wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Online 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Definasi yang tepat BAHAN PENDINGIN ialah:

a)

Jumlah gas dalam sistem penyaman udara.

b)

Penyerap haba dalam sistem penyejukan & penyamanan udara.

c)

Perubahan bentuk dari cecair kepada gas.

d)

Udara sejuk yang boleh merendahkan suhu bilik.

2.

Berikut ialah sifat bahan pendingin KECUALI:

a)

Tidak beracun.

b)

Tidak berkarat.

c)

Boleh mengkakis.

d)

Tidak berbau.

3.

Manakah antara berikut mewakil bahan pendingIn R12.

a)
b)
c)
d)
4.

Pemampat jenis________biasanya digunakan untuk sistem peti sejuk domestik

a)

Putar

b)

Salingan

c)

Skru

d)

Bilah

5.

Kelebihan refrigerant Ammonia adalah seperti berikut KECUALI

a)

Ammonia tidak beracun dan selamat digunakan dalam semua industri

b)

Dapat digunakan dengan minyak mineral,kurang sensitif terhadap kandungan air dalam sistem.

c)

Mempunyai kecekapan tenaga yang lebih baik semasa pemampat bekerja

d)

Mempunyai komposisi termodinamik yang unggul khasnya dalam pemindahan haba berbanding CFCs, HCFCs dan HFCs

6.

Berikut merupakan kelemahan R134a kecuali

a)

Perlu lakukan modifikasi pada sistem penyejukan jika ingin menukar R12 ke 134a

b)

Bahan kimia yang stabil

c)

Lebih mahal

d)

Masih mempunyai nilai potensi pemanasan global

7.

Nama-nama lain bagi bahan pendingin kecuali

a)

Freon

b)

Genetron

c)

Alkyl benzene

d)

Isotron

8.

Pump down ialah proses mengasingkan minyak dan bahan pendingin. Ia adalah untuk mengelak kerosakan pada pemampat penyaman udara.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Manakah kumpulan bahan pendingin yang bersifat toksik, agak mudah terbakar dan menggangu keselesaan manusia jika tersedut.

a)

Kumpulan pertama

b)

Kumpulan ketiga

c)

Kumpulan kedua

d)

Kumpulan keempat

10.

Tujuan melakukan pump down ialah bagi mengelakkan pembaziran bahan pendingin semasa pemindahan lokasi unit luar dan unit dalam

a)

Betul

b)

Salah

11.

____________adalah mesra alam kerana ODP - 0,GWP - 3, jenis isobutene , takat didih yang tinggi memberikan tekanan evaporator rendah dan suhu discharge yang rendah

a)

R32

b)

R134a

c)

R600a

d)

Ammonia

12.

Apakah fungsi bahan pendingin?

a)

menyerap haba

b)

membebaskan haba

c)

membawa udara sejuk

d)

tiada fungsi

13.

Semasa pengendalian bahan pendingin, kita haruslah memakai pakaian PPE berikut

a)

Topi keselamatan dan apron keselamatan

b)

Alat pelindung telinga keselamatan dan topi keselamatan

c)

Sarung tangan keselamatan dan cermin mata keselamatan

d)

Kasut keselamatan dan apron keselamatan

14.

Apakah nama bahan pendingin R-22?

a)

Monoflorodiflorometena

b)

Trikloromono Florometana

c)

Diklorodiflorometana

15.

Gas apakah ini?

a)

R22

b)

R12

c)

R134A

d)

R410A

16.

Gas apakah ini?

a)

R410A

b)

R404A

c)

R407C

d)

R102B

17.

Apakah jenis silinder ini?

a)

Silinder Servis

b)

Silinder Penyimpanan

c)

Silinder Buangan

18.

Apakah jenis silinder ini?

a)

Silinder Servis

b)

Silinder Penyimpanan

c)

Silinder Buangan

19.

Apakah jenis silinder ini?

a)

Silinder Servis

b)

Silinder Penyimpanan

c)

Seilinder Buangan

20.

Apakah nama alat ini?

(a)  

21.

“Gas ini digunakan di Malaysia dalam pelbagai sector industry seperti pendingin hawa, peti sejuk, foams, alat memadam kebakaran dan bahan pelarut.


Berdasarkan pernyataan di atas. Namakan jenis gas yang dimaksudkan dan diklasifikasikan bahan kawalan di bawah lampiran C/kumpulan 1 pada perjanjian Montreal .


I. HC

II. HFC

III. CFC

IV. HCFC

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

“Bahan ini terdiri daripada atom-atom hydrogen, klorin, fluorin dan karbon, ia digunakan secara meluas di dalam system penyejukkan, foam, aerosol dan fire fighting bagi. Bahan digunakan bagi mengantikan CFC pada tahun 1990”


Namakan gas yang dimaksudkan di atas.

a)

HC

b)

HFC

c)

HCFC

d)

HFE BLEND

23.

Berapakah atom oksigen bagi membentuk satu molekul ozon di stratosfera?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

24.

Nyatakan bahan-bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan Refrigeran R-12?

a)

Klorin dan Florin

b)

Klorin, Florin dan Karbon

c)

Hidrogen, Florin dan Kalsium

d)

Hidrogen, Klorin, Florin dan Karbon

25.

Pilih diantara berikut kumpulan refrigerant yang tidak mengandungi klorin?

a)

CFC

b)

HFC

c)

HCFC

d)

ODC

26.

ODP stands for

a)

Outdoor Dangerous Pollution

b)

Over Demanding Protocol

c)

Ozone Depletion Protocol

d)

Ozone Depletion Potential

27.

Apakah yang ditakrifkan oleh penyaman udara?

a)

Mengawal suhu.

b)

Mengawal beban lampau.

c)

Mengawal kebersihan penyaman udara.

d)

Mengawal kekotoran pada penyaman udara.

28.

Bagaimanakah cara membersihkan kekotoran yang melekat pada coil evaporator penyaman udara?

a)

Sembur dengan bahan nitrogen mampat.

b)

Sembur dengan udara mampat dari mesin pemampat udara.

c)

Buka siripnya dan cuci dengan air atau bahan pencuci habuk.

d)

Menyembur dengan bahan pencuci habuk dan dihembuskan dengan mesin penyembur udara

29.

Apakah Alat yang digunakan untuk melakukan kerja mengecas sistem penyejukan?

a)

Manifold gauge

b)

Stop valve gauge

c)

Service valve gauge

d)

Charging valve gauge

30.

Apakah maksud keselesaan udara?

a)

Zon selesa udara bilik sentiasa optimum

b)

Perbezaan suhu antara dalaman dan luaran adalah hampir 20 ºC

c)

Perbezaan suhu optimum antara dalaman dan luaran adalah 5 - 10 ºC

d)

Haba dan suhu sejuk boleh membuatkan manusia merasakan keselesaan dengan suhu

udara.

31.

Apakah fungsi pemampat pada sistem penyaman udara?

a)

Proses penyerapan haba

b)

Proses penyingkiran atau pembuangan haba

c)

Proses pengawalan dan pengembangan bahan pendingin

d)

Proses mampatan wap bahan pendingin daripada tekanan rendah dan suhu rendah kepada tekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

32.

Bagaimanakah cara untuk menentukan kesesuaian antara unit penyaman udara dan bilik?

a)

Membeli penyaman udara secara rambang.

b)

Beban penyejukan bergantung pada suhu ambient.

c)

Kiraan beban penyejukan yang tetap cukup penting.

d)

Mengawal suhu bilik dengan menggunakan suhu bebuli kering.

33.

Apakah fungsi pemeluwap pada sistem penyaman udara?

a)

Proses penyerapan haba

b)

Proses penyingkiran atau pembuangan haba

c)

Proses pengawalan dan pengembangan bahan pendingin

d)

Proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada tekanan tinggi

34.

Mengapakah kerja vakum pada penyaman udara perlu dilakukan?

a)

Membuang gas oksigen di dalam sistem pemaipan.

b)

Membuang minyak yang ada di dalam sistem pemaipan.

c)

Membuang gas karbon dioksida di dalam sistem pemaipan.

d)

Membuang udara dan bendasing di dalam sistem pemaipan.

35.

Apakah kesan ke atas unit penyaman udara sekiranya thermostat gagal berfungsi dengan baik?

a)

Menjimatkan elektrik.

b)

Evaporating unit akan berhenti beroperasi.

c)

Condensing unit akan berhenti beroperasi.

d)

Unit penyaman udara akan beroperasi tanpa “cut off”.

36.

Apakah fungsi peranti pemeteran?

a)

Membuang haba

b)

Menyejukkan penyaman udara

c)

Menyerap haba dari bahan pendingin

d)

Mengawal kadar aliran cecair bahan pendingin dalam kitar penyejukan

37.

Apakah punca pemampat penyaman udara henti hidup ketika beroperasi?


I. Voltan rendah.

II. Pemampat kotor dan tersumbat.

III. Kipas tergesel dengan permukaan.

IV. Aliran udara tersekat melalui pemeluap.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

38.

Apakah Fungsi condenser sebuah unit penyaman udara?

a)

untuk meninggikan suhu dan tekanan refrigerant

b)

untuk menyerap dan membuang haba dari compressor

c)

sebagai tempat kitaran gas refrigerant bersuhu dan tekanan tinggi

d)

sebagai tempat untuk memindahkan haba oleh refrigerant ke sekeliling

39.

Apakah kesan kebocoran gas kepada alam sekitar ?

a)

Menambah oksigen

b)

Menipiskan lapisan ozon

c)

Penghasilan karbon dioksida

d)

Unit penyaman udara semakin sejuk

40.

Apakah pulau haba?

a)

Keadaan dimana suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

b)

Keadaan dimana suhu di kawasan bandar lebih rendah berbanding kawasan luar bandar.