Font size
WorksheetsTadbir Urus Negara
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Yang manakah antara berikut merupakan elemen tadbir urus yang baik dalam sesebuah organisasi?
Responsif
Keterbukaan
Kebebasan
Berani menanggung risiko
Antara berikut, yang manakah merupakan prinsip tadbir urus baik?
Berdisiplin
Ketekunan
Akauntabiliti dan Integriti
Fokus kepada pelanggan
Antara berikut, yang manakah amalan yang perlu dipatuhi untuk memastikan tadbir urus yang baik?
Pengekalan prestasi
Amalan sistem birokrasi
Pematuhan prosedur
Persekitaran yang menarik
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada kepentingan tadbir urus yang baik?
Daya saing negara dapat dikurangkan
Memberi keyakinan kepada pelanggan
Menjamin peluang pekerjaan dapat diwujudkan
Pengekalan tahap profesionalisme
Antara berikut, yang manakah perlu diutamakan apabila perkhidmatan yang diberikan lebih menekankan kepada pelanggan?
Akauntabiliti ketika melaksanakan tugas
Jumlah yang ditawarkan kepada pelanggan
Menetapkan piawaian yang jelas
Persaingan barangan berkenaan
Antara berikut, yang manakah aspek utama dalam tadbir urus negara?
Ketelusan
Akauntabiliti
Pengekalan prestasi
Mematuhi undang-undang
Antara berikut, yang manakah menunjukkan konsep birokrasi dalam organisasi kerajaan?
Tiada pengkhususan dalam pekerjaan
Tempoh perkhidmatan kakitangan kekal dan terjamin
Terdiri daripada beberapa tingkat kuasa yang berlainan
Prosedur kerja yang ringkas dan memudahkan pengurusan
Yang manakah menjadi prinsip utama tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan?
Mempunyai visi dan misi
Mempunyai ramai tenaga kerja
Mempunyai sumber modal yang besar
Mempunyai kepakaran luar yang diiktiraf
Yang manakah merupakan cara untuk mengelakan berlakunya ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam?
Melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan
Penggunaan sumber yang ekonomik
Prosedur kerja yang lebih kompleks
Meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam
Yang manakah boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?
Kepimpinan bersifat terbuka
Prosedur kerja yang terlalu kompleks
Penggunaan sumber yang maksimum
Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa
Antara berikut, yang manakah strategi yang digunakan bagi mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran?
Penetapan harta dalam perkhidmatan
Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN)
Penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Pengisytiharaan harta oleh kakitangan awam
Antara berikut, yang manakah kepentingan globalisasi terhadap pembangunan negara?
Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
Mewujudkan jaringan komunikasi yang lebih mudah dan murah
Memacu perkembangan ekonomi tempatan setanding dengan ekonomi negara maju
Memperoleh maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih jelas
Yang manakah faedah aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus baik?
Memberi keutamaan kepada kesahihan maklumat
Penyebaran virus dapat ditangani dengan profesional
Sistem penyampaian awam lebih cekap dan efektif
Urus niaga atas talian dapat dikembangkan kepada semua usahawan
Antara berikut, yang manakah bersesuaian untuk menggambarkan tadbir urus yang baik?
Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
Menyediakan audit dalaman bagi sesebuah organisasi
Melaksanakan sistem kaunter dan penyampaian berkualiti
Menentukan anugerah tender kepada syarikat yang dikenalpasti
Antara berikut, yang manakah kesan daripada pelaksanaan tadbir urus yang baik?
Meningkatkan imej negara
Menghasilkan sistem dokumentasi yang luas
Meningkatkan sokongan politik kepada kerajaan
Mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat
