wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

3.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

4.

Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

5.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

6.

Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.

a)

pasang badan

b)

pasang telinga

c)

ambil berat

d)

ambil hati

7.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

8.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap ________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

9.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

10.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur di hujung tanduk

11.

Di mana bumi dipijak, (a)   .

12.

Masuk kandang kambing mengembek, (a)   .

13.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, (a)   .

14.

(a)   , tak lekang dek panas.

15.

(a)   kalau tidak ke nasi.

16.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)  

17.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)  

18.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)  

19.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)  

20.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)