NEW
Font size
WorksheetsPengajian Am 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Yang manakah konsep asas sesebuah negara?
I.Raja yang berdaulat
II.Penduduk yang tetap
III.Sistem ekonomi yang kukuh
IV.Sistem kerajaan yang teratur
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
2. Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
A
B
C
D
• Lan Ying dilahirkan di Taiwan pada 1 September 1957
• Bapa dan ibunya ialah warganegara Persekutuan
3.Pernyataan di atas merujuk kepada warganegara secara
A. Naturalisasi
B. Undang-undang
C. Pendaftaran
D. Percantuman wilayah
4. Yang manakah jabatan terlibat dalam pengesahan taraf kewarganegaraan kategori kelahiran luar negara?
I.Polis Diraja Malaysia
II.Pejabat Konsul
III.Jabatan Imigresen
IV.Jabatan Pendaftaran Negara
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
5. Yang manakah tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
A. Memecat menteri kabinet
B. Melantik Ketua Hakim Negara
C. Memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan
D. Memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen
A
B
C
D
"Menjaga kuasa serta kepentingan dewan dan disiplin ahli-ahli dewan"
7. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Jawatankuasa Dewan
B. Jawatankuasa Hak Ahli
C. Jawatankuasa Pemilihan
D. Jawatankuasa Peraturan Tetap
8. Merujuk kepada jadual di atas, Y ialah
A. Majlis Negeri
B. Kerajaan Negeri
C. Majlis Tertinggi
D. Jawatankuasa Negeri
"Kabinet bertanggung jawab secara kolektif kepada Parlimen"
9 .Pernyataan di atas membawa maksud
A. Kesemua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet
B. Kesemua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan Kabinet
C. Kesemua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen
D. Kesemua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen
10. Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
A. keluasan negeri
B. bilangan penduduk
C. hasil kerajaan negeri
D. hubungan baik dengan kerajaan pusat
11. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
I.Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II.Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III.Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV.Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
A. diluluskan oleh Dewan Rakyat
B. diisytiharkan oleh Perdana Menteri
C. diwartakan sebagai Warta Kerajaan
D. diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
13. Yang manakah bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah?
A. Penukaran agama
B. Urusan tanah pusaka
C. Tidak sembahyang Jumaat
D. Menyertai pertandingan ratu cantik
• Laporan perbelanjaan pilihan raya mestilah dihantar kepada X dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta Kerajaan.
14. X yang dinyatakan dalam pernyataan di atas merujuk kepada
A. Pengarah Pilihan Raya Negeri
B. Setiausaha Pilihan Raya Negeri
C. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
D. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
15. Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?
I.Mengekalkan kepimpinan sedia ada
II.Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
III.Menerajui transformasi perkhidmatan
IV.Memperkasa daya saing negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
