WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TING. 2 PASCA COVID-19 11.11.2020
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah merupakan hak wanita?
Hak untuk mendapat ancaman.
Hak untuk mendapat pendidikan.
Hak untuk mendapatkan keperluan asas.
Hak untuk menikmati kehidupan yang normal.
Mengapakah majikan perlu menghormati hak wanita?
Menjaga maruah wanita.
Mereka perlu bersikap terbuka.
Mengelakkan wanita daripada dianiayai.
Wania mempunyai kemahiran yang tidak setaraf dengan lelaki.
Antara berikut, yang manakah merupakan hak pengguna?
Hak untuk mendapat cuti.
Hak untuk membuat pilihan.
Hak untuk mendapat upah dan gaji.
Hak untuk mendapat peluang yang sama.
Antara berikut, yang manakah merupakan hak orang kurang upaya?
Hak untuk dihormati.
Hak untuk menyuarakan pendapat.
Hak untuk mendapat peluang kenaikan pangkat.
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan.
Nyatakan kepentingan melindungi hak pekerja.
Mengelakkan golongan ini terpinggir daripada masyarakat.
Membantu untuk hidup berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.
Melindungi daripada bahaya yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan
Membolehkan mendapat gaji dan kemudahan yang setimpal dengan pekerjaan.
Badan kerajaan manakah yang ditubuhkan untuk melindungi hak pekerja?
Kementerian Sumber Manusia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah ...
menetapkan gaji minimum.
memberikan perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat.
menyediakan pelbagai kemudahan, peluang pendidikan dan kemahiran OKU.
Apakah peranan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)?
Berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.
Membela nasib pekerja dalam isu seperti penyelarasan gaji.
Berjuang untuk hak wanita, khususnya keganasan terhadap wanita.
Menyediakan program pembangunan komuniti dan khidmat kaunseling untuk orang pekak.
Badan Bukan Kerajaan untuk melindungi hak wanita, hak pengguna, hak orang kurang upaya dan hak pekerja.
PERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITA (WAO)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Rakyat Malaysia juga mempunyai peranan dalam melindungi hak asasi manusia, apakah peranan tersebut?
Membuat laporan sekiranya ternampak penipuan yang dilakukan oleh peniaga terhadap pengguna.
Mengelakkan diri dalam aktiviti atau program badan kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja.
Membuat aduan sekiranya mengetahui penderaan dan diskriminasi dilakukan terhadap golongan wanita dan orang kurang upaya.
Melaksanakan kewajipan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti OKU dan wanita miskin.
Nilai universal yang perlu diamalkan oleh setiap individu untuk bersama-sama melindungi hak asasi manusia adalah ...
(a)
Nyatakan perasaan anda apabila dapat memainkan peranan dalam melindungi hak wanita, hak pengguna, hak OKU dan hak pekerja.
(a)
Pilih akta yang betul untuk melindungi pengguna.
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (1973)
Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973)
Akta Orang Kurang Upaya 2008
Akta Kerja 1955
Huraikan kepentingan melindungi hak wanita.
Menaikkan semangat mereka.
Melindungi pengguna daripada dieksploitasi pengeluar.
Membantu wanita untuk hidup berdikari tanpa bergantung pada orang lain.
Memberikan laluan dan memudahkan kaum wanita membangunkan potensi diri.
Nyatakan Badan Kerajaan yang melindungi hak wanita, pengguna, orang kurang upaya dan pekerja.
MFD
WAO
FOMCA
KPDNKK
