wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Ulangkaji Ting 4 Bab 4

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Puan Maria merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.

Apakah tugas beliau?

a)

Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna

b)

Meningkatkan tahap pengeluaran produk

c)

Membuat penyata kewangan syarikat

d)

Menyelia fail dan dokumen syarikat

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.

· Menyediakan sebut harga

· Memberi khidmat teknikal kepada pengguna


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Jualan

b)

Kewangan

c)

Pemasaran

d)

Pengagihan

3.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.


Bahagian Fungsian - P

Peranan - Memastikan keselamatan sistem


Apakah P?

a)

Pengagihan

b)

Khidmat pelanggan

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

4.

Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?

a)

Mengurangkan persaingan

b)

Meluaskan liputan persaingan

c)

Memudahkan jualan kredit

d)

Mengurangkan risiko penyelewengan

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam gambar di atas.


Apakah risiko yang dihadapi oleh peniaga sekiranya menggunakan saluran tersebut?


I Pasaran yang terlalu luas

II Komen negatif terhadap produk

III Terdedah kepada penipuan bayaran

IV Meningkatkan kos promosi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.


· Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga

· Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan

· Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya


Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara tersebut?

a)

Kewangan

b)

Pemasaran

c)

Sumber manusia

d)

Khidmat pelanggan

7.

Gambar 2 berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Penyelidikan dan pembangunan

8.

Encik Daniel menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran.


Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Khidmat pelanggan

d)

Penyelidikan dan pembangunan

9.

Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?

a)

Pengurus belian

b)

Penyelia jualan

c)

Penyelaras ICT

d)

Pegawai kredit

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.

· Menentukan pemilihan pembekal

· Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang

Apakah bahagian fungsian yang terlibat?

a)

Pengeluaran

b)

Pemasaran

c)

Pembelian

d)

Pengagihan

11.

Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan pengesahan pembelian barangan?

a)

e-dagang

b)

e-banking

c)

e-pemasaran

d)

e-government

12.

Bahagian fungsian manakah yang dapat membantu peniaga menjual produknya secara atas talian?

a)

Teknologi maklumat dan komunikasi

b)

Pengurusan pelanggan

c)

Pengagihan

d)

Pemasaran

13.

Encik Rahim seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada pemborong Hidayah setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek.


Encik Rahim terlibat dalam interaksi dengan

a)

Bank

b)

Pembekal

c)

Pelanggan

d)

Agensi kerajaan

14.

Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi luar?


I Menambah sumber perniagaan

II Mewujudkan jaringan perniagaan

III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan

IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pernyataan manakah yang betul tentang fungsian pengurusan pelanggan?

a)

Menambah baik produk sedia ada

b)

Menghasilkan barang melalui proses menukarkan input

c)

Melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai visi dan misi

d)

Menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan pengguna

16.

Pernyataan manakah yang menerangkan fungsian penyelidikan dan pembangunan?

a)

Menambah baik produk sedia ada

b)

Menukarkan input menjadi barang

c)

Menggalakkan berlaku pertukaran barang

d)

Menggunakan alat transaksi untuk pertukaran barang

17.

Mengapakah bahagian fungsian pembelian penting dalam organisasi perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan

b)

Mencetak dan mengedarkan bahan risalah

c)

Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap

d)

Memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan produk di pasaran

18.

Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?

a)

Meningkatkan persaingan perniagaan

b)

Memudahkan pelanggan mencuba barang

c)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

19.

Pernyataan berikut berkaitan dengan bahagian fungsian pengagihan.


Encik Abu mendapatkan

stok baju daripada A & Z Enterprise dan menjualnya di pasar malam.


Apakah saluran agihan yang digunakan?

a)

Pengeluar \rightarrow Pengguna

b)

Pengeluar \rightarrow Peruncit \rightarrow Pengguna

c)

Pengeluar \rightarrow Ejen \rightarrow Peruncit \rightarrow Pengguna

d)

Pengeluar \rightarrow Pemborong \rightarrow Peruncit \rightarrow Pengguna

20.

Antara yang berikut yang manakah peranan bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Menghasilkan produk melalui proses tambah nilai

b)

Mempromosikan produk yang dikeluarkan

c)

Menjana idea berpotensi untuk pembangunan produk

d)

Mengenalpasti sasaran pasaran produk yang dikeluarkan