepada sultan.
baginda ... hamba
tuanku ... hamba
tuanku ... patik
baginda ... patik
Sultan Johor berkenan untuk _______ para Ahli Dewan Undangan Negeri di istana baginda pada esok pagi.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Ayah memerlukan _______ untuk mengukur sudut rumah baharu mereka.
kekisi
kekuda
sesiku
tetulang
Beberapa orang pekerja kelihatan sedang _____ semula jalan di kawasan tersebut dengan tar.
menurap
mengecat
menampal
menyalut
Puan Asiah dan anak-anaknya ______ apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
patah kandar
langkah kiri
kera sumbang
putih tulang
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan tepat.
Julia bergiat cergas dalam bidang teater.
Aktif bersukan menjadikan kita cergas.
Peserta pidato itu bercakap dengan cergas.
Mereka bergerak cergas sebaik sahaja wisel dibunyikan.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan berikut:
Pertandingan bola jaring ini terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun ke bawah.
Betulkah mereka yang berumur 12 tahun ke bawah boleh mengambil bahagian?
Siapakah yang layak menyertai pertandingan bola jaring ini?
Adakah murid-murid 12 tahun ke bawah layak menyertai pertandingan ini?
Mengapakah pertandingan bola jaring ini hanya terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya berikut:
Sudahkah kamu menjelaskan yuran Kelab Badminton?
Saya belum tentu akan menjelaskannya.
Saya berharap agar kamu dapat menjelaskannya.
Belum, saya tidak berkesempatan menjelaskannya.
Ya, saya akan menjelaskannya pada hari Jumaat nanti.
Puan Haida memasakkan anaknya sepinggan nasi goreng.
BETUL
SALAH
Amani baru menerima sepucuk surat daripada kakaknya.
BETUL
SALAH
Encik Johan telah menanam di belakang rumah beberapa batang pokok mangga.
BETUL
SALAH
Alatan pekhemahan itu telah mereka cuci sejak semalam.
BETUL
SALAH
Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:
Kasut baharu yang dibeli oleh ayah itu diperbuat dari kulit.
baharu
diperbuat
dari
Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:
Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 8.00 pagi.
Para-para
berada
pada
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:
Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam.
menjawab
semua
satu suku jam
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:
Nota itu bertukar tangan daripada Umar ke Alif.
bertukar
daripada
ke
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Kemudahan pengangkutan awam di negara ini sedang dinaiktaraf oleh pihak yang berkenaan.
awam
dinaiktaraf
berkenaan
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia mestilah lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk memperoleh sijil SPM.
calon
matapelajaran
memperoleh
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat berikut:
Kebanyakkan pelanggan sangat berpuas hati akan kelazatan masakan di Restoran Selera Timur itu.
Kebanyakkan
masakan
Restoran
Bila ada masa lapang, Zalina gemar menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
BETUL
SALAH
Encik Sulaiman berniaga goreng pisang pada setiap petang di hadapan rumahnya.
BETUL
SALAH
Fiqah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
BETUL
SALAH
Roti canai yang dihidangkan di Ali Maju Restoran itu enak rasanya.
BETUL
SALAH
Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa:
Seperti kacang ______
