Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TAHUN 6 UNIT 1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang perlu dilakukan pada alatan yang telah digunakan untuk membuat projek?

a)

Disenggara

b)

Dibuang

c)

Disimpan

d)

Dibiarkan

2.

Bahagian bertanda manakah akan menjadi panas apabila disambungkan pada punca elektrik?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

3.

Apakah kegunaan alatan tersebut?

a)

Memotong bod lekap

b)

Memotong zink

c)

Memotong wayar

d)

Memotong perspeks

4.

Antara berikut, yang manakah betul mengikut sistem asas elektromekanikal?


I Motor, gegancu, takal

II Motor, gegancu, rantai

III Motor, takal, tali sawat

IV Motor, tali sawat , rantai

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

Mengapakah lakaran projek perlu dibuat dahulu sebelum memulakan projek yang sebenar?

a)

Menentukan reka bentuk projek yang dikehendaki

b)

Menentukan harga projek

c)

Mencantikkan projek

d)

Melengkapkan proses kerja

6.

Apakah perkara akan berlaku jika murid tidak memasang gear pada model kereta yang dibuat ?

a)

Kereta akan bergerak laju

b)

Kereta akan bergerak perlahan

c)

Kereta tidak dapat bergerak

d)

Kereta mengundur ke belakang

7.

APakah yang perlu dilakukan sebelum menyapu glue pada permukaan?

a)

Sapu cat pada permukaan

b)

Bersihkan permukaan

c)

Paku permukaan projek

d)

Panaskan glu

8.

Manakah antara berikut merupakan bahan bukan logam ?

a)

MDF

b)

Zink

c)

Keluli

d)

Kepingan Aluminium

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan PVC

a)

Perspeks

b)

Polivinil Klorida

c)

Perspeks Klorida

d)

Polivinil Perspeks

10.

Bahan ini digunakan secara meluas dalam penghasilan papan iklan, perabot dan plat nombor kenderaan. Apakah bahan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

a)

PVC

b)

Papan lapis

c)

Perspeks

d)

PVC dan Perspeks

11.
Apakah dua alatan tangan yang digunakan dalam kerja seperti gambar di atas?
a)
Gergaji puting dan apit-G
b)
Gergaji tangan dan ragum meja
c)
Gergaji puting dan ragum meja
d)
Gergaji tangan dan apit-G
12.
Alatan seperti dalam gambar, diperolehi di dalam kotak kit model kereta. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan untuk memasang kit model kereta tersebut?
a)
paku
b)
bolt dan nat
c)
skru berkepala alur
d)
skru berkepala Phillips
13.
Apakah nama alatan di atas ?
A  Kunci allen
B  Pemutar skru rata
C  Pemutar skru philip
D  Sepana hujung terbuka
a)
Kunci allen
b)
Pemutar skru rata
c)
Pemutar skru philip
d)
Sepana hujung terbuka
14.
Haritas Sivam menggunakan sejenis alatan tangan untuk mencengkam dan memegang komponen gear yang kecil.   Apakah nama alatan tangan yang digunakan oleh Haritas Sivam? 
a)
Playar muncung tirus
b)
Pemutar skru mata rata
c)
Sepana hujung terbuka
d)
Pemutar skru mata Philip
15.
Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang paling mudah boleh ditanggalkan semula?
a)
Paku panel
b)
Skru Philip
c)
Glu sentuh
d)
Paku kepala rata
16.

Kren yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan menggunakan sistem

a)

Motor, takal dan tali sawat

b)

Motor, takal, gegancu dan tali sawat

c)

Motor, gegancu dan rantai

d)

Motor dan gear

17.

Antara produk berikut, yang manakah tidak menggunakan sistem elektromekanikal?

a)

Basikal elektrik

b)

Kalkulator

c)

Mesin pengadun tepung

d)

Pengelap tingkap automatic

18.

Gambar di sebelah menunjukkan sistem asas elektromekanikal

a)

Motor dan gear

b)

Motor, gegancu dan rantai

c)

Motor dan takal

d)

Motor, takal, dan tali sawat

19.
Apakah rujukan utama sepanjang masa membuat dan menyiapkan penghasilan projek reka cipta?
a)
Buku teks
b)
Buku aktiviti
c)
Buku peraturan bengkel
d)
Buku manual penghasilan projek
20.

Sofian ingin menghasilkan projek berasaskan bahan logam dan bukan logam. Manakah antara bahan berikut yang boleh Sofian pilih ?

a)

keluli dan zink

b)

zink dan PVC

c)

PVC dan perspeks

d)

perspeks dan MDF