wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Total questions: 38

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Ayat tunggal mengandungi satu .... dan satu ...

a)

subjek .... predikat

b)

subjek ... objek

c)

predikat ... keterangan predikat

d)

subjek .... penanda wacana

2.

Apakah maksud subjek?

a)

bahagian ayat yang diterangkan

b)

bahagian ayat yang menerangkan

c)

terdiri daripada frasa nama

d)

bahagian ayat yang menceritakan perihal orang, benda, tempat atau perkara

3.

Kata hubung untuk ayat majmuk komplemen ialah.....

a)

yang , kerana

b)

untuk , bahawa

c)

dan , tetapi

d)

ialah, adalah

4.

Tiga jenis ayat majmuk pancangan ialah ...

a)

ayat gabungan

b)

ayat komplemen

c)

ayat keterangan

d)

ayat relatif

5.

Ayat majmuk campuran ialah ...

a)

gabungan dua ayat majmuk

b)

gabungan dua predikat

c)

gabungan dua ayat tunggal

d)

gabungan dua subjek

6.

Ayat yang digabungkan atau dicantumkan dengan kata hubung seperti , dan, atau, tetapi, dan sebagainya ialah jenis ayat majmuk

a)

Ayat majmuk relatif

b)

Ayat majmuk pancangan

c)

Ayat majmuk gabungan

d)

Ayat majmuk komplemen

7.
  • Ayat relatif
  • Ayat komplemen
  • Ayat keterangan

... ialah jenis ayat majmuk

a)

Gabungan

b)

Campuran

c)

Pancangan

d)

Pindaan

8.
Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 
a)
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
b)
ayat terbitan, ayat keterangan, ayat relatif.
c)
ayat penyata, ayat terbitan, ayat suruhan.
d)
ayat relatif, ayat komplemen, ayat tunggal.
9.

Ayat majmuk ... mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks.

a)

Pancangan

b)

Gabungan

c)

Campuran

d)

Keterangan

10.

Ayat majmuk pancangan ... ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".


Aina berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

a)

Relatif

b)

Keterangan

c)

Komplemen

d)

Gabungan

11.

Pilih ayat tunggal

a)

Adik saya amat gemar membaca novel.

b)

Kakak gemar makan buah durian.

c)

Ibu hendak ke pasar atau ke pejabat?

d)

Doktor itu sedang merawat pesakit.

12.

Pilih ayat majmuk.

a)

Ibu membeli daging ayam di kedai itu.

b)

Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.

c)

Perompak itu berjaya melepaskan diri.

d)

Dia melancong ke Langkawi selepas pulang dari percutiannya di Bangkok.

13.

Pilih ayat majmuk.

a)

Alysia pemalu tetapi aktif dalam bidang sukan olahraga.

b)

Kamilah tidak suka akan kucing.

c)

Ai Ling memakai baju kebaya berwarna merah hati.

d)

Ibu memasak gulai sementara adik memotong sayur.

14.

Tukarkan ayat majmuk berikut kepada dua ayat tunggal.


Tun Mahathir gemar membaca akhbar sambil minum kopi.

a)

Tun Mahathir gemar membaca akhbar.

b)

Tun Mahathir minum kopi.

c)

Sambil minum kopi.

d)

Tun Mahathir membaca akbar

15.

Tukarkan ayat majmuk berikut kepada beberapa ayat tunggal.


Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah terletak di Sungkai, Perak menawarkan lokasi menarik untuk aktiviti riadah dilakukan bersama dengan keluarga.

a)

Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah terletak di Sungkai, Perak

b)

Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah menawarkan lokasi menarik.

c)

Aktiviti riadah dilakukan bersama dengan keluarga.

d)

Ada lokasi menarik untuk aktiviti riadah.

16.

Gabungkan dua ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk.


Jalan dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan di sana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

d)

Jalan itu ditutup sementara waktu kerana dinaiki air.

17.

Gabung dua ayat tunggal berikut menjadi satu ayat majmuk.


Penduduk kampung terkejut.

Penduduk kampung terdengar bunyi ngauman harimau dari pinggir hutan itu.

a)

Penduduk kampung terkejut kerana terdengar bunyi ngauman harimau dari pinggir hutan itu.

b)

Penduduk kampung terkejut tatkala terdengar bunyi ngauman harimau dari pinggir hutan itu.

c)

Penduduk kampung terperanjat semasa terdengar bunyi ngauman harimau dari pinggir hutan itu.

d)

Penduduk kampung dari pinggir hutan itu terkejut mendengar bunyi ngauman harimau.

18.

"Pandalela Renong berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh atau renang?"


Ini ayat tunggal atau ayat majmuk?

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

c)

Tidak pasti

d)

Tidak tahu

19.

Ahmad dan Anwar gemar berbasikal tetapi tidak suka berenang.


Tandakan ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat majmuk di atas.

a)

Ahmad gemar berbasikal.

b)

Anwar gemar berbasikal.

c)

Ahmad tidak suka berenang.

d)

Anwar tidak suka berenang.

20.

Cerakin ayat majmuk kepada ayat tunggal.


Tun Muhyiddin Yassin sedang berucap sambil tersenyum mesra.

a)

Tun Muhyiddin Yassin sedang berucap.

b)

Tun Muhyiddin Yassin tersenyum mesra

c)

Tun Muhyiddin Yassin berucap.

d)

Tun Muhyiddin Yassin mesra.

21.

Para penumpang dan krew bertugas berasa cemas ... pesawat yang dinaiki mereka itu bergegar dengan kuat ketika di udara.

a)

walaupun

b)

sementara

c)

setelah

d)

apabila

22.

Ayat tunggal ialah ayat yang tidak mengandungi __________

a)

subjek

b)

predikat

c)

kata hubung

d)

majmuk

23.

Dua atau lebih ayat tunggal digabungkan oleh ....................... untuk membentuk ayat majmuk.

a)

kata dasar

b)

ayat terbitan

c)

kata hubung

d)

kata kerja

24.

Ayat majmuk mengandungi ________________ yang berfungsi menggabungkan ayat-ayat tunggal.

a)

Kata kerja

b)

Kata sifat

c)

Kata dasar

d)

Kata hubung

25.

Ayat majmuk merupakan gabungan dua atau lebih ayat_______________

a)

tanya

b)

kerja

c)

tunggal

d)

seru

26.

Antara yang berikut yang manakah bukan ayat majmuk pancangan ?

a)

Amri menikmati makanan yang terhidang di atas meja semasa berbuka puasa.

b)

Ali dan Abu diberitahu bahawa bilik itu tidak berpenghuni tetapi kedengaran bunyi telapak kaki setiap malam seakan menidakkan kenyataan itu.

c)

Ali menyatakan bahawa tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan perbalahan

d)

Daniel memakai baju yang berwarna kuning itu.

27.

Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini?

a)

Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

b)

Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

c)

Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.

d)

Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

28.

Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

a)

Kakak saya amat meminati tarian Zapin.

b)

Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

c)

Awak hendak ke pasar atau klinik?

d)

Ayah sedang membasuh kereta.

29.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berdiri di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berdiri gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berdiri di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berdiri di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

30.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah kecuali Niana.

a)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab.

Murid Tingkatan Satu Akrab ialah Niana.

b)

Semua murid TIngkatan Satu Akrab hadir ke sekolah.

Niana tidak hadir ke sekolah.

c)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab ke sekolah.

Niana juga hadir ke sekolah.

31.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Kami mendapat berita.

Ava telah memenangi pertandingan video pendek itu.

a)

Kami mendapat berita gembira bahawa Ava telah memenangi pertandingan video itu.

b)

Kami mendapat berita bahawa Ava telah memenangi pertandingan video pendek.

c)

Kami mendapat berita bahawa Ava telah memenangi pertandingan video pendek itu.

32.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Dia terkejut.

Dia terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

a)

Dia terkejut kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

b)

Dia terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

c)

Dia terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.

33.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jarjit telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

a)

Jarjit dan Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

b)

Jarjit bersama Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

c)

Jarjitatau Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.

34.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Pasukan Manchester United akan berhenti menjalani latihan bola sepak ________hujan bertambah lebat.

a)

apabila

b)

setelah

c)

jika

35.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Lisa tidak berputus asa ___________ dia gagal dalam temuduga tersebut.

a)

semasa

b)

walaupun

c)

kerana

36.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Dia membuka pintu almari biru itu ________ mengambil baju lengan panjang miliknya.

a)

lalu

b)

sekiranya

c)

dengan

37.

Bashirah mengambil buku lalu membacanya.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

38.

Adik suka makan buah-buahan tetapi tidak suka sayur-sayuran.


Tandakan ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat majmuk di atas.

a)

Tetapi suka buah-buahan.

b)

Adik suka makan buah-buahan.

c)

Tetapi tidak suka sayur-sayuran.

d)

Adik tidak suka sayur-sayuran.