wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 1 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

X terkenal dengan negara kota atau "polis"


X mempunyai "acropolis", iaitu pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu.


Apakah Tamadun X?

a)

Tamadun Rom

b)

Tamadun India

c)

Tamadun Mesir

d)

Tamadun Yunani

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi "polis"?


Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Ibu kota

b)

Pusat pendidikan

c)

Pusat pemerintahan

d)

Pusat tumpuan masyarakat

3.

Peta menunjukkan kedudukan negara kota dalam Tamadun Yunani.


Apakah X dan Y?

a)

X = Olympia, Y = Sparta

b)

X = Athens, Y = Corinth

c)

X = Sparta, Y = Athens

d)

X = Corinth, Y = Olympia

4.

Mengapakah dalam Tamadun Yunani berlaku perubahan pentadbiran seperti dalam rajah di atas?

a)

A. Memenuhi tuntutan rakyat.

b)

B. Memansuhkan sistem tradisional.

c)

C. Mengukuhkan sistem pemerintahan.

d)

D. Memperkenalkan kepelbagaian bentuk pentadbiran

5.

Apakah persamaan antara sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan di Malaysia?

a)

A Sultan sebagai pemerintah

b)

B Pentadbiran negara dilaksanakan oleh rakyat

c)

C Pelantikan ketua negara dibuat oleh Dewan Negara

d)

D Kuasa mutlak perundangan di tangan pemerintah negara

6.

"Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan."


Apakah sistem pemerintahan Tamadun Yunani ini?

a)

Tirani

b)

Oligarki

c)

Monarki

d)

Aristokrasi

7.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri Dewan Perhimpunan di Athens?

a)

I. Dianggotai oleh kaum lelaki.

b)

II. Terdiri daripada 10 orang jeneral tentera.

c)

III. Terdapat juri sebagai pemutus sesuatu kes.

d)

IV. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan

8.

Berikut yang manakah merupakan komponen dalam Dewan Perhimpunan?


(Jawapan > 1)

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Dewan Negara

d)

Dewan Rakyat

9.

Apakah fungsi "ephors" dalam Dewan Perhimpunan Sparta?

a)

Penasihat raja-raja

b)

Menjadi pemutus kepada sesuatu kes

c)

Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

d)

Memastikan raja tidak memerintah secara mutlak

10.

"Kaum wanita menjalani latihan ketenteraan."


"Kaum wanita bertanggungjawab mempertahankan negara."


Berdasarkan kenyataan di atas, Sparta dikategorikan sebagai sebuah kerajaan...

a)

ketenteraan

b)

demokratik

c)

oligarki

d)

tirani

11.

Apakah bukti masyarakat Sparta mementingkan latihan ketenteraan?

a)

A. Semua rakyat mesti berjiwa patriotik.

b)

B. Pemerintahannya diketuai dua orang raja.

c)

C. Kaum wanita tidak terlibat dalam ketenteraan.

d)

D. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi tentera yang baik.

12.

Tamadun Yunani dan Tamadun Rom menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam pelbagai bidang.


Antara penyataan berikut, manakah berkaitan dengan peningkatan tamadun?

a)

A. Kelangsungan manusia mencipta teknologi berasaskan inovasi terkini

b)

B. Kebolehan manusia meningkatkan ekonomi agar lebih kukuh

c)

C. Kesungguhan manusia menjalinkan hubungan serantau

d)

D. Kemampuan manusia menggunakan pemikiran dan alam sekitar

13.

6. Orang Yunani dikenali sebagai __________ yang handal.

a)

Perenang

b)

Pelayar

c)

Peluncur

14.

7. Setiap kota merupakan gabungan tiga komponen, iaitu:

a)

Bandar utama, bandar kecil, kawasan kampung

b)

Bandar diraja, bandar kota, kawasan pedalaman

c)

Bandar kecil, ibu kota, kawasan perindustrian

15.

Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil. Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?

a)

Melatih rakyat mentaati pemerintah

b)

Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas

c)

Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain

d)

Memastikan rakyat dapat mempertahankan negara

16.

Kerajaan Malaysia telah membina Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kemajuan sukan negara. Pada pendapat anda, apakah seni bina Tamadun Rom yang menjadi aspirasi kerajaan dalam pembinaan stadium tersebut?

a)

Colosseum

b)

Amfiteater

c)

Pantheon

d)

Akueduk

17.

Jalan raya di Rom mula dibina pada tahun 500 SM. Apakah manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?


I Menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakan tentera

II Kegunaan pelancongan

III Untuk tujuan pertanian

IV Sistem pengangkutan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Akueduk yang pertama (Aqua Appia) telah dibina pada tahun 312SM. Apakah fungsi akueduk?

a)

Membekalkan air ke dalam kawasan pertanian

b)

Membekalkan air ke rumah kediaman

c)

Lambang keagungan Tamadun Rom

d)

Sebagai tempat beribadat

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor kemajuan seni bina Tamadun Rom?

I Kepakaran dan pendidikan

II Buruh asing dari negara lain

III Paksaan raja dan bahan binaan yang canggih

IV Dasar pemerintahan dan bantuan kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara berikut, yang manakah salah?

a)

Pantheon - tempat penyembahan dewa-dewa

b)

Tembok Pertahanan - melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh

c)

Amfiteater - kawasan persidangan Dewan Perhimpunan

d)

Colosseum - kawasan persembahan dan pertandingan