wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGAJIAN AM SEMESTER 1

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk

a)

mengimbangi penduduk

b)

memerdekakan negara Asia Tengah

c)

menjaga keamanan negara serantau

d)

meningkatkan kemajuan ekonomi getah

2.

Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?

I. Mempercepat kemerdekaan Singapura

II. Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

III. Memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak

IV. Merangka perlembagaan untuk mengekalkan kemerdekaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?

I. Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

II. Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri

III. Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

IV. Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Sun Yat Ming dilahirkan di Taiwan pada 1 September 1957. Bapa dan emaknya adalah warganegara Persekutuan.

Pernyataan di atas merujuk kepada perolehan warganegara secara

a)

Naturalisasi

b)

Pendaftaran

c)

Undang-undang

d)

Percantuman wilayah

5.

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?

a)

Dilantik sebagai Menteri Besar

b)

Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah

c)

Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

6.

Yang manakah penyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat Kabinet? (STPM2014)

I. Membincangkan sesuatu dasar awam negara

II. Meluluskan segala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

III. Meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan

Timbalan Menteri

IV. Meluluskan draf rang undang-undang sebelum dibawa

ke Parlimen

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Kuasa pihak berkuasa tempatan ialah?

a)

menutup premis perniagaan yang kotor

b)

mengeluarkan lesen syariakt perniagaan

c)

mengkompaun kesalahan bahasa di papan iklan

d)

menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri

8.

<>* mengawal keadaan inflasi

<>* menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi


pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Kewangan Negara

c)

majlis Tindakan Negara

d)

majlis Pembangunan Negara

9.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

10.

Pernyataan manakah yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan persekutuan menjadi asas kepada undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

11.

Dewan Undangan negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh (STPM2016)

a)

Writ pilihan raya dikeluarkan

b)

Keputusan pilihan raya diwartakan

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan

12.
  • Bilangan penduduk melebihi 300 000 orang
  • Sumber kewangan melebihi RM80 juta
  • Diketuai oleh DAtuk Bandar

Pernyataan diatas berkaitan dengan.....

a)

Majlis Perbandaran

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Bandaraya

d)

Majlis Daerah Luar Bandar

13.

Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan Ketua-ketua Negeri di Malaysia?

I Dipilih oleh Majlis Raja-raja

II menjadi Ketua Agama negeri masing-masing

III merupakan sebahagian daripada Badan Perundangan

IV menolak cadangan pembubaran Dewan Undangan Negerimengikut budi bicara Negeri

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

14.
**Encik K didapati bersalah atas tuduhan membunuh di negeri Sarawak**
Pihak yang akan menjadi pengerusi bagi mengampunkan kesalahan di atas ialah
a)
A. Yang diPertua Negeri Sarawak
b)
B. Yang diPertuan Agong
c)
C. Ketua Hakim Negara
d)
D. Ketua Menteri 
15.
Antara yang berikut, siapakah pentadbir Badan Kehakiman Malaysia?
a)
A. Ketua Hakim Negara
b)
B. Peguam Negara
c)
C. Yang di-Pertuan Agong
d)
D. Ketua Pendaftar  
16.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? (STPM2013)

I. Penentuan jenis mata wang

II. Penangkapan ikan di sungai

III. Pengeluaran lesen pembalakan

IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi . Senarai Persekutuan

· Senarai Negeri

· Senarai Persekutuan


Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan (STPM2019)

a)

A penurunan kuasa

b)

B pemusatan kuasa

c)

C pengasingan kuasa

d)

D pembahagian kuasa

18.

Yang manakah menyebabkan seseorang pemilih hilang kelayakan untuk mengundi?

a)

Disahkan tidak siuman

b)

Dikenakan hukuman penjara selama 11 bulan

c)

Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya

d)

Dalam permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan asing

19.

*Masalah pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian

*Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian terlibat

Penyelarasan ini dibuat oleh (STPM 2015)

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Keselamatan Negara

d)

Majlis Perundingan Negara

20.

Semua pernyataan berkaitan Perdana Menteri (PM) di bawah adalah benar KECUALI

a)

PM mestilah seorang anggota Dewan Rakyat

b)

PM ialah ketua eksekutif negara

c)

PM memegang kuasa eksekutif

d)

PM mempengerusikan Kabinet