wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEM 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berikut merupakan ciri asas sesebuah negara?

I. Mempunyai seorang raja yang berdaulat

II. Mempunyai penduduk yang tetap

III. Mempunyai sempadan yang tertentu

IV. Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?

a)

Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

b)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

c)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal baharu

3.

Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

a)

Tempoh perkhidmatan anggota tamat setelah usianya menjangkau 60 tahun

b)

Bayaran saraan ditentukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

c)

Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

d)

Pemecatan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

4.

Yang manakah di antara penyelesaian berikut yang akan digunakan jika terdapat percanggahan di antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang Persekutuan yang bercanggah akan dibatalkan

b)

Undang-undang yang bercanggah itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-raja

c)

Undang-undang Persekutuan & undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

d)

Udang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja

5.

Pernyataan yang manakah benar tentang Kabinet Kerajaan Persekutuan?

I. Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah

II. Kabinet berfungsi mengawal Kerajaan Negeri

III. Dasar dan arahan kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara

IV. Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Yang manakah benar tentang Yang Dipertua Negeri?

I. Memperkenankan kelulusan undang-undang negeri

II. Merupakan komponen Badan Perundangan Negeri

III. Mempunyai kuasa memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja

IV. Menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah berikut merupakan tujuan utama Akta Kerajaan Tempatan 1976 digubal?

I. Mengurangkan kuasa autonomi Kerajaan Tempatan

II. Mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan wang

III. Mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap

IV. Memudahkan Kerajaan Negeri mengawal kegiatan Kerajaan Tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

9.

Yang manakah faktor yang mempengaruhi pemberian peruntukan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri?

I. Panjang jalan raya

II. Luas kawasan

III. Bilangan penduduk

IV. Hasil kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Yang manakah padanan yang betul tentang jawatan dan pihak yang melantiknya?

Jawatan Dilantik oleh

I Majistret -Raja atau ang Dipertua negeri

II Pengerusi SPR -Perdana Menteri

III Ketua Polis Negara -YDPA

IV Setiausaha Dewan Rakyat -Speaker Dewan Rakyat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Yang manakah benar tentang Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama?

a)

Senarai Persekutuan - Kebajikan Masyarakat / Senarai Bersama - Penerbitan Akhbar

b)

Senarai Persekutuan - Perparitan dan Pengairan / Senarai Bersama - Kebudayaan dan Sukan

c)

Senarai Persekutuan - Penerbitan Akhbar / Senarai Bersama - Kebajikan Masyarakat

d)

Senarai Persekutuan - Biasiswa / Senarai Bersama - Pelancongan

12.

Yang manakah benar tentang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja?

I. Merupakan Setiausaha Majlis Raja-raja

II. Menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal agama Islam

III. Memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

IV. Pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Menambah baik tatacara pentadbiran kerajaan Melaksanakan kajian tentang sistem dan pengurusan pejabat Mewujudkan kecekapan jentera pentadbiran


Pernyatan di atas merujuk kepada tanggungjawab

a)

Perbendaharaan

b)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

c)

Unit Kerjasama Awam dan Swasta

d)

Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia

14.
  • Memberikan nama jalan
  • Mengeluarkan lesen pusat hiburan


Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam tugasan di atas ialah

a)

Pihak Berkuasa Tempatan

b)

Pejabat Tanah dan Daerah

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

15.

Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara

a)

melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan

b)

penggunan sumber yang ekonomik

c)

prosedur kerja yang lebih kompleks

d)

meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam