WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Negara yang berdaulat ialah......
negara yang bebas daripada penjajahan
negara yang tiada campur tangan dari mana-mana negara lain
negara yang berupaya mengurus hal ehwal negara sendiri
negara yang bebas memerintah negara sendiri
Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain mengikut......
peraturan negara dan negara lain
undang-undang negara lain
perlembagaan negara Malaysia
norma masyarakat Malaysia
Malaysia mengamalkan dasar luar untuk berbaik-baik dengan negara semua negara di dunia.
Ya
Tidak
Matlamat dasar luar Malaysia ialah.....
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Ciri-ciri negara berdaulat....
Merdeka
Berintegriti Nasional
Baik hati
Bebas bersuara tanpa batasan
Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu ialah...
31 Ogos 1957
31 Ogos 1958
22 Julai 1963
16 September 1963
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara.
Ya
Tidak
Maksud warna pada Jalur Gemilang;
Warna Merah - gagah berani
Warna Putih - suci murni
Warna Kuning pada bulan dan bintang - warna diraja melambangkan Raja-raja Melayu
Warna Biru Tua - perpaduan rakyat, bersatu padu memajukan negara
Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 dan menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
Ya
Tidak
Lima bilah keris pada Jata Negara merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu...
Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perlis & Negeri Sembilan
Melaka, Johor, Perak, Perlis & Kedah
Kelantan, Johor, Sabah, Sarawak, Perak
Johor, Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu
Dua ekor harimau pada Jata Negara Malaysia merupakan simbol....
Kemegahan
Kekuatan
Keberanian
Kegagahan
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menjelakan bahawa Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.
Ya
Tidak
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa.....
31 Ogos 1957
13 Mei 1969
16 September 1963
31 Ogos 1958
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang menyayat hati kerana berlaku....
pergaduhan jiran tetangga di Malaysia
rusuhan kaum yang menggugat perpaduan antara kaum Malaysia
perebutan kuasa pemerintah di Malaysia
tiada kerjasama antara pemimpin negara untuk membangunkan negara Malaysia
Pemerintahan Raja Berpelembagaan ialah...
sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab sebagai ketua negara
Pentadbiran negara pula bersandarkan perlembagaan
Rakyat yang memerintah negara
Nyataka tiga kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.
Meningkatkan semangat patriotik
Negara bebas menjajah negara lain
Mengekalkan kestabilan politik
Maruah negara terpelihara
Cara meningkatkan semangat patriotik ialah...
menanam semangat cintakan negara
menanam perasaan cinta kepada raja dan negara
setia pada raja dan negara
sanggup berkorban untuk negara
Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kemerdekaan negara?
elak campur tangan kuasa asing dalam politik negara
tidak melakukan salah guna kuasa
melaksanakan sistem pemerintahan yang stabil
menjaga kepentingan diri sahaja
Tandakan unsur-unsur subversif yang boleh menggugat kestabilan negara.
bersubahat dengan musuh negara
membocorkan rahsia kerajaan
menganggotai pertubuhan pengganas
bercakap dengan rakan semasa menyayikan lagu Negaraku
Nyatakan usaha yang dapat meningkatkan semangat patriotik terhadap negara.
Menyertai kempen kesedaran meningkatkan semangat perpaduan
Mengikuti program pada Bulan Kemerdekaan
Menyertai aktiviti yang meningkatkan semangat cintakan negara
