wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nur Izzah berasa gembira apabila melihat adiknya berucap di _________ sambil memegang piala yang dimenanginya.

a)

A. pangkin

b)

B. rostrum

c)

C. meja

d)

D. balai

2.

Nenek Razlan menitiskan air mata semasa menonton rakaman ________ cucunya yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir.

a)

A. video

b)

B. filem

c)

C. pakaian

d)

D. sulaman

3.

Jamaliah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya kerana _________ mengalami tekanan perasaan.

a)

A. dia

b)

B. kami

c)

C. beliau

d)

D. mereka

4.

"Mari ___________ berehat sambil menenangkan fikiran di taman itu," kata Alif kepada kawan-kawannya.

a)

A. aku

b)

B. kita

c)

C. kami

d)

D. kamu

5.

Masalah stres ________ kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kita.

a)

A. mengawal

b)

B. mendapat

c)

C. membawa

d)

D. menerima

6.

Kesihatan minda kita ________ terjaga jika kita memiliki emosi yang positif.

a)

A. sedang

b)

B. sudah

c)

C. perlu

d)

D. akan

7.

Ibu bapa yang ________ dalam beberapa acara sukan akan melatih murid-murid dalam acara sukan tersebut pada waktu petang.

a)

A. fasih

b)

B. mahir

c)

C. cepat

d)

D. pantas

8.

Hubungan antara anggota PIBG dengan pihak pentadbiran sekolah itu _______ erat kerana mereka sentiasa bekerjasama.

a)

A. nian

b)

B. agak

c)

C. sekali

d)

D. sangat

9.

Selepas mendapat bimbingan daripada gurunya, Nuranisah tidak ______ lagi semasa menyampaikan pidato.

a)

A. gugup

b)

B. bingung

c)

C. muram

d)

D. petah

10.

Nyanyian yang ______ daripada Aveandria telah memukau para penonton.

a)

A. garau

b)

B. merdu

c)

C. serak

d)

D. sayu

11.

Ejaan yang betul bagi perkataan ini ialah

a)

A. aiskrim

b)

B. ais krim

12.

Ejaan yang betul bagi perkataan yang bermaksud bersiar-siar atau makan angin ialah

a)

A. melancong

b)

B. melancung

13.

Ejaan yang betul bagi perkataan ini ialah

a)

A. kemasukan

b)

B. kemasukkan

14.

Ejaan yang betul ialah

a)

A. di bawa

b)

B. dibawa

15.

Ejaan yang betul ialah

a)

A. diatas

b)

B. di atas

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Adriana berasa sangat terharu semasa menerima ucapan tahniah daripada guru-gurunya selepas dia memenangi pertandingan bahas.

b)

B. Agensi kerajaan dan swasta sering memberikan sumbangan supaya meningkatkan prestasi murid-murid di sekolah.

17.

Ayat yang betul ialah

a)

A. Syafiq dan rakan-rakannya tersangat tergembira sekali kerana dapat menyertai program sekolah angkat.

b)

B. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah setelah sekolah itu dilanda banjir.

18.

Aspek keselamatan perlu diberikan perhatian semasa menaiki eskalator.

Sinonim bagi perkataan yang bergaris ialah

a)

A. pandangan

b)

B. keinginan

c)

C. tumpuan

d)

D. tarikan

19.

Ibu bapa tidak wajar bersikap lalai semasa membeli-belah bersama anak-anak.

Perkataan yang bergaris sinonim dengan

a)

A. khayal

b)

B. lengah

c)

C. peka

d)

D. cuai

20.

Cikgu Alinah menasihati murid-muridnya agar tidak berjalan bersendirian ke tempat yang sunyi.

Kata sendi ke perlu digantikan dengan

a)

A. pada

b)

B. di