wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa : Latihan 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah BUKAN peribahasa?

a)

perumpamaan

b)

bidalan

c)

simpulan bahasa

d)

pepatah

e)

bahasa kesat

2.

Peribahasa apa yang bermaksud "mempunyai kemahuan atau keinginan" ?

a)

Ada jalan

b)

Ada hati

c)

Ada bakat

d)

Ada air, adalah ikan

3.

Terdapat peribahasa dalam bait lirik lagu filem Paskal, apakah maksud peribahasa "air beriak tanda tak dalam"?

a)

Sedalam mana ilmu itu, akal manusia boleh mencapainya

b)

Walaupun air dalam tapi mampu diselam

c)

Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu

d)

Sedalam-dalam air, dalam lagi akal fikiran

4.

"Pakai yang baik, yang tak baik dibuang" sesuai dengan peribahasa apa?

a)

Habis madu sepah dibuang

b)

Buang yang keruh ambil yang jernih

c)

Nila setitik rosak susu sebelanga

d)

Ambil pati, buangkan ampas

5.

Dalam simpulan bahasa 'hati', yang manakah bermaksud "hati yang baik"?

a)

Hati Emas

b)

Hati Perut

c)

Hati Waja

d)

Hati Kecil

6.

Dalam peribahasa tentang "harimau", yang manakah bermaksud "Orang yang menunjukkan kekuatannya"?

a)

Harimau ditakuti sebab giginya

b)

Harimau mati kerana belangnya

c)

Harimau menunjukkan belangnya

d)

Taring harimau berantai bisanya

7.

Perumpamaan manakah yang membawa maksud "simpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah"?

a)

Ibarat perahu takkan karam sebelah

b)

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali

c)

Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim

d)

Ibarat beban, belum lepas daripada bahu

8.

Dalam simpulan bahasa berikut yang manakah bermaksud 'degil'?

a)

Kepala Otak

b)

Kepala Batu

c)

Kepala Angin

d)

Kepala Berat

9.

Apakah maksud simpulan bahasa 'hentam kromo'?

a)

Membuat sesuatu kerja dengan gopoh-gapah

b)

Membuat sesuatu kerja dengan sesuka hati

c)

Membuat sesuatu benda tanpa ikut arahan

d)

Membuat sesuatu kerja dengan panduan berbeza

10.

Cristioano Ronaldo merupakan ayam tambatan bagi pasukannya. Apakah maksud simpulan bahasa tersebut?

a)

Orang harapan yang paling mahal dibeli

b)

Orang harapan bagi keluarganya

c)

Orang harapan negara dan bagsanya

d)

Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan

11.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud "membantu antara satu sama lain"?

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Bagai isi dengan kuku

d)

Bagai pinang dibelah dua

12.

Ibu adalah insan yang paling mulia dalam hidup kita, peribahasa 'ibu' manakah yang membawa maksud, "orang tua yang bersikap seperti orang muda"?

a)

Ibu muda

b)

Ibu pertiwi

c)

Ibu keladi

d)

Ibu bergetah

13.

Peribahasa yang manakah bermaksud "jawapan atau sindiran yang tidak tepat"?

a)

Jauh ganggang dari api

b)

Jauh pagar dari api

c)

Jauh pinggang dari api

d)

Jauh panggang dari api

14.

Azmira menyatakan ___________nya kepada Azman yang juga merupakan ____________ bagi dirinya.

a)

buah fikiran, buah hati

b)

isi hati, buah hati

c)

curi hati, buah hati

d)

curi hati, mata air

15.

Pengurus kilang tersebut sangat ___________ sifatnya kerana memandang rendah dan memperlekehkan pekerja bawahannya. Simpulan bahasa manakah yang TIDAK sesuai untuk ayat ini?

a)

Besar diri

b)

Hidung tinggi

c)

Tinggi hati

d)

Cakap besar