wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P. Moral - Toleransi

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Maksud nilai toleransi ialah ...

a)

kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri

b)

menunaikan amanah dengan bertanggungjawab

c)

berani mempertahankan nama baik negara

2.

Perlakuan manakah yang tidak menunjukkan nilai toleransi ?

a)

Menghina budaya kaum lain

b)

Menerima pendapat walaupun orang yang lebih muda

c)

Sentiasa tenang apabila berdepan masalah

3.

"Malaysia berjaya membangun dengan pesat hasil sikap toleransi pelbagai kaum yang terdapat di negara ini," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan sikap toleransi ?

a)

Negara akan dikenali di peringkat antarabangsa

b)

Negara tidak akan mencapai pembangunan yang pesat

c)

Negara bertambah harmoni dan makmur

4.

Ketua kampung itu menerima pendapat orang kampung sebelum mengambil sesuatu keputusan.

Adakah ketua kampung itu mengamalkan sikap toleransi ?

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Nilai toleransi sangat penting dalam negara berbilang kaum untuk ...........

a)

melahirkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri

b)

mewujudkan jurang pemikiran antara kaum

c)

mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara kaum

6.

Berikut adalah sikap bertoleransi kecuali ....

a)

memberi laluan kepada warga emas semasa di tempat awam

b)

bersabar ketika menunggu giliran di kaunter bank

c)

bertolak-tolak semasa menaiki pengangkutan awam

7.

Aminah mengamalkan sikap toleransi dengan .....

a)

sentiasa bertolak ansur dengan jirannya yang berlainan bangsa

b)

memarahi polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas

c)

memotong barisan ketika hendak membayar di pasar raya

8.

Ramesh terserempak dengan satu kemalangan jalan raya yang baru berlaku. Apakah tindakan Ramesh yang sewajarnya ?

a)

mengambil video mangsa-mangsa kemalangan

b)

menghubungi ambulans dan polis

c)

meneruskan perjalanan seperti biasa

9.

Kepentingan sikap toleransi ialah ...

a)

mewujudkan negara yang aman dan harmoni

b)

mewujudkan rakyat yang berani

c)

mewujudkan negara yang kaya

10.

Pilih perasaan selepas mengamalkan sikap toleransi terhadap negara.

a)

gembira

b)

tenang

c)

sedih

d)

tidak puas hati