NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 6 (OLEH: PUAN MERIAM BINTI HASSAN)
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
____________ itu menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Besar.
Kanak-kanak
Murid-murid
Belia-belia
Budak-budak
Banyak kenderaan yang _______________ di jalan raya itu.
mundar-mandir
kejar-mengejar
lalu-lalang
beratur-atur
Puan Rina menggunakan ___________ yang pelbagai warna untuk membuat sulaman baju kebayanya.
jejarum
bebenang
dedaun
bebola
_______________ bukan jenis serangga kerana mempunyai empat pasang kaki.
Semut
Labah-labah
Anai-anai
Labi-labi
Watson Nyambek yang baru menamatkan lariannya itu kelihatan ________________.
terbatuk-batuk
terbahak-bahak
terhincut-hincut
tercungap-cungap
____________________ yang dijual di kedai itu telah dimakan oleh bubuk.
Rempah-ratus
Sayur-mayur
Lauk-pauk
Beras-peras
Adik suka makan _____________ ketam yang dimasak oleh ibu.
tetupai
kekisi
bebola
jejari
Malik __________________ ketika dipuji oleh kawannya.
teresak-esak
tersipu-sipu
tersekat-sekat
terbahak-bahak
Pak Dolah ketawa __________________ menonton televisyen rancangan Jangan Ketawa.
terkial-kial
tersekat-sekat
terbahak-bahak
teresak-esak
Sofia ___________ kepala tanda tidak setuju dengan pinangan itu.
mengangguk-ngangguk
menggeleng-geleng
berpusing-pusing
menggaru-garu
Rambut Yatim ______________ ketika bangun daripada tidur.
kusut-masai
comot-momot
koyak-rabak
compang-camping
Fendi ___________________ dahi apabila menyedari kesilapannya semasa menjawab soalan itu.
menepuk-nepuk
menghentak-hentak
menarik-narik
mengepit-ngepit
Pak Cik Ishak dan Shazwan sedang membersihkan _________________ di dalam garaj itu.
bebawang
sesawang
bebenang
peparu
Bas Ekspres Bayu Pagi itu ____________ dari Rembau ke Kuala Lumpur.
mundar-mandir
lalu-lalang
berulang-alik
kacau-bilau
Orang ramai ______________ pergi ke padang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyaksikan pertunjukan silap mata itu.
bersepah-sepah
berlegar-legar
berlari-lari
berduyun-duyun
