NEW
Font size
WorksheetsSains T4: Daya dan Gerakan
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Seorang peserta lumba lari 200 m mengambil masa 8 saat untuk tiba di garisan penamat. Berapakah lajunya?
6.67 m s−1
16.67 m s−1
25.00 m s−1
30.71 m s−1
Ramu mengayuh basikal pada laju yang malar, iaitu 20 m s−1 selama 50 saat. Berapa jauhkah dia bergerak?
100 meter
200 meter
400 meter
1000 meter
Sebuah kereta api bergerak dengan halaju seragam pada 50 km j-1. Kereta api itu berhenti selepas 2 jam bergerak. Berapakah pecutan kereta api itu?
−0.5 km j−2
0.5 km j−2
−25 km j−2
25 km j−2
Rajah menunjukkan satu graf pita detik yang diperoleh daripada satu troli yang bergerak.
Apakah jenis pergerakan troli itu?
Halaju semakin berkurang
Halaju semakin meningkat
Halaju seragam
Halaju sifar
Graf dalam rajah menunjukkan pergerakan sebuah kereta mainan.
Berapakah sesaran kereta mainan tersebut selepas 5 minit yang pertama?
4 m
5 m
6 m
8 m
Apakah daya yang mempengaruhi pergerakan jatuh bebas sesuatu objek?
Daya rintangan udara
Daya elektrostatik
Daya magnetik
Daya normal
Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan kesan inersia?
Sebuah kereta api masih bergerak walaupun brek telah dikenakan.
Sukar untuk menggerakkan objek pegun daripada kedudukannya.
Penumpang di dalam sebuah bas terhumban ke hadapan semasa bas itu berhenti secara tiba-tiba.
Sebiji bola yang dilepaskan pada ketinggian tertentu jatuh ke tanah.
Rajah menunjukkan duit syiling yang diletakkan di atas sekeping kadbod merentangi mulut gelas.
Apabila kadbod itu ditarik secara tiba-tiba, kenapakah duit syiling itu jatuh ke dalam gelas?
Duit syiling itu mempunyai inersia.
Duit syiling itu lebih berat daripada kadbod.
Ketumpatan duit syiling itu adalah tinggi.
Duit syiling itu tidak dipengaruhi oleh sebarang daya.
Enjin kapal tangki perlu dimatikan sejauh beberapa kilometer dari pelabuhan untuk menghentikannya. Apakah tujuan melakukan hal tersebut?
Kapal tangki mempunyai laju yang tinggi.
Kapal tangki mempunyai inersia yang besar.
Kapal tangki mempunyai daya geseran yang kecil.
Kapal tangki mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.
Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi inersia sesuatu objek?
Luas tapak objek
Isi padu objek
Jisim objek
Saiz objek
