WorksheetsPPC 2020 K1 TERENGGANU
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia
A Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan masa depan
B Menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber
ekonomi yang ada
C mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin
D Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor
pengeluaran secara maksimum
Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran
Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?
A Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam proses pengeluaran
B Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran
C Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
D Membenarkan orang lain menguruskan untungnya
Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran Firma MN
Apakah yang berlaku pada titik R, T dan U?
A Tingkat teknologi tidak mencukupi
B Ekonomi tidak mencapai guna tenaga penuh
C Tidak berlaku masalah kos lepas dalam membuat pilihan
D Berlaku kecekapan ekonomi dalam mengeluarkan makanan dan pakaian
Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh Syarikat ACE
● Mengeluarkan barang dengan cara
memaksimumkan
keuntungan dan meminimumkan kos
● Bergantung kepada corak agihan pendapatan
Antara berikut, masalah asas ekonomi manakah yang dapat diselesaikan oleh Syarikat ACE?
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Untuk siapa hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
● Persaingan bebas antara firma
● Kawalan oleh kerajaan melalui sistem cukai dan subsidi
Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi
A Perancangan pusat
B Campuran
C Kapitalis
D Islam
Jadual berikut menunjukkan permintaan Zainab dan Abim terhadap suatu barang.
Berapakah permintaan pasaran pada tingkat harga RM 2 ?
9
18
23
33
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.
Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?
A Harga barang itu meningkat
B Pendapatan pengguna menurun
C Harga barang pengganti menurun
D Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan
Situasi berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran rumah.
SITUASI : Tingkat teknologi meningkat
Titik koordinat yang manakah menunjukkan kesan perubahan penentu penawaran tersebut?
Titik A
Titik B
Titik C
Titik D
Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran buah manggis di pasaran.
Pilih pernyataan yang benar.
A Pada tingkat harga RM 5, berlaku lebihan permintaan sebanyak 25 kg
B Pada tingkat harga RM 10, berlaku lebihan penawaran sebanyak 10 kg
C Penawaran terhadap manggis meningkat sebanyak 9 kg apabila harga naik dari RM15 ke RM25
D Permintaan terhadap manggis meningkat sebanyak 10 kg apabila harga turun dari RM15 ke RM5
Andaikan bahawa pasaran bagi barang A berada di tahap keseimbangan. Jika citarasa barang A menurun, apakah yang akan berlaku pada titik keseimbangan yang baharu?
A Penurunan harga dan kuantiti
B Peningkatan harga dan kuantiti
C Peningkatan harga dan penurunan kuantiti
D Penurunan harga dan peningkatan kuantiti
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang.
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM6 ke RM12?
A 0.67
B O.75
C 1.33
D 1.50
Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti bagi penawaran Barang X dan Barang Y
Maklumat manakah yang betul tentang Barang X dan Barang Y?
Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga bagi barang Y
Pekali keanjalan Barang X ialah kurang daripada 1
Jenis keanjalan Barang Y ialah tak anjal
Keluk penawaran Barang X lebih landai
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) pasaran motosikal sebelum dan selepas pengenaan cukai oleh kerajaan.
Apakah kesan pengenaan cukai oleh kerajaan?
I Cukai per unit ialah P1P2
II Beban pengguna sebanyak P1P2SR
III Beban pengeluar sebanyak P0P1TU
IV Jumlah cukai ialah sebanyak P0 P2SU
Seorang petani menjuala hasil pertaniannya di pasar tani. Dengan pendapatan yang diperoleh, petani tersebut telah membeli lima kilogram beras.
Apakah fungsi wang tersebut?
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
Bagaimanakah cara bank pusat menstabilkan nilai Ringgit Malaysia?
I Campurtangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX)
II Mengeluarkan wang negara iaitu wang kertas dan duit syiling
III Memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab antarabangsa
IV Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila kerajaan mengalami masalah kekurangan wang
Apakah kelebihan menggunakan overdraf dalam sesuatu urusniaga?
Boleh mengeluarkan wang tanpa had
Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini
Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai
Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan
Maklumat berikut berkenaan dengan sektor ekonomi di Malaysia
● Melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semulajadi tanpa mengubah suai bentuk barang
Manakah sektor ekonomi yang sesuai dengan maklumat di atas.
Bagaimanakah individu boleh menggunakan pendapatan boleh gunanya?
Membuat caruman PERKESO
Membayar cukai pendapatan
Membuat caruman KWSP
Membayar insurans nyawa
Maklumat di bawah berkaitan dengan upah wang dan tiga barang di pasaran
Apakah yang akan terjadi jika harga purata barang berubah kepada RM20.00
Tabungan meningkat
Upah benar meningkat
Kuasa beli pengguna berkurang
Pendapatan boleh guna meningkat
Antara yang berikut, manakah merupakan faedah sampingan?
I Cuti Bersalin
II Jaminan Kerja
III Elaun Perumahan
IV Tempat kerja yang selesa dan selamat
Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.
Pernyataan manakah yang tepat berkenaan faktor pengeluaran tersebut?
Wujud dalam jangka masa pendek sahaja
Kuantitinya berubah mengikut perubahan output
Tidak wujud pada tingkat keluaran sifar
Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah
Jadual berikut menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma.
Berapakah kos purata pada keluaran ke 8
RM 7.00
RM 7.50
RM 8.00
RM 8.50
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma Q.
Berapakah jumlah output yang dihasilkan?
30 unit
40 unit
50 unit
80 unit
Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti?
I Modal yang tinggi
II Peningkatan kualiti sumber insan
III Kualiti bahan mentah yang rendah
IV Penyelenggaraan dan pemeriksaan yang kurang teliti
Gambar di bawah berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan.
Apakah matlamat utama kerajaan menyediakan perkhidmatan tersebut?
Menjana pendapatan negara
Memonopoli pasaran negara
Memaksimumkan kebajikan masyarakat
Menjaga kestabilan harga barangan dipasaran
Tenaga Nasional Berhad di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana
Dimiliki oleh sektor swasta
Disenaraikan di Bursa Saham
Mengenakan harga yang tinggi
Menanggung kos modal yang tinggi
Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif tingkat guna tenaga penuh?
I Mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi
II Memaksimumkan jumlah kapasiti pengeluaran
III Menurunkan kuasa beli masyarakat
IV Mengurangkan daya saing negara
Manakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?
Pertambahan kos bahan api
Pengembangan kredit bank perdagangan
Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?
Koperasi SMAAF membayar cukai atas keuntungannya
Syarikat Anda Hebak Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan
Puan Hasmah membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Syarikat Haiza Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang
Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah “terlalu banyak wang mengejar sedikit barang” dalam ekonomi?
I Menaikkan kadar cukai
II Menaikkan kadar faedah
III Menjual surat jaminan kerajaan
IV Menaikkan perbelanjaan kerajaan
Rajah di bawah merupakan beberapa buah syarikat di dunia.
Rajah di bawah merupakan beberapa buah syarikat di dunia.
Apakah X ?
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Multinasional
Syarikat Kerajaan
Syarikat Koperasi
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi?
Kenaikan taraf perintis
Perkembangan ekonomi
Perkembangan teknologi maklumat
Kenaikan kadar pertukaran mata wang asing
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.
● New Zealand mengeluarkan dan mengeskport buah Anggur ke Malaysia
Apakah faktor tersebut?
Harga faktor
Iklim dan tanih
Sumber semula jadi
Tingkat kecekapan pengeluaran
Antara yang berikut manakah merupakan tujuan kerajaan mengenakan tarif terhadap barang import?
Menggalakkan penawaran barang import
Memperbaiki imbangan pembayaran
Meningkatkan kadar pengangguran
Mengurangkan pendapatan negara
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Australia (Aud).
Seorang pelancong Australia ingin menukarkan 400 Aud kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit Malaysia yang diterima oleh pelancong tersebut?
RM 150.54
RM 135.27
RM 1,182.84
RM 1, 162.65
I Firma menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
II Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan
I : BETUL / II : SALAH
I: SALAH / II : BETUL
I: SALAH / II : SALAH
I: BETUL / II : BETUL
I Sektor utama melibatkan aktiviti pemprosesan barang
II Contoh pekerjaan sektor ketiga ialah nelayan
I :BETUL / II : SALAH
I: SALAH / II : BETUL
I : SALAH / II : SALAH
I : BETUL / II : SALAH
I Eksternaliti ialah kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan
II Contoh kos sosial ialah pembakaran sampah secara terbuka
I :BETUL / II : SALAH
I: SALAH / II : BETUL
I : SALAH / II : SALAH
I : BETUL / II : SALAH
I Inflasi tarikan permintaan disebabkan oleh peningkatan agregat dalam ekonomi
II Kerajaan melalui alat dasar belanjawan mengatasi inflasi dengan menaikkan kadar faedah pinjaman
I :BETUL / II : SALAH
I: SALAH / II : BETUL
I : SALAH / II : SALAH
I : BETUL / II : SALAH
I Pengangguran merupakan penunjuk ekonomi yang mengukur peratus penganggur dalam kalangan tenaga buruh yang sedia ada dalam sesebuah negara
II Pengangguran menyebabkan pendapatan negara sebenar lebih daripada pendapatan negara potensi
I :BETUL / II : SALAH
I: SALAH / II : BETUL
I : SALAH / II : SALAH
I : BETUL / II : SALAH
