Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cocu 1 - Single Phase Drawing 1

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

1.Peralatan / perkakasan yang manakah digunakan bagi memotong kabel dan menanggalkan pembalut pvc pada sesebuah kabel.

a)

Playar gabung

b)

Pemotong sisi

c)

Pemotong kabel

d)

Playar muncung tirus

2.

2.Berapakah kadaran voltan yang sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan bagi pena ujian?

a)

50 - 240 v

b)

50 - 315 v

c)

50 - 400 v

d)

50 - 500 v

3.

3.Borang apakah yang perlu dihantar ke TNB selepas pemeriksaan dan pengujian dijalankan dalam carta alir tatacara pendawaian.

a)

Borang A

b)

Borang G

c)

Borang H

d)

Borang G dan H

4.

4.Apakah panduan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan mencari kerosakkan satu pemasangan elektrik?

a)

Gambarajah litar

b)

Gambarajah blok

c)

Gambarajah skematik

d)

Gambarajah pendawaian

5.

5.Antara berikut, yang manakah sudut paksi isometri?

a)

90 darjah

b)

120 darjah

c)

180 darjah

d)

270 darjah

6.

6.Nizam ialah seorang pelajar baru dalam bidang lukisan. Bagaimanakah cara yang terbaik baginya untuk berlatih membuat satu lakaran dengan mudah dan kemas?

a)

Dengan menggunakan kertas A3

b)

Dengan menggunakan kertas Grid

c)

Dengan menggunakan pembaris berskala

d)

Dengan menggunakan pensel yang bermata tajam

7.

7.Pelan bentangan terbahagi kepada 2 iaitu :


i. Pelan Bentangan Unjuran

ii. Pelan Bentangan Industri

iii. Pelan Bentangan Domestik

iv. Pelan Bentangan Ortografik

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i dan iv sahaja

8.

8.Apakah sudut pandangan yang sesuai untuk sesebuah pelan bangunan?

a)

Atas

b)

Utara

c)

Depan

d)

Selatan

9.

9.Apa yang akan terjadi sekiranya garisan panduan tidak digunakan dalam penghurufan?

a)

Penghurufan tidak kemas

b)

Ketebalan huruf tidak sama

c)

Kecondongan huruf tidak tepat

d)

Ketinggian huruf tidak seragam

10.

10.Apakah langkah-langkah untuk memastikan teknik melukis pelan pemasangan yang betul?


i. Anggaran kos

ii. Bilangan lukisan

iii. Saiz dan ukuran

iv. Kedudukan simbol

a)

i dan ii sahaja

b)

i dan iv sahaja

c)

ii dan iii sahaja

d)

iii dan iv sahaja

11.

11.Apakah langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh seorang pelukis pelan bangunan.

a)

Mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar

b)

Tidak berhati-hati semasa mengendalikan peralatan melukis.

c)

Tidak mematuhi langkah keselamatan pengendalian melukis pelan.

d)

Memahami dengan teliti tentang prosedur untuk melukis pelan bangunan.

12.

12.Apakah ciri-ciri keselamatan untuk memastikan kertas lukisan tidak comot atau rosak?

a)

Guna peralatan melukis yang baru dibeli

b)

Melukis di kawasan yang sunyi dan lapang.

c)

Menjaga kebersihan peralatan melukis selepas digunakan.

d)

Menggunakan peralatan melukis yang mahal dan berkualiti.

13.

13.Antara faktor-faktor dalam pemilihan kabel, yang manakah perlu diberi keutamaan?


i. Jenis kabel

ii. Voltan bekalan

iii. Susutan voltan

iv. Keupayaan membawa arus

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

i, iii dan iv sahaja

14.

14.Antara berikut, yang manakah merupakan contoh logam yang diperakui oleh Peraturan IEE sebagai elektrod bumi?


i. Rod atau paip khas

ii. Pita atau dawai khas

iii. Tetulang yang ditanam di dalam tiang khas.

iv. Elektrod yang ditanam di dalam tiang asas.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

15.

15.Berapakah voltan yang dibenarkan di dalam pendawaian tersembunyi?

a)

240 volt

b)

415 volt

c)

voltan rendah

d)

voltan tinggi

16.

16.Berapakah jarak minimum untuk kawasan rintangan bumi?

a)

4 meter

b)

6 meter

c)

8 meter

d)

10 meter

17.

17.Antara berikut yang manakah merupakan kebaikan Pemutus Litar Kenit?


i. Litar-litar yang rosak senang dikesan

ii. Sifat terpelantik beban lebihan boleh ditukar ganti.

iii. Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar

iv. MCB boleh digunakan sebagai gantian suis bagi mengawal pemasangan domestik

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

i, iii dan iv sahaja

18.

18.Antara berikut, bagaimanakah ujian galangan lingkaran kerosakan bumi dapat dilakukan?


i. Pengalir fasa

ii. Pengalir bumi

iii. Pengalir beban

iv.Pengalir neutral

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i dan iv sahaja

19.

19.Pilih ujian yang perlu dilakukan untuk menguji litar yang telah siap.


i. Keterusan

ii. Kekutuban

iii. Penebatan

iv. Mata kasar

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

i, iii dan iv sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

20.

20.Dalam kabel elektrik 3 teras mudah lentur, apakah warna yang digunakan?


i. Biru

ii. Hijau

iii. Coklat

iv. Hitam

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

i, iii dan iv sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja